SENDIRI LAGI

Masa aku tengah menaip post ni, aku berehat sambil garu kepala yang gatal nak mampos ni. Em. Haha. Serabut serabut buat projek untuk subjek Pengurusan Projek & Amalan Pembinaan ni. Tajuk untuk sem aku kali ni. Kertas cadangan membina kondominium di Taman Gelora Kuantan Pahang. Taman Gelora oo.




Haha. Aku nak tergelak. Tapi tahan-tahan. Nak dekat exam, kang ilmu aku terbang melayang pula banyak-banyak :P Ye. Pensyarah aku tugaskan kami buat proposal. Hardcopy and also presentation. Hihi. Untung pada mereka yang batch intake Julai. Batch yang sememangnya ramai pelajar masuk. But not me.

Aku masuk intake Januari 2010 yang lalu. Huhu. Sbb tu aku bakal habis diploma ni hujung tahun ni 2012 :) Haha. Sebelum nak habis kena pulun-pulun otak, dan silap haribulan pengsan tak bangun-bangun. Hahuhi. Tengok aku gelak pun dah mereng. Ok macam biasa student intake sikit macam aku & kawan-kawan sekelas aku mesti nasib kureng sikit. Eh tak baik tau. Semua ada kelebihan. Ye :)

Bila ada sahaja projek, assignment, atau apa-apa yang melibatkan sepatutnya berkumpulan mesti tidak pada kami. Kecuali p Kem Ukur & Makmal. Haha. For example, projek subjek yang aku ngah wat skrg ni la. Kena buat, bentang segala-galanya sendiri. Sendiri lagi setiap sem. Hee. Lagi-lagi student yang ikut flow (alhamdulillah) macam aku & 2 orang kawan aku tu. Perggh. Apa-apa pun diharap perkara ni ada makna, hikmah 7 kebaikan di sebaliknya.

Di saat akhir-akhir sem atau lebih tepat lagi akhir-akhir pengajian aku kat sini aku memang perlukan kekuatan, kesabaran dan ketabahan yang sangat tinggi. Memang dugaan dari Allah lagi makin mencabar bila kita nak hadapi perkara-perkara penting dalam hidup kita. Allah Pencipta kita Yang Maha Menguji tanda Dia sayang sangat pada kita.

Sujud untuk dapatkan kembali kekuatan & ketenangan dari Dia. Ye. Tapi bagi aku kaum hawa mesti akan diberi cuti. Di saat diberi cuti ni juga lah lagi sangat mencabar. Apa-apa pun pilihan di tangan kita semua. Baik atau buruk? Bahagia sekarang atau sedih kemudian? Takmo takmo.

Ok setakat ni je karangan aku. Hee. Nak sambung masukkan data pengiraan kos pembinaan kondominium imaginasi aku :P Tata. Selamat menyiapkan assignment & projek buat diri ini & semua pelajar di luar sana. Wassalamu'alaikum :)



وحيده

Follow us on Pasemboqtempe Channel
https://www.youtube.com/user/satu0111

Comments

P O P U L A R

KELEBIHAN KALIMAH LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TINGGAL DI KONDOMINIUM

JAJAN KANAK² ZAMAN 90-AN CORN STIK BBQ PALING SEDAP 🌽

LAGU NASYID MENENANGKAN HATI

PELIHARALAH DIRIMU WAHAI WANITA DARI MATA LIAR LELAKI

Petikan Skrip Dari Filem Bohsia 2

PENGALAMAN SERAM SEPANJANG DUDUK DI ASRAMA

UNIKOP DALAM KENANGAN

19 Perpustakaan Tercantik Di Dunia (Photo by Will Pryce)

TITIAN KEJAYAAN LAGU MOTIVASI ZAMAN SMTKS