PINJAMAN PENDIDIKAN MARA PTPTN YAYASAN NEGERI DAN LAIN²

Moga kita semua sentiasa di bawah naungan kasih sayang الله سبحان وتعالى Aamiin.

Alhamdulillah kerana masih lagi berkesempatan menuntut ilmu, tambahan pula suasana persekitaran di negara tercinta sangat selesa.

Sama-samalah kita semua sebagai pelajar bersyukur dengan nikmat kurniaan الله سبحان وتعالى, bukan pelajar je eh semua sekali tau. Hihi.

Sebagai seorang pelajar yang menuntut di IPT kita semua tidak dapat lari dari memerlukan bantuan pinjaman pendidikan yang kerajaan sediakan.

Tidak kisahlah di mana kita menuntut ilmu sama ada di IPTA mahupun IPTS.

Tak pun macam aku sendiri yang belajar di Kolej IKIP tapi kerjasama Universiti Teknologi Malaysia.

Ni orang panggil separuh kerajaan separuh swasta. Semua memang perlukanlah pinjaman.

Nak harap guna duit sendiri memang tidak akan tercapai oleh diriku la.

MARA, PTPTN, atau YAYASAN-YAYASAN NEGERI, semua ni antara pinjaman yang sedia ada.

Kalau MARA memang agak susah nak dapat, siapa yang keputusan SPM nya ok mesti boleh dapat tawaran MARA.

Siapa tak dapat nasiblah kena pinjam PTPTN (yang penuh dengan bunga-bunga cinta, hee..) dan lain-lain.

Mula dari tahun aku, MARA dah tak nak taja sara diri budak-budak UiTM.

MARA hanya taja yuran pengajian pelajar UiTM, sara diri pelajar UiTM kena mohon atau pinjam kat PTPTN.

Selamat aku masuk kolej (kiki..) MARA hanya taja sepenuhnya pelajar-pelajar IPTS mengikut syarat-syarat kelayakan yang sedia ada. Alhamdulillah.

So, aku tak sedih la sangat tak dapat amik diploma dekat IPTA sepenuhnya. Aku budak IPTA separuh je (hee..).






Proses sebelum berjaya nak dapat pinjaman MARA ni agak susah sikit (tapi aku rasa PTPTN  lagi susah tak silap).

Alhamdulillah syukur sangat dapat tawaran pinjaman  MARA.

Aku tahu tak ramai yang bernasib baik macam aku jadi aku berusaha sungguh² belajar rajin² dengan menggunakan duit rakyat Malaysia.

Tak kisahlah apa pun pinjaman yang kita semua ambil, yang penting kita semua dah sedia tahu ambil lah peluang ni sebaik mungkin.

Peluang yang aku maksudkan tu adalah sesiapa sahaja yang mempunyai pointer CGPA 3.50 ke atas tak kisahla pinjaman apa pun.

Bayaran yang dikenakan akan diberi diskaun. Bagi pinjaman cam aku iaitu MARA 10% untuk pointer 3.50

Dan kalau pointer 3.70 ke atas pula tak payah bayar dikira biasiswa (free kot, hihi..).

Kepada pelajar yang ambil bidang-bidang yang mahal yuran atau kos nya tu.

Usahalah sedaya upaya belajar elok-elok (pesan  pada diri aku juga, hihi..insyaALLAH).

InsyaALLAH ke mana ada kemahuan di situ ada jalan (da lama tak bubuh peribahasa kat karangan, kiki)

Dan paling penting hendak seribu daya tak nak seribu dalih, betul kan2? (hee..)

Bagi sesiapa yang baru sahaja mula belajar di IPT, harap-harap fikirkan lah sebaik-baiknya tentang hal ni.

Seterusnya yang masih atau yang dah nak abis belajar teruskan perjuangan.

Apa yang aku sampaikan adalah tujuan insyaALLAH untuk membawa kalian semua berfikir sebaik-baiknya.

Supaya kita tak menyesal di kemudian hari. Ada peluang di depan ambil sebagai cabaran.

Kita usaha, doa dan tawakkal, insyaALLAH kemenangan di tangan kita. Mudah2han, amin. :)

Bagi kaum-kaum wanita di luar sana, aku faham korg nafsu nak bershopping tu memang ada (hehehe...)

Tapi control dengan "Berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu".

Beli sesuatu mengikut keperluan bukan kemahuan (cam kenal aku ayat ni..sory cilok).

Sebagai pelajar biarlah kita simple je, paling nak kena ingat kita hidup kat dunia sementara je so biarlah bersederhana.

Tak perlu membazir, membazir kan amalan syaitan.

Syaitan kan musuh kita, takkan nak ikut perangai syaitan (xmo2 tu..x baik).

