CARA MUDAH SIMPAN SEGALA NOTA, DATA, MAKLUMAT, AYAT DAN PERKATAAN KEGUNAAN HARIAN 📝
Hi korang. Ok kali ni aku nak share cara aku simpan segala mak nenek memo, ayat, perkataan dan seberadik dengannya. Aku yakin ramai juga dah pakai cara macam ni.
Yela teknologi zaman sekarang memang mudah sangat. Kita secara automatik akan ter'kreatif' atau terfikir idea untuk menyenangkan urusan kehidupan seharian kita.
Kadang faktor umur makin meningkat ni membuatkan kita terbatas nak ingat sesuatu. Yela mana nak buat kerja, nak urus rumah, nak urus anak ke, nak fokus kat bisnes ke.
So memang kita perlukan sesuatu yang memudahkan kita untuk mengingat atau menjimatkan masa kita.
Ok ini cara aku untuk mudahkan urusan aku. Korang boleh 'create' group di apps WhatsApp dan korang namakan group tu ikut apa yang korang nak.
Ini contoh aku punya, memang banyak gak. Berlambak. Tapi sangat sangat membantu aku dan suami. Yela kami jenis meniaga sendiri. Dengan page, blog, youtube channel, instagram semua aku urus sendiri.
Cara ni la yang buat kerja aku tak serabut. Aku plak sejenis suka benda² berkait ngan online ni, bisnes, blog, page fb.
Ada ja idea aku, so misal kata aku ada idea ayat nak promote sesuatu aku akan simpan dulu kat group wassap tu. Bila nak pakai aku buka la balik, tinggal copy and paste ajoo.
Korang boleh pakai untuk simpan macam² contoh bil² yang korang kena setel korang catit dulu standby untuk dibayar, atau korang catit hutang² ke, apa pun la catit saja. Sonanggg kan?
Selain tu, aku nak ajar korang step macam mana nak save perkataan yang korang kerap pakai seharian.
Contoh perkataan السلام علیکم, ﷽, atau lain² macam ﺁﻣِﻴْﻦُ ﻳَﺎ ﺭَﺏَّ ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﻴْﻦ ke. Semua ni aku yakin memang selalu korang gunakan sebagai seorang muslim.
Phone sekarang pun banyak sangat kelebihannya, cuma kita kadang tak tahu fungsinya, macam mana nak gunakan. Ngehehe. Aku pun bukan reti sangat, pakai geledah ja korek sampai tahu wahahaha.
Mari Beli Hartanah
YOUTUBE CHANNEL
Pasemboqtempe Channel
Comments
Post a Comment
Hablumminallah Wa Hablumminnas 🌹