MENGEJAR GOOGLE ADSENSE SETELAH 10 TAHUN

Tudia tajuk takleh blah. Tapi tu la hakikatnya, sungguh la kenapa baru saat ni aku tau macam mana cara nak bagi google adsense ni terima permohonan blog yang nak iklankan iklan depa. Entahlah.

Maybe salah diri sendiri yang blur kadang, cepat give up ke, atau mungkin juga tak sungguh² korek sampai jumpa. Tapi serius memang selama ni ada juga aku korek, tetap tak jumpa. Hahahaha.

Apa² jela, so mulai dari sekarang Wahidah akan post pasal pengalaman yang bermula dari tahun 2017 sampai la sekarang. Sebab apa 2017? Sebab photo 2017 aja yang ada dalam memori fon sekarang.

Berguna betol la Google Photos. Sepanjang 2017  sampai tahun lepas banyak aku delete photo atas banyak faktor. Sayangnya lahai, ada yang boleh diselamat dan ada yang gone terus. Emmm



Wahidah akan kongsi segala idea, pengalaman, kisah, segala semua la yang boleh dikongsi. Tak mahu kemam² dah, luah habis-habisan. Haha! 

Segala kisah sebelum 2017 pon akan dikongsi ya,  apa susah kita korek jela gambar yang ada dalam pak google wakakaka.

Banyak sangat yang nak di share, banyak terbuku ja ku simpan pasal malas beno huhu. Ini kali kita share InsyaAllah untuk kebaikan kita semua.

Syukur alhamdulillah berpeluang ber'blogging' lagi di umur 29 tahun ni, countdown my bufday wakaka.

Lagi setahun ja berbaki nak merasa nikmat umur 20-an. Uihhh macam taknak cakap pasal hal ni. Tak caya kadang diri dah nak habis angka 20 hahaha. Tapi tu la hakikatnya kan.

Kena teruskan hidup juga. Walau umur makin meningkat tapi jiwa masih segar muda, pasal kenangan² manis semua masih segar dalam ingatan.

10 tahun yang lalu Wahidah buat blog ni atas arahan seorang lecturer subjek english kat Kolej Unikop. Lebih kurang macam assignment la. Lepas dah buat aku tak tahu nak buat apa jadi terbiar sat.

Sampailah aku jumpa semula dorm mate aku. Kenal dia masa form 5 kat SMTKS, Una. Aku masuk Kolej IKIP lambat satu sem dari dia.

Bila dah jumpa tu kemain banyak Una share dan macam biasa Wahidah suka! Mengimbau kenangan kat balkoni P21 tahun 2008 hoho! 

Segala macam Una share termasuklah bab blog ni, Una suggest aku hias² blog. Lalu aku terjebak maka terhasil la blog aku bernama hawatenang.blogspot.com.

Ni la nama lama blog aku. Ha tu stand for Hafiz, Wa pula adalah nama aku Wahidah. So ajet nak ketenangan dalam hidup aku buh la tenang tu.

Sekali tak tenang juga kami berdua, almaklum darah muda remaja yang penuh liku. Ceramuk gak wakakaka. 

Una ni sahabat baik aku, walau kami tak rapat macam belangkas ke mana² tapi kami sangat rapat bila menyembang ngehehehe.

Kira boleh masuk la, dan antara kami no secret you know. Una la paling banyak bagi idea majukan life aku bab teknologi ni. Dia ajar basic, selebihnya aku bedak sendiri ngee.

Bab blog, bab bisnes online, serius memang aku sayang sangat ngan bff aku ni. Dah la kalau nyembang tu syokkkkk tak hingat haha! Korang singgah la blog Una, soshesay.blogspot.com orangnya ceria, positif dan motivated seriously. I love sangat dia okkk.

So masa tahun 2010 sampailah tahun 2014 memang aku sangat aktif berblog. Tak berapa tahu sangat pasal google adsense ni. Aku dan Una fokus ngan company pengiklanan si N tu. Tapi kemain banyak songeh.

Tettt... Sory to say la. But its ok bende dah lepas, biarkan saja.. Seperti kisah cinta yang lalu. Oiiii serius la sikit. Ok baik ya ya. Sampai lah aku kahwin ngan MH aka Muhamad Hafiz Mac 2015 lepastu terus Wahidah gone dari dunia blog.

Fokus teruk tolong my zauj meniaga kat gerai arwah bapa mertua kerana adik² iparku yang budiman berikut tak dapat tolong kekandanya di gerai.