Kaum adam pula control diri k dari membazir make up motosikal korg (kiki..) atau apa2 jela.

Sama² la ye laki ke wanita ke. Semoga kita semua mendapat kemenangan di dunia wal akhirat. AAMIN YA RABBAL 'ALAMIN.

Ampun andai tersalah bicara, yang baik hanya daripada ALLAH SWT. Majulah remaja, majulah Islam. ALLAHUAKHBAR!


وحيده

Follow us on Pasemboqtempe Channel
https://www.youtube.com/user/satu0111

Comments

  1. salam,

    tadi saya call mara pasal nak tanya tentang pinjaman pelajaran mara, salah satu soalan yang saya tanya, “adakah pelajar yang mendapat pointer 3.5 keatas boleh menukarkan pinjaman kepada biasiswa” (peringkat diploma), staf yang menjawab panggilan saya menjawab “tidak, itu yang dulu,skarang dah tak boleh”

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tanya ,kalau saya dapat cgpa 2.5 boleh ke nak dapat pinjaman mara ni,

      Delete
  2. Wa'alaikumussalam saudara.

    Owh. Tak silap saya 3.70 ke atas baru dorg jadikan biasiswa. Tak tahulah kalau depa dah rombak. Itu memang kejam (kiki). Kalau 3.50 depa bg diskaun. Saya harap juga MARA bertimbangrasa dan ikut apa yg mereka dah katakan.

    Sbb ni kn duit rakyat. Kalau kta belajar pandai2 comform dikira biasiswa mcm PTPTN gak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya utk pringkat diploma da xde kot. Biasanya diskaun utk MARA or PTPTN hnya pd plajar ijazah.

      Delete
    2. Masih ada lagi dear :)

      Delete
    3. nak tanya,kalau dpt cgpa 2.5 untuk pra diploma,boleh apply ke pinjaman mara

      Delete
  3. mungkin saya tersilap tanya 3.5, pe kate awak call tanya pointer 3.7 ke 3.85 ke. boleh tak tukar kepada biasiswa , diploma

    baca ni

    http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=590894&extra=&page=1

    ReplyDelete
  4. Macam ni lah saudara, saya rasa tak semua orang akan berkata benar. Mungkin ada sebab tertentu. Maaf sy pljr, kedit pn kena jimat2 xleh nk call MARA. Maaf sgt.

    Macam yang saudara katakan dlm Cari Forum tu, staf yg jwb tu tanya sepatah jwb sepatah. Nmpk sgt tak brsungguh2 dlm mnjlnkn tugas.

    Lecturer sy dpt CGPA 3.50, die hanya perlu bayar 10% dr loan yg die pinjam dr MARA. Dia juga ada bgtau perkara yg sama 3.70 ke atas xyah bayar balik langsung. Lg pun xkan la MARA nk bohong psl apa depa buh kt website depa.

    Wallahu'alam.

    ReplyDelete
  5. anyway, thank :)..hehehe

    ReplyDelete
  6. Most welcome :)
    Gudluck.
    Mai lagi noh, hihihi.

    ReplyDelete
  7. salam....sy nk tnya berdasakan pengalaman anda...selepas mengisi surat perjanjian antra pemohon,pnjmin n pihak mara..berapa lamakah proses nak dapat duit pinjaman itu???

    ReplyDelete
  8. Wa'alaikumussalam saudara.
    Owh. Bulan 4 isi surat perjanjian, hujung bulan 5 dpt duit dah. Sebulan lebih camtu tak silap.

    ReplyDelete
  9. Salam,
    Macam nak tau bila duit masuk slps menghantar semua surat perjanjian dan surat tawaran? Adakah pihak mara akn bgtau?

    ReplyDelete
  10. Wa'alaikumussalam.
    Maaf lewat reply, lama tak update blog. Kalau dulu saya sem 1, pihak kolej saya bahagian kewangan akan inform pd kami. Sebab kami mohon MARA under mereka. N mereka akan pas cek yg berjumlah keseluruhan sara diri selama 6 bulan dlm sem 1 tu. Naik sem 2 mereka akan masukkan dlm akaun cm biasa tiap bulan2.

    Rasanya kalau anda minta sendiri kat pihak MARA eloklah tanya means call pihak MARA.

    ReplyDelete
  11. salam..saya nak tanya..dokumen apa yang diperlukan utk pinjaman mara neyh eh?sbb saya nak prepare semua dokumen siap2..

    ReplyDelete
  12. salam..saya nak tanya..dokumen apa yang diperlukan utk pinjaman mara neyh eh?sbb saya nak prepare semua dokumen siap2..

    ReplyDelete
  13. W'slm.

