BERAYA DI KAMPUNG HALAMAN WAHIDAH BME

SELAMAT HARI RAYA semua pembaca, moga bahagia hendaknya. Alhamdulillah raya tahun ni bahagia macam sebelum-sebelum ni tetapi agak lain sikit dari tahun-tahun sebelum ni. Rumah kampung dah jadi rumah batu sebab sebulan sebelum raya keluarga kami di kampung di uji. Rumah kampung kami terbakar, licin dijilat api kerana berlaku litar pintas, walau apa pun alhamdulillah semua insan-insan tersayang dalam rumah tu selamat. Aku percaya di sebalik semua tu ada hikmah yang Allah tetapkan. Hanya Dia berkuasa membuka minda kami untuk memikirkan apa hikmah di sebalik kejadian itu. 

Sudah tentu yang paling sedih nenek aku sendiri, sedih hati bila dengar nenek kata lebih kurang macam ni 'Ada 1 pasang pakaian nenek je dapat diselamatkan boleh wat kenangan'. Usia nenek dah menjangkau 70-an, tak pasti berapa umur nenek di rumah tu lah penuh kenangan dengan arwah atuk. Dan di rumah itu jugalah nenek dan arwah atuk besarkan 12 orang anak mereka termasuk my abah.

Kalau aku ada kat tempat nenek, aku juga akan sedih. Ingat lagi masa dah masuk area kampung nenek, tertanya dan berdebar-debar nak tengok rumah baru kampung kami. Yelah, akuyang dah hampir berumur 20 tahun ni tiap tahun balik kampung tiba-tiba tengok rumah dah berubah. Allah sahaja yang tahu camna perasaannya. Alhamdulillah rumah baru banyak juga kelebihan walaupun belum lengkap 100% di dalam dan di luarnya. Ruang tamu yang luas, ruang anjung yang luas, dapur yang luas, luas3. Alhamdulillah.

Sekarang kami sekeluarga kalau makan lebih sempoi, makan kat anjung rumah. Memang best sangat, angin tiup juga pemandangan kehijauan yang menyejukkan mata. Haa baru teringat, saya ada terbaca paper tarikh 30 dan 31 Ogos Ya Allah banyak juga berita pasal rumah terbakar, ada yang sehari sebelum raya, ada yang hari raya pertama. Ya Allah, bila fikir balik syukur kejadian kebakaran aritu tak berlaku macam dorg.

Lagipun abah juga kata, rumah kampung kami tak kukuh dah almaklum lah rumah kayu. Rumah pun dah berabad dah, cucu cicit kalau balik raya berlari sana berlari sini, melompat sana melompat sini. Mahu roboh juga rumah kayu tu. Pape pun aku tetap rindu rumah lama, dan hanya gambar menjadi pengubat rindu kami sekeluarga.

Kami balik kampung waktu petang sehari sebelum raya masa tu, semalam balik Shah Alam. Kampung ku di Batu Pahat. Diharap dapat balik kampung lagi next time. Bila dah bergelar pelajar IPT sangat susah nak balik kampung, cuti sem pun sekejap. Cuti sem kena kerja tak berkesempatan nak pulang ke kampung, hanya Hari Raya ruang dan waktu yang bebas nak lepaskan rindu kat kampung.

Berganda-ganda rindu dah dilepaskan sebab dapat jumpa semua saudara mara yang disayangi. Semua berkumpul, kepada saudara mara ku mohon maaf andai ada terkurang pada diri ini dan keluarga kami. Moga Allah melindungi keluarga kita dan merahmati kita semua juga pada umat-umat Islam. Amin Ya Rabbal'alamin.

Raya tahun ni saya bahagia juga sebab aku dapat pergi ke kubur, melawat tempat terakhir di mana aku nampak jasad atuk kesayanganku. Bahagia kerana kami terbau bau-bauan wangi di pusara arwah atuk sepanjang bacaan surah dibacakan oleh Abah. Wallahu'alam, yang pasti aku bahagia. Moga atuk bahagia di samping Allah SWT. Tunggu kami di sana atuk, wahidah rindu atuk.

Ingat selalu kenangan bergurau dengan atuk. Mudah-mudahan kami juga seperti atuk, pergi dalam keadaan yang suci dan wajah yang berseri-seri. Raya setahun sekali, diharapkan tahun hadapan dipertemukan lagi dengan Ramadhan dan Syawal. Kedua-dua bulan ini betul-betul buat hati ini gembira dan sebak dalam kesyukuran. Permudahkan jalan urusan hidup kami Ya Illahi dan perkenankan permintaan kami yang lemah ini Ya Rabbi.

ﺁﻣِﻴْﻦُ ﻳَﺎ ﺭَﺏَّ ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﻴْﻦ 

Kenangan Raya Aidilfitri Tahun 2008 


Rumah kampung yang baru, full batu

Dalam kenangan dan ingatan sentiasa

وحيده

Follow us on Pasemboqtempe Channel
https://www.youtube.com/user/satu0111

Comments

P O P U L A R

KELEBIHAN KALIMAH LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH

KOLEKSI AYAT-AYAT UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI

BAHAYA NAFSU LELAKI 🔥

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TINGGAL DI KONDOMINIUM

PINJAMAN PENDIDIKAN MARA PTPTN YAYASAN NEGERI DAN LAIN²

CARA BELI KERETA TANPA PENJAMIN UNTUK INDIVIDU YANG BEKERJA SENDIRI 💡

JOE CAFE RELAU PULAU PINANG

Peristiwa Memali Antara Bukti Kerajaan Malaysia Kejam! (SIRI I)

No Idea

Hak Masing-Masing