Maka Wahidah dengan penuh kasih sayang, cinta, perhatian fokus majukan bisnes yang secara automatik dia la ketua masa tu. Pulun punya pulun sampailah tahun 2019 aku stop tolong niaga.

Beradiknya mahu tolong kekandanya. Alhamdulillah! Bermula tahun lepas aku aktif kembali sampai October stop balik sehingga sang cobid muncul.

Mac 2020 kena katup kedai, best sangat. Haha! Takpelah hidup ni ada pasang surutnya kan. Mujur ada simpanan, kalau tak rasa bungkus dah balik rumah Abah. Kahkah!

Turun berat badan Wahidah sepanjang pkp ni, sampai sekarang kita semua masih diuji. Terima kasih si pencetus gelombang ketiga! 

Tahun lepas aku decide ubah nama blog ni kepada mhwjourney.blogspot.com sampailah bulan bape ritu aku rasa macam eh aku rasa google adsense taknak terima permohonan aku sebab nama blog kot.

Content pun bersepah, memang aku sedar. Jadi aku rombak semula maka aku dengan yakinnya letak nama aku, jadilah wahidahbme.blogspot.com . B tu binti, M tu Md, E tu Esa begitulah maksudnya.

So yes sekarang aku pulun fokus kat blog dan vlog saja. Aku sedar sebenarnya ini adalah keseronokan aku, memang bab menaip bercakap ke apa itu memang the real Wahidah. Sapa kenal aku tau la aku macam mana.

Buktinya kau tengok sekarang bape jauh dah aku menaip. Panjanggggg je reti. Masa sekolah dulu membe aku sorg ni selalu usik aku 'Wahidah kalau dapat kertas soalan exam tak pandang langsung kiri kanan' hahahhahahahhaaha


Ce teka hakmilik aku atau google? 

Hakikatnya macam tu la. Aku bukan apa, bila dah ingat aku cepat² la tulis, bila ada idea lagi laju aku tulis kalau subjek bm la. Wahidah cuma blur kalau subjek kait ngan sains ja, kecuali fizik sebab ngira² i like u.

Kita kena hargai masa yang disediakan oleh para guru untuk kita jawab exam. Di situ akan terhasilnya KEJAYAAN. InsyaAllah! Heeeee... 

Diharapnya pihak Google Adsense sudi la menerima permohonan I yang berasal dari negara Malaysia yang indah ni. Percayalah blog Wahidah BME ni tak rugi kalau orang singgah membaca.

Kalau korang jenis malas nak baca panjang² korang pergilah singgah channel youtube aku ngan hafiz Pasemboqtempe Channel klik link ni https://www.youtube.com/user/satu0111 . Kat sana aku potpet dengar suara, kat sini no voice silent only. Tenang sikit ngahaha.

Laki aku ni tdo ganas betul, aku tengah menaip ni ditendangnya aku bahahahha. Woi hal dalam selimut jangan cte la ngok. Ala sikit sikit ja.

Lepasni korang boleh la layan celoteh² aku. Terima kasih pada pembaca semua. Kenal ke, tak kenal ke semua aku hargai. Ada rezeki aku belanja korang gift. Semoga kita semua peroleh manfaat untuk kebaikan dunia dan akhirat kita. Aamiin Ya Rabbal'alamin


وحيده

MAHU JUAL / BELI HARTANAH? Wahidahbmeproperty.com
Mari Beli Hartanah
YOUTUBE CHANNEL
Pasemboqtempe Channel

Comments

  1. love you too geng. hahahaha ceepat masa berlalu . 12 than kita kenal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan una. Lama benooo. Alhamdulillah masih potpet sesama sampai skrg hahahaha

      Delete

Post a Comment

Hablumminallah Wa Hablumminnas 🌹

P O P U L A R

BAHAYA NAFSU LELAKI 🔥

KELEBIHAN KALIMAH LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TINGGAL DI KONDOMINIUM

PELIHARALAH DIRIMU WAHAI WANITA DARI MATA LIAR LELAKI

KOLEKSI AYAT-AYAT UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI

PENGALAMAN SERAM SEPANJANG DUDUK DI ASRAMA

CARA BELI KERETA TANPA PENJAMIN UNTUK INDIVIDU YANG BEKERJA SENDIRI 💡

SUKAN TARIK TALI YANG MENYERONOKKAN

PINJAMAN PENDIDIKAN MARA PTPTN YAYASAN NEGERI DAN LAIN²

BENCI DOSA BUKAN PENDOSA