ALLAH SWT MENCINTAI ORANG YANG BERTAQWA


Orang-orang bertakwa dan menepati janjinya adalah kekasih Allah. Allah berfirman yang bermaksud; "Benar! Barangsiapa menepati janjinya dan bertakwa sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertakwa." (Al-Imran:76)


Takwa ialah mentaati Allah, mengingatNya terus menerus, mensyukuri nikmatNya dan pemberianNya.

Takwa ialah mentaati Allah dan tidak bermaksiat kepadaNya, mengingatiNya, tidak melupakanNya, mensyukuriNya dan tidak mengkufurkanNya.

Takwa ialah melaksanakan ketaatan kepada Allah dengan mengikuti cahaya petunjukNya dan takut akan seksaNya.

Takwa adalah kata yang mudah, yang luas cakupannya, jauh jangkauannya, darinya muncul petunjuk-petunjuk dan yang dtunjukkan, juga darinya banyak cabang-cabang kebaikan.

Jangkauan takwa amat panjang dan luas hingga meliputi perkara akidah, ibadah, muamalah, cara hidup dan akhlak. Jangkauan ini diperoleh dari firman Allah S.W.T yang bermaksud;

"Kitab Al-Quran ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi orang-orang bertakwa. Iaitu orang-orang yang beriman kepada yang ghaib, tetap mengerjakan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang kami anugerahkan kepadanya (pada jalan kebaikan). Dan orang-orang yang beriman kepada wahyu yang diturunkn sebelummu dan mereka yakin akan adanya kehidupan akhirat." (Al-Baqarah: 2-4)

Maka di antara buah takwa ialah:-

1) Barakah- (Al-A'raf: 96)

2) Ilmu- (Al-Baqarah: 282)

3) Kemaslahatan (kebaikan) pd keluarga& keturunan- (An-Nisa': 9)

4) Terlepas dari kesusahan & memperoleh kelapangan rezeki- (Ath-Talaq: 2-3)

5) Diselamatkan dari neraka di akhirat- (Maryam: 72)

6) Memperoleh darjat dan kedudukan yang tinggi- (Az-Zumar: 20)

7) Memperoleh taman-taman syurga yang indah dengan sungai-sungai mengalir di bawahnya- (Al-Imran: 15)

8) Mendapatkan cinta Allah-(At-Taubah:4&7)

9) Selalu disertai Allah-(An-Nahl: 128 & Al-Baqarah: 194)


*Dipetik dari buku; Nilai Cinta Menurut Al-Quran oleh Dr Mahmud bin Asy-Syarif.

#cnp

Kredit • Penulis


Comments

P O P U L A R

BAHAYA NAFSU LELAKI 🔥

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TINGGAL DI KONDOMINIUM

TAMAN BANDARAYA PULAU PINANG LOKASI RIADAH PALING CANTIK, BERSIH, SELESA DAN BANYAK KEMUDAHAN

KOLEKSI AYAT-AYAT UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI

RESTORAN D'RAYYAN SEAFOOD SUNGAI NIBONG PULAU PINANG

SUKAN TARIK TALI YANG MENYERONOKKAN

JOE CAFE RELAU PULAU PINANG

HIGHWAY PALING SUNYI DAN GELAP

Peristiwa Memali Antara Bukti Kerajaan Malaysia Kejam! (SIRI I)

KELEBIHAN BANGUN SOLAT DI MALAM HARI (QIYAMULLAIL)