SEMINGGU SEBELUM STUDY WEEK

Isnin - Pagi kul 11, kelas akhir Alam Sekitar. Puan Diana bg carry mark. Alhamdulillah ok. Bincang tips final. Puan still bagi peluang utk 5 markah carry mark. Buat assignment. Kul 12 lebih makan ngan kak su & azira. Lepas tu siapkan assignment. Kul 4 ptg submit. Pastu g kelas Projek. Bincang paper final yang lepas. Thanks Puan Jue.

Selasa - Pagi, petang kelas takde. Cik Nadia mc lg. Kelas design cancel. Sambung buat proposal. Menunggu turn untuk siapkan projek Design 2. Aku pilih foundation. Kena tunggu pengiraan beam dr kak su. Proposal oh proposal. Selamat la ada contoh. Kul 9 baru mula study untuk Test 3 Highway esok. Fuhh. Wasie abangku konvo ari ni. Abah je dapat teman. Al maklum la ari selasa. Abah terbaik !

Rabu - Kul 11 lebih jawab Test 3 Highway. Agak lambat sikit habis. Kurang fokus. Tu kelemahan aku. Careless tak henti-henti. Tu la aku. Tak serik-serik. Marah kat diri sendiri. Kul 2 petang naik R1 ada perjumpaan Mentor Mentii. Ok tahap kesabaran amat dipperlukan di sini. Oleh sebab byk sgt cuti, kem, bengkel n bla bla dorg terpaksa tangguh event ni. Last-last terpaksa buat hari ni. Takpela mungkin ada hikmah. Ada ceramah motivasi. Ustaz Kamil da best "Letakkan Allah dalam hati sentiasa, Allah Allah Allah" . I will InsyaAllah :)  . Lapar sangat sampai menggigil badan. Dah kul 4 ptg, last makan kul 11 pagi tadi. Makan mihun sepinggan. Kul 5 majlis tamat. Alhamdulillah makanan tersedia. Duit dalam poket  finish! Allah salu bantu hamba-Nya :) Lari ke Dira, laju-laju kuar dptkn mknn. Dua-dua lapar. Hee :D Alhamdulillah mihun + karipap + air sarsi. Nampak bas, terus habiskan air. Then naik bas yang sedang hon tanpa henti. Dapat tmpt duduk blkg sekali. Tangan gigil-gigil. Terus makan mihun dengan Dira. Mihun dalam polistren & garpu plastik tersedia. Fuhh lega. Smile :) Malam sambung buat proposal sampai kul 6 pagi. Mandi dan tidur hahahaha (ABC-Allah Bagi Cuti).


Polistren yang mengandungi MIHUN! Yummii.


Bukti kepenatan. Tettt :P


Khamis - Bangun kul 11. Padahal kelas kul 11.  Haha. Siap-siap naik prebet Abg Ijam. Slmt dia dpt anta g bank. Kuarkan duit. Sampai kelas, sume bincang tips final. Kul 1 lunch dgn Dila. Terjumpa Cik Nadia. Dia kata carry mark untuk Projek Design 2 20 markah. Mak oi! Start tu menggigil 1 badan. Call Ati & Kak Su. Pelan & Kertas pengiraan Kak Su & Azira ada pada Ati. Ati tak dapat dtg kelas juga. Selamat Ati dah beri semua tu pada Kak Su. Nak kira foundation kena tunggu pengiraan Column. Column asalnya tajuk Ati. Aku terpaksa tukar last minit. Aku buat Column, dia buat Foundation. Sebabnya Cik Nadia kata ari tu juga last anta. Pagi esok bleh anta tp aku taknak. Malam aku nak tumpu buat proposal.

Petang tu aku & Dila pulun buat projek Design 2. Sampai lah student sume dh habis kelas. Kul 6 Cik Nadiah turun, tinggalkan ktorg kunci untuk on lampu & aircond dlm kelas. Kul 6 lebih aku & Dila turun sambung buat kat Student Centre. Aku berjaya habiskan. Dila tak dapat buat sampai habis sebab nilai asyik Not OK ja. Sama lah dgn aku tadi tapi Cik Nadiah dah bantu. Kira ok la dah. Alhamdulillah. Thanks Cik Nadia. Maaf kami lewat submit.

Bas takde. Lama kami tunggu. Sampai kul 8. Sabar menunggu. Nasib takleh solat. Em tahap kesabaran masa ni naik turun naik turun. Prebet full. Kredit takde. Kalau tak minta tolong sape-sape. Last-last Majid boleh hantar. Naik van Kolej. Syukur. Perkara yang aku tak pernah buat sepanjang 3 tahun belajar kat sini, balik hostel kul 8 lebih. Fuhhh. Balik mandi. Sambung buat proposal.