    Maaf Wani Syara. Sory lewat. Actually akk pun tak berapa ingat secara detail apa dokumen yang diperlukan. Yang pasti mesti ada beberapa salinan fotostat yang disahkan iaitu IC kita, IC ibu bapa, IC penjamin, Slip gaji ibu bapa & penjamin, surat penyata bank, n apa lagi entah lupa.

    Kalau nak lagi detail boleh klik sini http://eputra.com/permohonan-pinjaman-pelajaran-mara-2012/

    ReplyDelete
  14. tumpang tanya..baru dpt tawaran mara... bln 12 niha... rasenyer bila mara masuk duit>> brp lama ek?? then mara cover dari bln 9 2012 hingga ogos 2013... so nnti dia bg cek ke?? brp ek...??

    ReplyDelete
  15. Gerai Maya.

    Salam. Awak punya loan untuk tempoh belajar bagi sijil/dip or apa?

    Kalau dr diploma sy boleh beri jawapan. Tapi kalau lain, maaf.

    Kalau ms sy diploma, januari daftar. Pastu bulan 3 ke 4 sy dpt tawaran yg betul2. Then setel sume, bulan jun sy dpt check sara diri utk 1 sem, sem 1 mksud sy.

    Yuran pengajian pn dpt, then bg terus ke kolej. Lps tu sara diri masuk hujung bulan.

    ReplyDelete
  16. Kalau sy lambat balas kat sini. Korg boleh tanya sy terus by email - wahidah_mdesa@yahoo.com

    ReplyDelete
  17. berapa lama ek mara akan bagi duit pinjaman 2..saya dah dapat tawaran pinjaman tp x dapat-dapat lagi pun duitnya

    ReplyDelete
  18. Norliza Abu Hasan - Kalau saya, lepas dah sign aggreement semua ms tu bulan 4, then dapat awal bulan 6. Ni pun pakai khidmat kolej. Kalau sendiri lagi cepat rasanya.

    ReplyDelete
  19. salam, nak tanya, masa sem 3 dapat duit mara hujung bulan ke awal bulan?

    ReplyDelete
  20. W'slm. Hujung bulan. Cm biasa. Yg pasti, duit sara diri bulan2 takkan masuk ari sabtu/ahad. Paling lewat pn 2hb.

    ReplyDelete
  21. As salam, sblom kita buat pinjaman kita kena pastikan yg kita dpat masuk ipt dulu ke? Skrang boleh bt pinjaman lagi tak, trtlambt dngr pasal ni aduih :'(

    ReplyDelete
  22. W'slm. A'a adik. Tp akk dulu, masuk blja kolej akk bg borang mohon MARA. Then isi, hantar n x lama lps tu dpt tau berjaya. Then uruskan apa yg patut then dapat. Skrg akk xtau cara nya still sama or tak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hurm, mesti ke masuk ipt bawah mara untuk dpat pinjaman mara ni akk?

      Delete
    2. Nk lagi mudah masuk IPT yg mmg dh sedia ada khidmat utk uruskan kamu dpt loan MARA. Mudah, x perlu kamu naik turun pjbt MARA. Dorg yg bantu uruskan. Mudah sikit keja InshaAllah :)

      Delete
  23. MARA hanya taja pelajar IPTS sahaja
    Kalau IPTA PTPTN yang bagi loan..
    Ni yang pihak MARA sampaikan.
    Sbb tu akk tak kisah masuk IPTS :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mara taja ipts?contohnya KLMU,CtyU dan lain2 mcm tu eh akk? So klu saya masuk Uitm tak boleh dapat loan Mara la eh. Ooh, gitu citernye pape pon terima kasih bebanyak la akk sudi membalas semua pertanyaan saya :)

      Delete
    2. Ye dik. Cmtu la gamaknya. Sama2. Mf la baru perasan komen ni sbb x muncul kt notification blog :D

      Delete
  24. A'a. Kalau nak tahu sbbnya, sbb kt IPTA yuran tiap kali masuk semester murah sbb kerajaan biaya sikit. Kalau IPTS, nama pun swasta mesti mahal kan. Yuran nak masuk semester baru kt IPT Swasta mmg mahal. RM1000++ juga. Cmtu la ctenya. MARA pun ada syarat gk nak dptkan. Ok dik :)) Ye sama2. Gudluck study

    ReplyDelete
  25. as salam.saya mendapat tawaran untuk belajar diploma sains di UNIKOP.jika sekiranya saya layak mendapat pinjaman mara,adakah mara akan memberi pinjaman selama tiga tahun saya belajar di UNIKOP?

    TERIMA KASIH.

