RASULULLAH SAW SETIAP PAGI MINUM MADU BERSAMA AIR SEJUK



ADAB-ADAB MINUM RASULULLAH SAW

Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).
(Surah Al-Ahqaaf, Ayat: 15).

Rasulullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.

Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:

1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)

2. Mencuci perut

3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar

4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu

5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati. Rasullah SAW suka
minum air yang telah disimpan semalaman didalam suatu bekas

Minuman Manis dan Sejuk

Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: " Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk"

Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar).

Didalam suatu doa Rasullah ada menyebut " Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta,anak dan cintaku kepada air sejuk"

Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk kedalam tubuh lalu menyalurkannya keseluruh anggota badan.

Ringkasan adab minum

1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan

2. Bacalah " Bismillah"

3. Minum dengan tiga nafas

4. Minum dalam keadaan duduk

5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain.

6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah

7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri

8. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit

9. Jangan terus minum selepas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat.

#cnp



Comments

  1. Hey I know this is off topic but I was wondering if you knew of
    any widgets I could add to my blog that automatically tweet my
    newest twitter updates. I've been looking for a plug-in like
    this for quite some time and was hoping maybe you would have some experience with something like this.
    Please let me know if you run into anything. I truly enjoy reading your
    blog and I look forward to your new updates.

    ReplyDelete

Post a Comment

Hablumminallah Wa Hablumminnas 🌹

P O P U L A R

BAHAYA NAFSU LELAKI 🔥

KELEBIHAN KALIMAH LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TINGGAL DI KONDOMINIUM

KOLEKSI AYAT-AYAT UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI

PELIHARALAH DIRIMU WAHAI WANITA DARI MATA LIAR LELAKI

SUKAN TARIK TALI YANG MENYERONOKKAN

PENGALAMAN SERAM SEPANJANG DUDUK DI ASRAMA

TAMAN BANDARAYA PULAU PINANG LOKASI RIADAH PALING CANTIK, BERSIH, SELESA DAN BANYAK KEMUDAHAN

PINJAMAN PENDIDIKAN MARA PTPTN YAYASAN NEGERI DAN LAIN²

Apakah Titian Sirat ?