HORMATILAH YANG SEDANG MENGAJAR DAN YANG SEDANG BELAJAR 📖

Teringat situasi dalam kelas yang lepas-lepas mahupun siang tadi. Kenapa lah student kadang-kadang banyak sangat nak ber ala-ala atau bagi banyak alasan kalau lecturer suruh buat sesuatu untuk kebaikan student tu sendiri.

Contoh. Lecturer bagi assignment kita cakap banyak assignment lain la apa la. Contoh lagi. Lecturer nak buat kelas ganti student kata bz la apa la. Contoh lagi lagi. Lecturer kata nak buat test hari sekian sekian, mesti ada suara-suara sumbang yang kata kelas full la apa la. 

Hello! Korang nak menuntut atau nak melepek bontot je datang kolej? Tau la manusia tu tak lari dari sifat malas. Tapi jangan lah terlampau malas sangat sampai lupa tujuan sebenar korang datang kat tempat belajar masing-masing.

At least tak payah la banyak bunyi sangat bila lecturer suruh buat apa-apa. So tak perlu pun sebenarnya korang nak bantah-bantah, atau bagi apa-apa alasan-alasan la.

Jaga lah sikit akhlak & adab. Besar ganyut dah. Spender pun dah boleh basuh sendiri. Sebelum korang keluarkan kata-kata dari mulut korang tu sila lah pk banyak-banyak dulu.

Manalah tau perangai yang korang pamerkan tu boleh buat lecturer korang meluat ke. Tak pasal-pasal buruk carry mark. Tettttt.

Diam tu kan lebih baik. Susah juga kadang-kadang jadi student pendiam ni. Nak jaga hati orang, kadang-kadang disebabkan student yang banyak bercakap tu habis hilang segala tumpuan, kekhusyukan masa lecturer mengajar.

Ada yang lagi melampau masa lecturer mengajar kat depan nak pulak bersembang-sembang kat belakang. Ikutkan hati nak je halau manusia camtu dari kelas. Tapi sebab kesian & takmau nama tercalar better diam & besarkan speaker wat shhhhhhhhhhhhhhhh... dalam kelas.

Baru la budak-budak ni nak diam. Tapi lepas tu cam biasa wat balik. Tolonglah belajar respect pengajar, juga student-student lain. Hahaha. Cuma nak berkongsi rasa as student yang dah hampir 3 tahun menuntut ilmu sebagai pelajar kolej.






Ambil la apa yang baik dari post kali ni. Moga berguna di masa depan. Maaf terkasar bahasa. Daa...

Student Part 6,
وحيده

Follow us on Pasemboqtempe Channel
https://www.youtube.com/user/satu0111

Comments

P O P U L A R

KELEBIHAN KALIMAH LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH

BAHAYA NAFSU LELAKI 🔥

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TINGGAL DI KONDOMINIUM

KOLEKSI AYAT-AYAT UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI

PINJAMAN PENDIDIKAN MARA PTPTN YAYASAN NEGERI DAN LAIN²

PELIHARALAH DIRIMU WAHAI WANITA DARI MATA LIAR LELAKI

Apakah Titian Sirat ?

CARA BELI KERETA TANPA PENJAMIN UNTUK INDIVIDU YANG BEKERJA SENDIRI 💡

TAMAN BANDARAYA PULAU PINANG LOKASI RIADAH PALING CANTIK, BERSIH, SELESA DAN BANYAK KEMUDAHAN

CARA JAWAB SALAM YANG DIKIRIM MELALUI ORANG TENGAH