    ReplyDelete
  26. W'slm. A'a dik. MARA akan taja selama 3 tahun pengajian kte :)

    ReplyDelete
  27. Salam kak, saya mendapat tawaran dari mara untuk melanjutkan pelajaran di uitm shah alam. Adakah saya perlu membayar yuran pengajian sebelum mendaftar atau pihak mara akan uruskan? Perlukah saya membuka akaun bank islam? Tq

    ReplyDelete
  28. Salam kak, saya baru sahaja mendapat tawaran dari MARA untuk membuat professional course di uitm shah alam. Adakah saya perlu membayar yuran pengajian sebelum mendaftar atau pihak MARA sendiri yang akan menguruskannya? Perlukah saya membuka akaun bank islam ? Tq :)

    ReplyDelete
  29. W'slm dik. Maaf lewat reply.
    Akk takde pengalaman masuk UiTM dik.
    Maaf byk2 dik. Tp yg akk tahu yuran pengajian akan ditanggung MARA.
    Dorg akan setelkan bab yuran pengajian.
    Kalau psl akaun bank Islam tu tak silap
    utk PTPTN masukkan duit sara diri setiap semester. Maaf kalau ada kekurangan :)
    Btw tahniah adik dpt IPTA..
    Semoga sukses selalu. Aamiin.

    ReplyDelete
  30. Salam kak...saya study kat unisel dan memohon pinjaman mara...lps kita isi borang 2 yang berkenaan dan diserahkan kepada pihak mara....ada tak lagi proses2 yg lain...tq

    ReplyDelete
  31. salam kak...saya pelajar unisel dan membuat pinjaman mara...lps kita isi borang perjanjian dan sebagainya dan diserahkan kepada pihak mara...ada lagi tak proses2 yang lain dan berapa lamakah pinjaman diluluskan..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. awak blaja kt unisel mse isi borang mara tu.. kolej bg borang ke kita kne settlekn sndri..??

      Delete
  32. W'slm dik.
    Lepas proses isi borang tu nnt ada lagi proses lain. Isi dokumen.
    Kalau akk, awal sem 1 akk apply MARA. Awal bulan 4 isi dokumen, then awal bulan 6 dh dpt dh duit sara diri selama 6 bulan & MARA akan bayar yuran pengajian kte pd IPT yg kte study :))

    ReplyDelete
  33. assalamualaikum, saya akan masuk ipts insyaAllah bulan 9 ni. Soalan saya, permohonan untuk mara hanya boleh dibuat selepas kita mendaftar atau sebelum daftar dh boleh apply? Bayaran yuran semester 1 sebelum dpt mara, kita akan dpt balik ke nanti?

    ReplyDelete
  34. Wa'alaikumussalam.
    Kalau ikut cara kolej akk study dulu, kami apply MARA lps daftar masuk blja. Dorg akan beri borang n ikut arahan dorg. Akk masuk blaja bulan 1, dpt duit MARA sara diri 1 semester(6 bulan) sekaligus dlm hujung bulan 5 tak silap. Yuran pengajian sekali :))

    ReplyDelete
  35. as salam,sy nk tnya klu apply mara tk da interview kn?lgi satu if kita apply mara mmg confirm bleh dpt ke atau kena apply pinjaman yg lain jgk..?hehe..maceh..^_^

    ReplyDelete
  36. W'slm. Xda :))
    Oh kalau kte ikut procedure & sediakan apa yg dorg mahukan InsyaAllah dpt. Maaf lewat reply..

    ReplyDelete
  37. Amalia Raudhah ..

    Lupa pula, sama2 :))

    ReplyDelete
  38. salam..lgi satu sy nk tnya akaun ape yg kne buka utk mara ni..hehe..trima kasih..^_^

    ReplyDelete
  39. Amalia Raudhah..

    W'slm ^^
    Kalau kolej akak dulu CIMB Bank. Tp tak tahu kalau dah tukar maybe Bank Islam..

    ReplyDelete
  40. Salam kak...
    sye ad soklan siket sbb nk msok ipts.
    sush ke nk dpat pinjmn mara ni??
    Ap syaratnye??
    ;)

    ReplyDelete
  41. Salam kak..
    Sy ad soklan siket sbb bcadg nk masok ipts..
    Sush ke nk lulus pinjmn mara ni??
    Ap syarat2 nye??

    ReplyDelete
  42. W'slm dik.
    Maaf lewat balas..
    Tak susah kalau ikut prosedur..
    Syarat biasa, kredit dlm subjek matematik, 5 kredit dalam subjek lain termasuk bm & bi. Cmni kot. Akak lupa la dik..

    ReplyDelete
  43. salam. nak tanya. kalau matematik D, kira kepujian ke bukan ye? nak apply mara takut tak dapat ngn matematik dapat D tu. kalau sem 1 apply ptptn, sem 2 baru apply mara, agak-agak boleh lulus tak? terima kasih..

