ALLAH SWT MENCINTAI ORANG YANG BERSABAR


Orang-orang yang sabar adalah hamba Allah yang dicintai oleh-Nya. Sabar ialah keteguhan, menahan dan mencegah iaitu menahan diri dari keluh kesah, teguh dalam menghadapi kesulitan dan mencegah nafsunya dari mengikuti segala kemahuan dan keinginannya.

Seluruh perangai yang baik, pokok-pokok ketaatan, akhlak yang mulia dan sendi-sendi iman semuanya berhubungan dengan sabar dan kembali kepada sabar.

Syaja'ah (Berani) ialah sabar dalam berperang, menghadapi musuh dan sabar menjauhi sifat takut.

Karom (Dermawan) ialah sabar berpisah dengan harta dan sabar menjauhi sifat bakhil.

Shidiq (Jujur) ialah sabar terhadap kebenaran dan kenyataan, walau apapun yang akan terjadi di sebaliknya.

'Iffah (Kesucian diri) iaitu sabar mengendalikan syahwat perut dan kemaluan.

Hilm (penyantun) ialah sabar untuk menahan marah

Kitmanus-sirri (Menyembunyikan Rahsia) ialah sabar untuk menyembunyikan perkataan.

Manakala Zuhud ialah sabar untuk menjauhi hidup berlebihan.

Demikian pula kita dapati kebanyakan akhlak iman masuk dalam kesabaran.

Dan yang menjadi tujuan terakhir dari kesabaran ialah Allah; "Dan krn TuhanMu, hendaklah engkau bersabar."(Al-Muddatstsir: 7)

Hanya kepada TuhanMu sahaja bukan kepada yang lain engkau tujukan kesabaranmu, bukan untuk mencari pujian orang lain, bukan dengan maksud agar dikatakan sebagai "Org Sabar", bukan pula untuk diperdengar-dengarkan kepada orang lain (sum'ah). Tetapi kesabaran harus semata-mata ditujukn kepada Allah dan untuk mencari redaNya. Maka mintalah pertolongan kepada Allah agar Dia meneguhkan hatimu dan memberikan kekuatan kepadamu untuk bersabar.

Allah berfirman yang bermaksud; "Bersabarlah! Dan kesabaranmu itu tiada lain dari pertolongan Allah jua. (An-Nahl:127)

Maka sabar dalam melakukan segala sesuatu adalah pertolongan Allah dan sabar kerana Allah adalah tujuan sebenar.

"Jika engkau berada dalam kenikmatan, maka engkau wajib bersyukur"

"Jika engkau menghadapi cubaan, maka engkau wajib bersabar."

"Jika engkau sedang melaksanakan ketaatan, maka engkau wajib menghadirkan hatimu."

"Dan jika engkau melakukan maksiat, maka engkau beristighfar."

*Dipetik dari buku; Nilai Cinta Menurut Al-Quran oleh Dr Mahmud binAsy-Syarif.

#cnp

Kredit • Penulis




Comments

  1. assalamualaikum.
    salam perkongsian.
    cukup lengkap materi"sabar"
    trm ksh tausiahnya.

    ReplyDelete
  2. wa'alaikumussalam w.b.t..
    salam p'kongsian juga..
    terima kasih sudi lawat blog ni..
    selamat membaca..sama2..
    moga peroleh kebaikan..amin

    ReplyDelete

Post a Comment

Hablumminallah Wa Hablumminnas 🌹

P O P U L A R

BAHAYA NAFSU LELAKI 🔥

KELEBIHAN KALIMAH LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TINGGAL DI KONDOMINIUM

KOLEKSI AYAT-AYAT UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI

PELIHARALAH DIRIMU WAHAI WANITA DARI MATA LIAR LELAKI

SUKAN TARIK TALI YANG MENYERONOKKAN

PENGALAMAN SERAM SEPANJANG DUDUK DI ASRAMA

TAMAN BANDARAYA PULAU PINANG LOKASI RIADAH PALING CANTIK, BERSIH, SELESA DAN BANYAK KEMUDAHAN

PINJAMAN PENDIDIKAN MARA PTPTN YAYASAN NEGERI DAN LAIN²

Apakah Titian Sirat ?