JOM MUDAHKAN URUSAN ORANG LAIN KHAS BUAT YANG SELALU BUNGKUS AIR 💡

Ada sesuatu yang nak aku kongsikan untuk pembaca sekalian. Moga ia bermanfaat. Aamiin Ya Rabbal'alamin.

Ni khas buat sesiapa yang selalu bawa balik air bungkus macam Milo Ais Bungkus, Teh Ais Bungkus dan segala air yang berbungkus.

Selalunya pelajar asrama macam budak IPT hee macam aku ler yang salu main bungkus² ni.

Kadang² tak semua orang mampu habiskan air minuman masing² dengan jayanya, aku faham sebab aku pun kadang² tak habis minum juga.

Aku nak sarankan kt sini andainya korg semua nak buang air yang tak habis tu lebih baik korg matikan dulu langkah korg ke tong sampah.

Ngahahaha sukahati kau... Kita nak ajak awak² buat kebaikan InsyaAllah. Terus ke tandas then buanglah dulu air yang tak habis tu dalam singki.

Cuci plastik tu sekali kalau rajin dan itulah yang paling terbaik. Lepastu korg boleh buang terus plastik, straw, dan tali ikat plastik tu ke dalam tong sampah. Senang ja kan.


Kopi Ais Seksi by Kopitiam Pak Non


Jom aku terangkan apa kelebihan yang akan korg dapat bila korg buat macam apa yang aku sarankan ni. 

Ok yang paling utama sekali korg semua dah pun memudahkan kerja makcik² pakcik² cleaner.

Sebabnya, confirm takkan berlakunya babak tertumpahnya air yang busuk dari tong sampah bila makcik cleaner tu nak masukkan plastik sampah tu dalam plastik sampah besar. Betul tak?

Bayangkan korg dah mudahkan kerja manusia lain. Kalau tak buat macam ni, mesti air² busuk tu tumpah.

Dah jatuh kat lantai, mengalir bagai satu hal la pula kan. Kesian makcik cleaner tu nak kena mop la, pastu ngan bau busuknya lagi.

Kadang kita tak sengaja nak menyusahkan org lain sebab kita tak terfikir pun kan. Seterusnya nape aku ada sarankan basuh juga plastik tu?

Sebabnya nak elakkan bau yang kurang menyenangkan terutamanya kalau air yang bersusu.

Susu kan sifatnya senang basi. Air yang busuk alang² biarlah mengalir kat tempat yang busuk kikiki.

Setakat ni aku mampu berfikir ni antara kelebihan²nya. Apa² pun yang pasti semua adalah untuk kebaikan bersama.

Keselesaan tu penting juga kan. Kalau bersih InsyaAllah tubuh badan kita pun sihat juga.

Apa yang aku praktikkan ni aku belajar dari kolej lama dulu, UNIKOP College.

Senior buat macam ni, aku pun follow. Contoh yang baik elok sangat kita ikut 😉

Tak dinafikan sebagai seorang pelajar, kadang hidup kita serabut dengan jadual kelas.

Sibuk nak buat aktiviti yang lain. Macam buat assignment ke, ape ke, sampai takde masa nak kemas atau jaga kebersihan dan lain².

Tapi kalau keadaan persekitaran kotor nak belajar pun tak selesa, tak best kan?

Apatah lagi nak beribadah pun tak selesa. Allah SWT kan suka pada kebersihan & kecantikan.

Haa jangan lupa 'update' bilik air korg ya. Kalau nak tahu tahap kebersihan seseorang boleh ushar keadaan bilik air orang tu, ni orang kata lah.

Nak tubuh badan yang sihat memang kena rajin, bila rajin sekeliling kita pun akan bersih dan kemas. Aura positif pun terhasil.

Jika anda adalah seorang individu yang jenis pembersih tahniah! Tahniah jadi manusia rajin.

Alhamdulillah, harap kita mampu jadi umat Islam yang pembersih ya. Jadi ikutan buat mereka di luar sana InsyaAllah... 

Rumah ku syurga ku kan. Oh ya terutama kaum wanita. Wanita kena rajin nanti suami bertambah sayang, tak cari lain dah.

Rajin tu pelbagai aspek tau, InsyaAllah berkekalan. Moga entry kali ni bermanfaat buat kita semua. Aamiin Ya Rabbal'alamin.


وحيده

Follow us on YouTube 🎬
Pasemboqtempe Channel

Join our Telegram Channel 📱
t.me/AhzaHartanah
t.me/AhzaHartanahUtara
t.me/YadiraBags
t.me/YadiraClothes


Comments

  1. oiii cheq terasa .. tapi tak sangat sebab cheq minum habihhhh hahaha

    ReplyDelete
  2. Jgn nk terasa sgt la. Haha. Normal la una. Aku pun dlu buat cmtu, tp jarang sgt sbb salu minum abis. Sejak tgk senior aku wt cmtu ms kolej unikop dlu, aku jd ikut cara dia. Byk manfaatnya ^^

    ReplyDelete

Post a Comment

Hablumminallah Wa Hablumminnas 🌹

P O P U L A R

KELEBIHAN KALIMAH LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH

KOLEKSI AYAT-AYAT UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI

BAHAYA NAFSU LELAKI 🔥

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TINGGAL DI KONDOMINIUM

CARA BELI KERETA TANPA PENJAMIN UNTUK INDIVIDU YANG BEKERJA SENDIRI 💡

PINJAMAN PENDIDIKAN MARA PTPTN YAYASAN NEGERI DAN LAIN²

JOE CAFE RELAU PULAU PINANG

Peristiwa Memali Antara Bukti Kerajaan Malaysia Kejam! (SIRI I)

WAHAI WANITA DIRIMU BUKAN UNTUK TONTONAN

Nyahkan Jerawat Dengan Topeng Oat