    ReplyDelete
  44. the Oranger

    W'slm.

    Kalau matematik d, kira kepujian ke bukan ye? Bukan kepujian

    Kalaula sem 1 amek ptptn, sem 2 apply mara, agak-agak boleh lulus tak? InsyaAllah boleh lulus kalau keputusan sem 1 2.50 ke atas, dpt lebih tggi lg bagus. Sbb ramai kwn kolej dulu wt cmtu, dorg dpt ja.

    ReplyDelete
  45. Terima kasih sangat sebab sudi reply.. huhuhuhu..

    ReplyDelete
  46. Sama2. Maaf andai ada yg terkurang ^^

    ReplyDelete
  47. assalamualaikum kak wahidah :)
    macam yg akak cakap, kawan kolej akak yg amek ptptn masa sem 1 tukar ke mara masa sem 2 kn. soalan sy berbunyi begini, utk berbuat begitu kita harus dapatkan pelepasan kontrak drpd ptptn kan, bagaimanakah caranya?
    anyone yg tau please help help me. thankyou

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam dik :)

      Akak sendiri sem 1 amik loan PTPTN, dlm ms yg sama apply MARA. Nak hentikan kontrak ngn PTPTN just ambil BORANG PEMBATALAN PERJANJIAN DAN PENOLAKAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN. Kalau akk dulu ambil borang ni dari pihak kolej akk bahagian kewangan. Kalau in case tmpt blja kamu xda borang tu, akk rasa kamu bleh pergi terus pejabat PTPTN atau search dulu kat tenet mana nak dapatkan borang tu :)

      Hope membantu adik. Hehehehe. Gudluck ! ^^

      Delete
  48. assalamualaikum.. akak, nak tanye,, saya dapat tawaran ke uitm, adakah sy boleh mmbuat pinjaman mara? boleh kongsikan kelebihan dan kekurangan mara dan ptptn.?

    syukran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam dik. MARA skrg hanya taja pelajar IPTS. Kos bayaran yuran pengajian yang mahal di IPTS mungkin sebab utama MARA skrg hanya fokus taja pejar IPTS, itupun ngan syarat2 yang dorg dah tentukan.

      Kalau IPTA, hanya PTPTN sahaja yang taja. Kat IPTA kos belajar murah berbanding IPTS. IPTA yuran pengajian sepenuhnya ditanggung oleh kerajaan, sara diri kena wt loan PTPTN.

      Kelebihan MARA yang akak tahu lepas belajar boleh jadi biasiswa kalau pointer 3.5 ke atas, dan ada diskaun bayaran semula ikut pd pointer CGPA akhir kita nnt. Kalau nak tanya lebih lanjut boleh PM inbox FB akk Wahidah Md Esa ^^

      'Afwan..

      Delete
  49. Salam kak. Akk masuk kolej swasta mane eh.. Klo sye ambik diploma di kolej swasta boleh jekan apply mara

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'slm. IKIP International College. Boleh, bergantung pd syarat yg MARA tetapkan dik. Akk syorkan kamu call dulu kolej yg bakal kamu masuk, tanya maklumat yg kamu ingin tahu lebih lanjut. Gudluck :)

      Delete
  50. السلام عليكم و رحمة الله و بركاته akak, sy ada soalan nk tanya , akak boleh bagi email x? Thanks akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh. Boleh2. Silakan. Welcome :)

      wahidah.mdesa@gmail.com

      Delete
  51. Salam kak. Nk tnya kalau saya buat pinjaman mara time diploma, nanti bila dah habis diploma nak sambung degree nanti still bleh lagi ke nak buat pinjaman mara? And macamana pulak dengan pembayaran balik untuk yg pinjaman yg diploma tu? Ke pnjaman tu akan dilanjutkan dan akan di total nanti habis degree nanti? Mohon pencerahan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'slm dik. Boleh selagi adik sambung degree di IPTS. A'a boleh hold dulu dan bayar lepas habis degree, sama ja macam cara PTPTN :)

      Delete
  52. Yang pengurangan 90% tu masih ada lagi skang ni? Kalau ada sekurang2nya brpa CGPA yg perlu kita dapat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selepas buat rayuan pengurangan InshaAllah akan dpt lebih kurang mcm ni. Sbb ni berdasarkan apa yg pegawai MARA sampaikan pada kami pada tahun 2012, ada taklimat untuk pelajar tahun akhir masa tu.

