NASI GORENG KAMPUNG & PELBAGAI MASAKAN PANAS SEDAP DI FOOD COURT TESCO JELUTONG PENANG

Kebiasaannya hari cuti, Jumaat memang kadang² kami akan pergi ke Tesco Jelutong, maklumlah banyak kedai best².

Selain tu, kami salu pekena Nasi Goreng Kampung made by Gerai Masakan Panas yang ada jual Pasembor tu.

Ha beratur orang order kat depa, menu yang powernya Mee Goreng Mamak, Nasi Goreng Kampung,  Maggi Goreng Mamak Dan Pasembor depa.

Semua bangsa serbu gerai depa. Termasuklah kami kahkahkah. Dorg ada jual minuman juga, jadi memang senang. Jimat masa dan tenaga.


Makan panas² sedap


Food Court Tesco Jelutong ni dulu tak sekemas sekarang. Depa dah upgrade bagi nampak kemas, moden, selesa untuk pelanggan.

Puas hati la senang cerita. Ikut suka hati korang nak duduk lepak ceruk mana. Masa awal tempat ni di upgrade memang kami suka duduk jauh².

Dah lama² jadi malas pulak jauh² ni. Dok depan kedai ja sekarang ni hahahaha. Nampak tak simptom meningkat umur tu. 


Nasi Goreng Kampung


So korang mana yang jejalan area Tesco Jelutong, yang tujuan datang nak pergi Courth Mamoth ke, SSF kat Udini Square ke, haaa boleh la singgah Food Court Tesco.

Tekak suka masakan panas sesuai sangat singgah sini. Dulu paling suka cuci mata kat CM, SSF dengan MR DIY, sekarang tambang dalam senarai HOME PRO hikhik. Terapi mata kahkah. Ok korg daaa. 

وحيده

Follow us on Pasemboqtempe Channel
https://www.youtube.com/user/satu0111

Comments

P O P U L A R

KELEBIHAN KALIMAH LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TINGGAL DI KONDOMINIUM

JAJAN KANAK² ZAMAN 90-AN CORN STIK BBQ PALING SEDAP 🌽

PENGALAMAN SERAM SEPANJANG DUDUK DI ASRAMA

TITIAN KEJAYAAN LAGU MOTIVASI ZAMAN SMTKS

PINJAMAN PENDIDIKAN MARA PTPTN YAYASAN NEGERI DAN LAIN²

LAGU NASYID MENENANGKAN HATI

PELIHARALAH DIRIMU WAHAI WANITA DARI MATA LIAR LELAKI

Petikan Skrip Dari Filem Bohsia 2

UNIKOP DALAM KENANGAN