TERINGAT SMTKS YANG SANGAT ISTIMEWA

Semalam aku duk kemas² almari baju kat rumah aku. Kemas baju² jela tapi, ternampak baju masa kat sekolah teknik dulu.

Teringat dan rasa sangat rindu zaman SMTKS dulu. Baju kurung warna maroon dan kain corak songket tenun.

Baju kurung ni kami akan pakai tiap hari Jumaat. Aku ingat lagi, ada 2 hari yang aku suka bila tiba waktunya.

Rabu dan Jumaat, rabu sebab boleh pakai baju koko dan baju koko aku masa tu seluar track + baju JPA3/KPA3 warna oren + tudung warna hitam.

Haa aku suka pakai pakaian ni sebab tak payah gosok baju sekolah (hik hik) .

Simple je, aku ingat lagi kalau malam hari Selasa aku mesti tanya geng² aku yang ahli KPA3 nak pakai baju oren tak.

Kalau dorg pakai, aku ikut pakai. Kalau dorg tak pakai, aku pakai gak hahaha. Kalau boleh pujuk, aku pujuk gak sampai dorang nak pakai. 

Ok. Kalau hari Jumaat sebab pakai baju kurung maroon tu, hee. Baju kurung maroon ni aku suka sebab kalau aku duk gasak macam mana pun tak nampak sangat konyok nya.

Macam tu lah zaman sekolah punya cite. Haa selain baju kenangan tu, aku ada juga lipat baju koko kami dulu.

Kalau membe² aku baca post aku ni tau lah ye, yang warna biru gelap tu. Kalau petang hari Rabu ada koko kami pakai baju tu le.

Haa, kalau ada function lain pun kami pakai baju tu. :( Rindu sangatlah kat sekolah tu. Bila entah dapat pegi lagi.

Susah kalau dah keluar dari sekolah ni. Yang pasti aku rindu sahabat² aku kat sekolah tu. Aku memang happy sangat² duk sekolah tu.

Kawan memang terbaik lah, moga perkenalan kita semua berkekalan dan dipermurahkan rezeki untuk bertemu lagi. Aamiin Ya Rabbal'alamin.


Kenangan Pertandingan Kawat Peringkat Daerah 2007 (Pasukan KPA3)


Aku teringin nak tulis pengalaman sepanjang aku duk kat SMTKS. Dari awal melangkah masuk hingga lah akhir sekali aku melangkah keluar. One day...

وحيده

Follow us on Pasemboqtempe Channel
https://www.youtube.com/user/satu0111

Comments

  1. aku rindu.. aku rindu .. aku ingt mlm kawad..kita kawad sme2 dkt dataran kejat.. balik2 lapar.. mkn nasik lemak cikgu mokas.. hahaha

    ReplyDelete
  2. Like :)
    Ha'ah Una, rindu sgt2.
    Ingat2, ponat lorhh.
    Tp hilang penat ckit bila minum air n mkn ns lemak cikgu mokaz.
    Rndunye saat2 kat sana.

    ReplyDelete

Post a Comment

Hablumminallah Wa Hablumminnas 🌹

P O P U L A R

KELEBIHAN KALIMAH LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH

KOLEKSI AYAT-AYAT UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI

BAHAYA NAFSU LELAKI 🔥

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TINGGAL DI KONDOMINIUM

CARA BELI KERETA TANPA PENJAMIN UNTUK INDIVIDU YANG BEKERJA SENDIRI 💡

PINJAMAN PENDIDIKAN MARA PTPTN YAYASAN NEGERI DAN LAIN²

JOE CAFE RELAU PULAU PINANG

Peristiwa Memali Antara Bukti Kerajaan Malaysia Kejam! (SIRI I)

WAHAI WANITA DIRIMU BUKAN UNTUK TONTONAN

No Idea