      (3.50 - 4.00) - Biasiswa
      (3.49 - 3.00) - Linkungan 10% Bayaran Semula
      (2.99 - 2.50) - Linkungan 20% Bayaran Semula
      (2.00 ke bawah) - 50% Bayaran Semula



      Delete
  53. klau math lulus shja agk2 dpt tak pnjmn mara.mmndgkn gji parents pun skit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Tak dpt kalau ms mula masuk semester, tapi kalau semester 1 dapat pointer 2.50 ke atas InshaAllah layak dapat pinjaman MARA. Boleh baca maklumat di bawah. Ni saya rujuk kat website salah satu IPTS kat Malaysia ni :)

      SKIM PINJAMAN PELAJARAN MARA
      Syarat kelayakan :

      Melayu/Bumiputera warganegara Malaysia
      SPM atau kelayakan setaraf dengan 5 Kepujian. Subjek-subjek yang diwajibkan mendapat kepujian adalah:
      - Bahasa Melayu, Matematik/Matematik Tambahan, 3 subjek lain yang berkaitan
      Lulus Bahasa Inggeris
      Mencapai CGPA 2.50 ke atas bagi Semester 1.

      Delete
  54. assalamualaikum. akak saya dah submit borang perjanjian mara tu 7/10, tpi selepas beberapa hari pihak universiti saya terima call dari mara, encik yg handle universiti saya ni ckp saya masih tak hantar lagi. sedangkan saya dah hantar dekat bahagian penganjuran tingkat 2. perlu ke saya buat permohonan baru? ataupun tunggu je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam dik. Alamak. Apa kata kamu p balik tmpt yg kamu hantar borang tu dik, tanya kat org yg amik borang kamu tu dgn lebih lanjut. Penat2 kamu hantar tiba2 kata kamu tak hantar plak dorg ni. Akk cuma mampu bg pendapat ni ja dik. Mf kalau ada yg terkurang. Moga urusan kamu dipermudahkan ya. Aamiin.

      Delete
  55. ohh.kalau mcm tu means sem 1 kne tanggung duit sndri lah ye ? tp bila pulak dpt mara tu klau sem 1 pointer kita 2.50 ke atas? apply msa sem 1 ke dan dpt msa sem 2 atau hjung sem 2 ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpulang pd kamu nk apply PTPTN dulu ke, atau pakai ja duit sendiri. Dpt ms hujung sem biasanya kalau ikut pengalaman tgk kwn2 yg apply mara sem 2.

      Delete
  56. Assalamualaikum. saya nak tanya sikit pasal Mara ni. Okay, saya dapat tawaran degree ke unisel untuk intake Jan 2015. ingat nak mohon mara, tapi tengah fikir pasal yuran pengajian untuk sem 1. Kena tanggung sendiri dulu ke atau memang Mara akan bayar? Contoh kalau dapat duit tuh masa dah nak final exam atau selepas final exam ke? Kena bayar sendiri dulu ke untuk dapat masuk exam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam. Owh, kena bayar sendiri dulu. MARA mmg akan bayar tapi lewat sikit, berdasarkan pengalaman dorg bayar bila nak habis sem, tengah final exam atau lepas final. Dorg akan bayar berbentuk cek atau terus masuk ke dalam akaun sekaligus untuk yuran pengajian + sara diri sem 1.

      Jadi kalau kamu dah bayar yuran pengajian pakai duit sendiri masa sebelum final exam nnt kamu tetap akan dpt balik duit kamu. Kalau betul2 takda duit boleh buat cara sy, sy apply PTPTN gk, masuk sem 2 cepat2 sy anta borang henti pinjaman PTPTN.

      Delete
  57. Salam nk tanya kalo elaun kapal terbang utk pinjaman mara tu cmne eh??bole bg penjelasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam. Maaf sy tak tahu pasal tu, sy just tahu pinjaman pendidikan sahaja itupun berdasarkan pengalaman hee. Maaf ya. Boleh rujuk terus pada pihak MARA. Tq :)

      Delete
  58. assalamualaikum kak..sy bljr drp ipta nk tkr ke ipts..tpi stil level smew,diploma..sy dh pinjam ptptn..so,di ipts nnti sy nk apply mara..blh akak crita ng detail lngkah2 nk stop ptptn n apply mara..sbb sy knfius samada kna stop ptptn dlu ke or apply mara dlu..sy semak nk stop ptptn dy nk surat tawaran jika mndapat penaja lain..nk apply mara plak kna ada surat pelepasan drp ptptn..sy pening..harap akak dpt perjelaskan..tens..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam dik. Owh, yg akk tahu nk stop ptptn mmg dorg nk bukti surat tawaran dr penaja lain. Tapi akk kurang pasti pasal nk apply mara kena ada pelepasan dr ptptn, apa kata kamu call pihak mara minta penjelasan lebih terperinci ataupun lebih cepat kalau kamu tanya kt pihak bahagian kewangan ipts yg kamu nk sambung blja tu. Pasal hal loan ni mmg kena banyak berurusan / berjumpa ulang alik dengan pihak kewangan, harap berbaloi InshaAllah. Pape boleh email akk terus ya kalau ada soalan seterusnya wahidah_mdesa@yahoo.com / wahidah.mdesa@gmail.com :)

      Delete
  59. Salam kak nk tnye..pointer untuk lyak ke mara 2.50 ea kak? Bkn ke 3.0 ke atas? Sye da confius dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam dik. 2.50 ke atas dik :)

      Delete
  60. Akak klu matrik pnye pointer bwh 2.50 kira 0.02 jew lg boleh x apply mara pinjaman..hurm klu boleh akak please bukak email..sye ade tnye soalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak dh reply, maaf akak lewat ya. Hehe.

