RESIPI SUP DAGING BERSAMA SAMBAL KICAP POWER
Seorang Wahidah telah merajinkan diri masak sup daging. Sekali masak periuk beso ha. Puas makan kami bertiga. Aku, suami aku, adik aku. Makanlah kauuu.
Aku buat simple saja. Bahan tak banyak, so masukkan ja apa yang ada dalam dapur aku. Kedai jauh kalau nak pegi, kalau dekat pun takdanya aku rajin nak pegi. Meh aku share resipinya
• Daging rebus sampai kau rasa empuk
Sup Daging Mudah
Bahan²
• Daging yang dah direbus, dipotong
• Daun Sup
• Secukup rasa
• Garam
• Gula
• Kentang - 4 potong ikut suka bentuk camna
Bahan tumis
• Bawang putih - 1 biji
• Bawang ros merah - 5 biji
• Rempah 4 sekawan
• Jintan manis
• Halia - besar ¾ ibu jari
Cara²
• Masukkan bahan tumis lepas periuk dan minyak dah panas
• Gaul rata sampai naik bau
• Kalau ada serbuk rempah sup buh 3 sudu dan gaulkan rata
• Letak air ikut nak banyak mana
• Katup periuk bagi cepat mendidih
• Dah mendidih buh kentang
• Pastu biar sat
• Agak² dalam 2 minit ke atas buh semua daging
• Letak secukup rasa, garam, gula
• Last sekali daun sup yang dah dipotong
Pekena dengan sayur sawi tumis dan sambal kicap. Sawi tumis punya resipi campak sukahati aku hahahaha janji rasa ada
Sayur Sawi Tumis
Bahan²
• Sayur sawi
• Daging direbus dan dipotong
• Bawang putih hiris - 3 ulas
• Bawang ros merah hiris - 2
• Ikan bilis sedikit
• Garam
• Secukup rasa
• Minyak
Cara²
• Panaskan minyak
• Tumis bawang², daging dan ikan bilis
• Bila dah naik bau buh sayur punya batang
• Gaul rata agak² ok buh pula sayur hijaunya
• Nak letak air terpulang
• Last sekali secukup rasa, garam sikittt sangat
Jenis aku kalau buat sup sangat suka kenankan ngan sambal kicap, rasa macam tak best kalau takdak sambal kicap versi mak abah aku 😂 Jadi beginilah pembikinan sebuah sambal kicap
Sambal Kicap
Bahan²
• Bawang putih - 3 ulas
• Cilipadi - Ikut kepedasan
• Air asam jawa
• Kicap Manis
• Garam sikit
Cara²
• Blend semua bahan di atas kecuali kicap hehehe
• Last sekali masukkan dalam mangkuk dan masukkan kicap, garam. Siap!
Alhamdulillah... Terima kasih Allah SWT beri peluang merasa nikmat makan makanan apa yang kami suka. Semoga dapat rasa lagi. Aamiin Ya Rabbal'alamin 😘
وحيده
MAHU JUAL / BELI HARTANAH?
Wahidahbmeproperty.com
Mari Beli Hartanah
YOUTUBE CHANNEL
Pasemboqtempe Channel
Mari Beli Hartanah
YOUTUBE CHANNEL
Pasemboqtempe Channel
PERKONGSIAN
• Restoran D'Rayyan Seafood Sg Nibong Penang
• Nasi Campur Murah & Sedap Food Court Lotus Sg Dua Penang
• Ayam Panggang Ayamas Menggamit Memori Keluarga
• Joe Cafe Relau Penang
• Nasi Goreng Kampung Food Court Lotus Jelutong Penang
• Chicken Chop Food Court Lotus Sg Dua Penang
• Patin Tempoyak Food Court Hentian RnR Tapah Perak
• Nasi Campur Murah & Sedap Food Court Lotus Sg Dua Penang
• Ayam Panggang Ayamas Menggamit Memori Keluarga
• Joe Cafe Relau Penang
• Nasi Goreng Kampung Food Court Lotus Jelutong Penang
• Chicken Chop Food Court Lotus Sg Dua Penang
• Patin Tempoyak Food Court Hentian RnR Tapah Perak
Comments
Post a Comment
Hablumminallah Wa Hablumminnas 🌹