PELIHARA KELUARGAMU
Dalam setiap kehidupan manusia pasti tak akan terlepas dari pelbagai jenis ujian. Antaranya adalah ujian dalam keluarga.
Ada yang sebaliknya dan pelbagai situasi yang ada di luar sana. Jika sedang diuji dengan masalah keluarga, usah bersedih mahupun lemah.
Pasti ada di antara kita yang diuji dengan kekurangan ahli keluarga yang bermasalah. Tak kisahlah siapa pun, baik ibu, baik bapanya, atau mungkin anaknya.
Mungkin semua ahli keluarganya tidak bermasalah, tetapi salah seorang paling bermasalah.
Mungkin juga ada situasi, semua ahli keluarganya bermasalah dan hanya seorang saja yang tidak bermasalah.
Ada yang sebaliknya dan pelbagai situasi yang ada di luar sana. Jika sedang diuji dengan masalah keluarga, usah bersedih mahupun lemah.
Sentiasa ingat bahawa apa yang jadi dalam kehidupan kita adalah takdir yang Allah SWT tetapkan.
Jangan sesekali abaikan ahli keluarga anda. Sebaliknya sentiasa beri teguran, nasihat dan semangat.

Jika bukan kita siapa lagi yang dapat membaiki kelemahan darah daging kita. Andai segala usaha sudah dilakukan tetapi tidak membuahkan hasil, redho lah.
Anggap sahaja itu adalah ujian kehidupan, kerana dunia ini hanyalah pentas untuk menguji siapa yang beriman.

Dunia bukan tempat rehat, mustahil untuk kecapi bahagia yang berpanjangan. Manusia dicipta untuk saling melengkapi.
Ingat sentiasa tidak semua manusia dilahirkan mampu menjadi pemimpin, ketua atau pembimbing.

Tahap kematangan fikiran manusia ialah berbeza-beza. Seandainya anda mampu mengawal situasi masalah, bermakna anda lah selayaknya menjadi penasihat keluarga anda.
Jangan pernah putus asa, ambil mudah atau lepas tangan. Ya mungkin mereka yang bermasalah ini akan mengulang kesilapan mereka tetapi sekurang-kurangnya anda telah berusaha melakukan yang terbaik.
Siapa tahu usaha anda itu dapat menyelamatkan mereka dari berbuat yang lebih teruk. Siapa tahu juga disebabkan nasihat dan teguran anda itu dapat menyelamatkan hubungan silaturahim kalian dalam kehidupan berkeluarga.

Dapat menjaga maruah keluarga dari tercalar, dari fitnah manusia di luar sana. Berusahalah pelihara keluargamu.
In Shaa Allah setiap usahamu tidak pernah rugi. Ingat bahawa dunia ini bukan tempat rehat. Mengejar syurga Allah SWT bukanlah mudah.
Carilah ilmu, amalkan, ajarlah mereka, moga kita mampu bersatu bersama ahli keluarga kita dalam syurga yang abadi di akhirat kelak.
Seperti Rasulullah SAW juga, baginda diuji mempunyai bapa saudara yang jahat. Baginda telah berusaha tapi tetap juga bapa saudaranya berpaling dari Allah SWT.

Sedih hati hanya Allah SWT saja yang tahu. Baginda adalah kekasih Allah SWT, jadi bukan kita saja yang diuji hebat baginda juga tak terlepas diuji dengan ahli keluarga yang sangat melampaui batas.
Begitulah kehidupan ini, terimalah berlapang dada lah dengan ujian dan dugaan yang menimpa kita.

Ya di antara kita pasti ujian paling besar adalah manusia yang paling dekat dan sangat kita sayangi iaitu keluarga kita sendiri. Saya pun tak terlepas.
Dari zaman kanak² Allah SWT uji saya mempunyai mak yang disahkan menghidap penyakit Paranoid Schizophrenia yang sangat mencabar keimanan. Selepas kahwin pun masih sama diuji lebih dahsyat bab keluarga.
Jadi memang benar dunia ini bukan tempat rehat apatah lagi hanya berdiam sahaja. Saya sedar Allah SWT memberi kelebihan yang ada pada diri saya untuk terus usaha bantu ahli keluarga saya dan manusia lain semampu boleh.
Saya sangat faham kesakitan, keperitan dan sengsaranya jiwa menghadapi ujian hidup kalian macam mana.

Ya walau kadang hampir lemah longlai, tapi siapalah kita hamba hina mahu persoal takdir-Nya. Semoga mampu bangkit, lawan dan bertahan. Aamiin Ya Rabbal'alamin 😊
Credit Picture : Twitter Teladan Rasul
InsyaAllah moga akhirnya dpt bersatu sekelurga di syurga Allah swt nanti aamiin ya mujib 🙂
ReplyDelete❤ اللَّÙ‡ُÙ…َّ Ø£َÙ…ِÙŠْÙ†ِ ÙŠَارَبَّ الْعَالَÙ…ِÙŠْÙ†ِ
Delete