      Delete
  61. Akak mcm kita x nk pmjm ptptn utk msk ipta so kita x perlu la bkk akaun bank islam?

    ReplyDelete
  62. Salam, maaf yek cuma nk tanya akak wahida sikit. Saya awal bln 3 nnti dh daftar masuk belajar dkt ranaco dn dia adalah ipts dn mmg dia under mara.. saya dpt 6 kredit spm dn call diorg pun diorg ckp saya dpt mara.. saya kena isi mara skrg ke atau lps daftar nnti? Total jumlah mara diorg bgi berapa yek tiap sem. Sbb saya smbung diploma 2 tahun 6bulan. Dia lmbt ke cpt nk dpt duit mara tu.. ke diorg bgi terus seketul dlm akaun contohnya 30 ribu.. ke bgi sikit2.. haha

    ReplyDelete
  63. W'slm dik. Tahniah dpt keputusan yg baik dlm SPM ya dik. Isi borang tu sume lepas daftar masuk kolej dik. Kolej akan bantu kamu. Dorg akan terangkan semuanya. Kalau ms akk blja dulu. Sem 1 dpt cek sara diri & yuran pengajian. Sem 2 baru MARA akan bayar RM535.50 sebulan utk sara diri, utk yuran pengajian MARA akan byr sekaligus tgh semester gitu. Apa-apa pun nnt pihak kewangan kolej kamu akan terangkan leboh lanjut :)

    ReplyDelete
  64. Assalamualaikum, saya baru sahaja dapat tawaran sambung belajar di peringkat master kemasukan March ni di UITM. Saya nak tanya boleh ke saya apply loan MARA? Bila tarikh permohonan loan akan dibuka? Dan berapa tempoh bayaran pinjaman akan diberikan kepada pelajar? Terima kasih. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam. Mf atas kelewatan lappy sy rosak. Sy x sure psl tu. Yg pasti apa yg sy tau MARA x taja pelajar yg belajar di IPTA cik. Maklumat lebih lanjut bleh contact pihak MARA terus, itu yg lebih baik :) Mf ya. Sama2 dear.

      Delete
  65. Assalamualaikum kak. Saya ada email akak. Mohon check email yer kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam dik. Mf atas kelewatan lappy akk rosak. Ok baik.

      Delete
  66. Assalamualaikum kak Wahidah, saya nak tanye di mana boleh tengok tarikh bukak dan tarikh tutup permohonan pinjaman pelajaran mara?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam dik. Mf atas kelewatan lappy akk rosak. Owh, kamu refer website MARA dik http://www.mara.gov.my/ . Nk lebih mudah kamu contact terus MARA ya.

      Delete
  67. Salam kak wahidah,
    saya nak tanya kalau pointer 3,5 above masih byr 10% ke? and kalau pointer gitu agak agak lepas tak nak apply biasiswa utk degree nanti?
    Thank you in advance :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam dik. Mf atas kelewatan lappy akk rosak. Setakat ni ada bukti kwn kpd kakak akk & kwn akk dorg dpt 3.50 above xyah byr pon loan tu dik. Akk x sure dik psl biasiswa degree dpt ke x. Tu kamu kena rujuk MARA dik. Ok dik most welcome :)

      Delete
  68. Assalamualaikum , saya nk Tanyasaya baru dapat tawaran dekat college Murni dpat course medical assistance , dia kata saya layak dpat pinjaman Mara sbb bumiputera . tapi pinjaman tu dapat bila ya biasanya? Dia kata yuran pengajian semua Mara akan bayar terus dkd kolej then tiap2 bulan kita akan dpat rm500 lebih dia banking ke akaun kita.so,masuk jeh kita lah yg kena tanggung sendiri Sara hidup kita ya? Mara akan banking time sem1 lah ya? Means ,6 bulan kita kena tanggung belanja sendiri? Reply yaa:') tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam dik. Mf atas kelewatan lappy akk rosak. Loan biasa dpt bila hujung sem 1 dik. Ye MARA bayar teruih yuran pengajian kamu ke akaun kolej, then tiap2 bulan dapat sara diri 500 terus ke akaun kamu. Ha'ah dik. Kalau akk dlu akk apply dua2 sbb bahagian kewangan akk suggest mohon ptptn juga takut x dpt MARA. PTPTN dpt loan cpt sikit dr MARA, bleh la cover belanja ms sem 1. Tp kalau x amiik PTPTN kamu tggu ja MARA kamu kena pakai duit sendiri utk belanja sara diri & yuran pengajian.

