CARA MUDAH SIMPAN SEGALA NOTA, DATA, MAKLUMAT, AYAT DAN PERKATAAN KEGUNAAN HARIAN 📝

Hi korang. Ok kali ni aku nak share cara aku simpan segala mak nenek memo, ayat, perkataan dan seberadik dengannya. Aku yakin ramai juga dah pakai cara macam ni.

Yela teknologi zaman sekarang memang mudah sangat. Kita secara automatik akan ter'kreatif' atau terfikir idea untuk menyenangkan urusan kehidupan seharian kita.



Kadang faktor umur makin meningkat ni membuatkan kita terbatas nak ingat sesuatu. Yela mana nak buat kerja, nak urus rumah, nak urus anak ke, nak fokus kat bisnes ke.

So memang kita perlukan sesuatu yang memudahkan kita untuk mengingat atau menjimatkan masa kita.

Ok ini cara aku untuk mudahkan urusan aku. Korang boleh 'create' group di apps WhatsApp dan korang namakan group tu ikut apa yang korang nak.

Ini contoh aku punya, memang banyak gak. Berlambak. Tapi sangat sangat membantu aku dan suami. Yela kami jenis meniaga sendiri. Dengan page, blog, youtube channel, instagram semua aku urus sendiri.



Cara ni la yang buat kerja aku tak serabut. Aku plak sejenis suka benda² berkait ngan online ni, bisnes, blog, page fb.

Ada ja idea aku, so misal kata aku ada idea ayat nak promote sesuatu aku akan simpan dulu kat group wassap tu. Bila nak pakai aku buka la balik, tinggal copy and paste ajoo.

Korang boleh pakai untuk simpan macam² contoh bil² yang korang kena setel korang catit dulu standby untuk dibayar, atau korang catit hutang² ke, apa pun la catit saja. Sonanggg kan? 

Selain tu, aku nak ajar korang step macam mana nak save perkataan yang korang kerap pakai seharian.

Contoh perkataan السلام علیکم, ﷽, atau lain² macam ﺁﻣِﻴْﻦُ ﻳَﺎ ﺭَﺏَّ ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﻴْﻦ ke. Semua ni aku yakin memang selalu korang gunakan sebagai seorang muslim.

Phone sekarang pun banyak sangat kelebihannya, cuma kita kadang tak tahu fungsinya, macam mana nak gunakan. Ngehehe. Aku pun bukan reti sangat, pakai geledah ja korek sampai tahu wahahaha.


Ok ni contohnya korang jumpa perkataan camni kat mana² then korang nak save supaya korang boleh pakai semula anytime. Lepas dah copy then korang paste dulu.


Then kat keyboard korang mesti ada fungsi untuk ubah settings bab keyboard ni. Kalau macam aku jenis oppo r9s atau fon oppo yang lain mesti sama ada simbol smile tu. So klik kat situ.


Then akan keluar camtu. Korang klik word Edit text tu. Bende alah ni takleh screenshot, so aku snap pakai nset adikku ngahahaha


Lepastu akan keluar rupanya begini ya anak². Pastu korang klik Clip Board macam apa anak panah tu tunjuk.


So nanti akan keluar macam ni. Pastu akan muncul perkataan yang korang paste tadi. Korang perkataan tu.


 Klik perkataan Lock tu. Akan tersimpanlah nanti word tu. Anytime nak pakai tinggal buka ja balik. Klik klik saja.


Begitulah caranya 😊


So diharap perkongsian aku ni membantu korang, terutama yang jenis banyak berurusan pakai fon macam orang bisnes ke kan. Korang ada nak tanya pape jangan segan komen ok. Silakan share untuk manfaat kita semua InsyaAllah. Semoga dipermudah urusan kita semua untuk kebaikan dunia dan akhirat kita. ﺁﻣِﻴْﻦُ ﻳَﺎ ﺭَﺏَّ ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﻴْﻦ 

Comments

P O P U L A R

BAHAYA NAFSU LELAKI 🔥

KELEBIHAN KALIMAH LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TINGGAL DI KONDOMINIUM

KOLEKSI AYAT-AYAT UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI

PELIHARALAH DIRIMU WAHAI WANITA DARI MATA LIAR LELAKI

PENGALAMAN SERAM SEPANJANG DUDUK DI ASRAMA

CARA BELI KERETA TANPA PENJAMIN UNTUK INDIVIDU YANG BEKERJA SENDIRI 💡

SUKAN TARIK TALI YANG MENYERONOKKAN

PINJAMAN PENDIDIKAN MARA PTPTN YAYASAN NEGERI DAN LAIN²

BENCI DOSA BUKAN PENDOSA