Kul 10 lebih g makan ngan Dira, lepas makan terserempak dengan warden. Hairan kenapa dia lari dari seberang jalan sana. Sebelum tu ada 1 kereta masuk dalam kawasan hostel. Oh dalam kereta tu ada Kak Wan (HEP), eh tmpt duduk penumpang dia ada Pak Guard hostel ni. Dia papah sorg bdk pmpn ni. Eh ni aku nak marah ni. Nape la org pmpn len dh takde ke nak pakcik tu papahkan. Dira berhenti nak tgk. Student len pun tgk. Tiba-tiba dira mai kat aku kata "Wahidah wahidah.. budak tu bukan sakittt. Dia kena rasuk (histeria). Sebab dia bunyi erghhhhhhh erghhhhh" .. . Aku "Ha yeke! Dira jom-jom kita naik cepat-cepat... Kang hantu budak tu ikut kita masuk bilik pula" .

Lari-lari kami. Sebab pakcik masa tu belakang ktorg nak papah bdk tu ke mana pun aku taktau. Tapi aku fikir mestilah nak di bawa naik bilik kan. Arggh aku apa la lagi tarik Dira. Kesian Dira, dah la sandal aku yang dia pakai tu licin. Hahaha. Dalam pala otak aku "Dah la malam ni aku nak stay up, adoi! ... " . Dugaan dugaan. Takpelah. Buat tak tau jela. Kesian Kak Su nak mai bilik tapi terpaksa cancel kan. Nak copy movie. Huhu. Aku siapkan keja. Jenis aku memang buat keja lambat. Aku nak kan yang terbaik. Ni final projek. Memang takleh main-main. Aku nak buat cantik-cantik. Nak ayat bagus-bagus dalam tu. Kakaka. Minta-minta Puan Jue suka. Aaminnn. Kul 6 lebih mandi then sambung lagi buat.

Jumaat - Tidur kejap kul 8 pagi tadi. Kul 10 lebih bangun. Tidur 2 jam lebih sahaja. Siapkan final projek subjek Pengurusan Projek. Proposal pembinaan kondominium. Perkara yang tak pernah dilakukan selama 3 tahun belajar di kolej IKIP Kampus Taman Gelora, aku n kwn2 kls jalan kaki dr IKIP 2 Casa Tanjung ke IKIP 3 (Taman Gelora). Tak la jauh sangat dalam 3 km lebih kot. Haha. Sebabnya nak jimat duit untuk print proposal yang fully colour tu. Ada 1 kedai tepi IKIP 2 murah kalau fotostat, print or lain-lain. Print kat library Kolej aku MAHAL! Takmau. Haha. Em semua yg lalu lalang kat jalan tu pandang kami 3 org ni. Haha. Pelik kot. Slmt la masa tu redup-redup ja cuaca. Thanks Allah :) I love YOU.

Printscreen je ada, takde gambar kenangan proposal aku :( Suka sangat bila dah print proposal tu


Semakin hampir sampai Kolej hahaha Dila & Ati mendahului aku


Balik ptg tunggu bas tp trlepas bas, kul 6 lebih sampai hostel naik van kolej. Sampai-sampai hostel baru lepas kena fogging. Ok tarik nafas, g kedai sebelah duduk minum kejap. Kul 7 malam naik, mandi. Kul 8 malam teman kawan g KP (Kuantan Parade) beli barang untuk kem PAI dia esok. Last-last aku pun beli barang sekali. Barang stok mkn sampai habis exam.


Bosan menunggu jom kita snap jap tugu Kolej aku ni :P 


Balik sampai kul 10 mlm. Naik hostel. Kemas barang yg beli td. Kemas katil. Kemas buku. Kemas dan kemas. Semak dh bilik. Hahahahaha. Kul 1 pagi tidur. Sampai kul bape biarlah rahsia. Alhamdulillah cukup dah tidur. InsyaAllah arini, esok, lusa & tulat bakal bz balik. Semoga kuat & tabah. Aaminn :)


Mata sembab ja seminggu ni. Dijangka akan berterusan sembab. Hee.

وحيده

Follow us on Pasemboqtempe Channel
https://www.youtube.com/user/satu0111

Comments

P O P U L A R

KELEBIHAN KALIMAH LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TINGGAL DI KONDOMINIUM

JAJAN KANAK² ZAMAN 90-AN CORN STIK BBQ PALING SEDAP 🌽

LAGU NASYID MENENANGKAN HATI

PELIHARALAH DIRIMU WAHAI WANITA DARI MATA LIAR LELAKI

Petikan Skrip Dari Filem Bohsia 2

PENGALAMAN SERAM SEPANJANG DUDUK DI ASRAMA

UNIKOP DALAM KENANGAN

19 Perpustakaan Tercantik Di Dunia (Photo by Will Pryce)

TITIAN KEJAYAAN LAGU MOTIVASI ZAMAN SMTKS