NASI GORENG CILIPADI MENGIMBAU ZAMAN SEKOLAH TEKNIK

Sekali pekene, menambah² hahaha


Mengimbau kenangan zaman sekolah teknik, waktu rehat form 5 mesti nak makan nasi goreng kt kantin. Berebuttt beli, panas panas, makan dengan keropok lekor perghhh terangkatt 🍴 

Zaman sekolah teknik dulu perangai aku sama ja macam masa zaman sekolah seksyen 19, aku tak bape suka pergi kantin. Segan ada. Serabut ada. Paling lucu, alasan nak diet dan jimat duit. 

Duit tu aku simpan, kumpul beli majalah aku suka. Antaranya majalah Klik, paling kerap aku beli komik G3. Suka sangat nak masuk peraduan padahal tak pernah menang langsung. Frust! 

Semua komik dan majalah aku kumpul tu mak aku dah buang, timbang kati tu, perghh sayang gilaaa. Tapi takleh buat apa, rumah tu kira mak aku berkuasa sebab dia yang ada 24 jam salu.

Kira dia berhak la clear kan apa yang menyemak di mata dia. Takpa mak, anak mak tak kisah asalkan mak happy. Hahaha! Namm... Jauhnya menyimpangg cerita oiii

Masa form 4 pun aku segan nak g kantin masa rehat, sebab macam lagi bertambah banyak peraturan plak bila masuk sekolah teknik. Memang murung la senang cte. 

Senior² plak suka mengada²kan peraturan, yang adik junior ni ikut jela apa dorg tetapkan. Takleh lalu depan kelas senior la, apa la, dah la nak ke kantin jalan tu ja paling dekat. 

Jadi sekali sekala jela g kantin, kerap duk dalam kelas atau berlegar² sekitar kelas sahaja. Kalau lapaq aku turun pergi koperasi, beli roti ja. Pagi kat dewan makan dah sarapan.

Kat dewan makan sarapan manis² aku agak kureng sarapan manis² ni, ada la sekali dua tu makan sarapan bergoreng. Kalau hat manis² aku ada telan tapi sikit aja. Kerap tak pergi.



Korang kalau nak try boleh
tengok video aku share resipi


Tu yang dalam kelas asyik lemau ja, kecuali subjek PENDIDIKAN ISLAM, BAHASA MELAYU, LUKISAN KEJURUTERAAN. Tiga subjek ni aku ok sangat mata, maybe sebab minat hahaha. 

Jadi adik² yang masih belajar jangan skip breakfirst okkk, trust me adik²ku makan la kenyang² masa sarapan tu, in shaa Allah otak cerdas tak lemau. Tapi kalau boleh jangan la makan yang berminyak ye. Tak sihat...

Alhamdulillah pertengahan form 4 aku banyak berubah, kerap puasa sunat sebab aku tak payah puasa ganti puasa aku full selalu. Seronok berpuasa. Lagi cergas badan nak dibanding masa puasa. 

Naik form 5 aku dapat kelas pertama, buat pertama kali seumur hidup aku dapat merasa duk kelas pertama.

Tapi yela ni semua nasib je ni haha, drastik sangat perubahan aku sampai belajar pun struggle, terima kasih kawan² yang banyak membantu. 

Bila dah jadi senior automatik kau jadi bebas, dah lali dengan disiplin sekolah teknik, lama kelamaan kita dah tak merungut,.

Banyak kenangan manis masa form 4, jadi dapatlah mengharungi form 5 dengan bahagianya. Dapat kelas pula kat tingkat bawah tu.

Cikgu speacialkan kot aku rasa, budak form 5 kelas pertama semua jenis kos semuanya kelas kat bawah tu. Cte macam banyak, padahal tiga kelas saja. Civil, eletctric, mechanical. Yes tiga course saja. 

Perghhh dah jadi senior seronokk kooo, cuma tetap dengan perangai segan hahaha. Idok le tahap ke mana² sorang, masih dengan kawan, dan masih kadang² tak lepak kantin bila rehat. 

Tapi bila aku lapaqqq, haa aku hentam gak nasi goreng sedapp tu, wajib beli sekali dengan keropok lekor, kalau tak boleh murung uii.

Then kalau tak ke kantin, aku kerap duk library sahaja. Terutama kalau tengah puasa sunat mahupun ganti. 

Secebis kenangan zaman jadi pelajar Sekolah Menengah Teknik Kuala Selangor yang sekarang dah tukar jadi Kolej Vokasional Kuala Selangor. Banyak kenangan sangat. Aku ex student 2007 hingga 2008. 

Walaupun aku keluar tak jadi atau tak kerja berkait dengan kos Civil Engineering tapi aku tetap bersyukur berkesempatan peroleh ilmu dan kebaikan dari sekolah ni.

Hopefully suatu masa nanti ada peluang singgah sekolah kenangan ni. 

Pelajar SMTKS 2007 - 2008,
وحيده

Follow us on Pasemboqtempe Channel
https://www.youtube.com/user/satu0111

Comments

P O P U L A R

KELEBIHAN KALIMAH LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH

KOLEKSI AYAT-AYAT UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TINGGAL DI KONDOMINIUM

BAHAYA NAFSU LELAKI 🔥

CARA BELI KERETA TANPA PENJAMIN UNTUK INDIVIDU YANG BEKERJA SENDIRI 💡

PINJAMAN PENDIDIKAN MARA PTPTN YAYASAN NEGERI DAN LAIN²

Peristiwa Memali Antara Bukti Kerajaan Malaysia Kejam! (SIRI I)

WAHAI WANITA DIRIMU BUKAN UNTUK TONTONAN

Nyahkan Jerawat Dengan Topeng Oat