RAMBUT BERSINAR DENGAN STRAWBERRY


Tidak suka melihat rambut anda yang kelihatan kusam dan tidak bermaya? Apa kata anda cuba dapatkan rambut sihat dan bersinar secara semulajadi dengan cara mudah iaitu menggunakan buah strawberry. Kandungan vitamin yang tinggi dalam buah ini membantu menyihatkan rambut.

Bahan
- 8 hingga 10 biji strawberry
- 1 sudu besar mayonis

Cara
1. Lenyekkan buah strawberry hingga hancur.
2. Campurkan dengan mayonis. Gaul sebati.
3. Cuci bersih dahulu rambut anda.
4. Kemudian, sapukan adunan strawberry tadi pada rambut. Tutup kepala dengan shower cap atau plastik.
5. Letakkan tuala yang direndam dalam air panas ke atas kepala agar haba panas dari tuala itu membantu rambut meresapi vitamin daripada adunan strawberry tadi.
6. Biarkan selama 20 minit sebelum rambut anda dicuci bersih sekali lagi.

#cnp

Comments

P O P U L A R

KEBAIKAN PENCUCI LAICI KANG UNTUK KESIHATAN

JAJAN KANAK² ZAMAN 90-AN CORN STIK BBQ PALING SEDAP 🌽

SEKILAS LALU PERKAHWINAN KAKAK (PERNIKAHAN)

IDEA ELAK KEHILANGAN IC DAN KAD² PENTING 💳

Kelebihan Dan Kekurangan Tinggal Di Kondominium 🏙️

TUTORIAL REMOVE WORD VERIFICATION DARI RUANG KOMEN ENTRY BLOG💡

PERKAHWINAN TANPA RESTU IBU 👵