      Biasa mcm kolej akk kalau x bayar yuran pengajian xleh amik final exam, tu yg sengsara kalau pakai duit sendiri yuran dh la ribu riban. Nk dpt MARA lmbt pula hujung sem dh abis final biasa baru dpt. Pape pun wish u gudluck dik :)

      Delete
  69. Assalamualaikum kak. Saya belajar di Uni College Shahputra,Kuantan. Saya start masuk bln 9 2014 selama 3 bulan. Yg 3 bulan tu kira short sem sebelum start sem 1. Masa saya short sem saya xmohon mara sbb pd masa tu ada masalah dari segi xcukup kuota student utk course saya. So , course diberhentikan seketika utk cukupkan kuota. Jadi pada masa tu saya xmohon mara sbb ingtkn mmg xboleh sambung belaja kat situ. Lepastu bln 1 2015 pihak kolej call dah boleh mula sem 1 . So skrg ni saya dh habis sem 1 dan nak masuk sem 2. Tp mara still xbuka utk online eduloan. Yuran pengajian utk sem 1 masih xbyr. Kalo mara buka bulan 7 ni dan jika saya dah lulus nnt mara tu dia bayar sekali tak yuran pengakian masa sem 1? Ke mara xtanggung? Mara just tanggung sem 2 dan seterusnya ke? Saya harap akak dpt beri pencerahan. Saya tgh buntu skrg ni. Sbb nk berhenti utk tarik diri dari kolej tu rasa syg pulak sbb dh nk masuk sem 2 .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam dik. Mf atas kelewatan lappy akk rosak. Kalau kamu mula mohon ms kamu sem 2 maksudnya MARA akan taja kamu yuran pengajian + sara diri mulai sem 2 dan seterusnya dik. Moga dipermudahkan ya urusan kamu, kalau sis lewat reply sini kamu bleh whatsapp sis 0149026471. Sis bantu kamu takat mampu ya. Insya'Allah :)

      Delete
  70. assalam kak,
    saya merupakan seorang pelajar lepasan stpm 2013/2014, saya nak tanya , adakah MARA hanya akan beri pinjaman kepada pelajar yg cemerlang sahaja. kalau mcm saya cgpa 2.00, layakkah saya memohon pinjaman MARA ? Saya juga berhasrat untuk menyambung pengajian saya di uni swasta iaitu UNITEN. bila saya dapati yuran utk kos yg saya minati ialah sebanyak RM 56,000. dan dengan bantuan MARA, MARA akan tanggung sehingga RM77000. adakah MARA hanya bagi pinjjaman pada pelajar cemerlang sahaja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'slm dik. Maaf akk reply lmbt lama akk x on blog. Boleh buat rayuan dik, kamu boleh tanya terus kat pejabat MARA. Minta bantuan pada MARA, MARA banyak bantu orang. Kalau kamu datang dari keluarga yang sederhana atau kurg mampu mesti MARA akan pertimbangkan rayuan kamu.

      Delete
  71. Salam kak, masa diploma dulu saya dapat tajaan mara lepastu saya dah pun smanung degree sekarang sem 1. Tapi mara kan dah tak bukak sekarang ni. Saya dengar yang pernah amik mara diploma dulu boleh terus sambung amik sampai degree, hanya pergi pejabat mara lepastu kata nak sambung je. Betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'slm dik. Maaf akk reply lmbt lama akk x on blog. InsyaAllah boleh asalkan kamu sambung degree di IPTS.

      Delete
  72. Salam kak,nak tanya kalau apply mara guna result semester 1 agak agak peluang dia dapat pinjaman mara tu? Ke dia tengok jugak berdasarkan result spm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'slm dik. Maaf lama tak berblog. Boleh dik, seingat akak result sem 1 kena 2.50 ke atas. Tak payah pakai SPM dik.

      Delete
  73. Sy pnh study dip di ipts..tp xhbis sbb masa tu mentah lg kot..dan ptptn pun x byr lg..mybe dh blacklist kot..skrg nk smbg study..blh ke apply mara..dan sy jg pnh study lg sblm ni ambik kejuruteraan pesawat yg d taja MOF dan dapat cgpa 3.97...mohon pencerahan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lmbt reply lama tak berblog. Sy rasa tiada masalah. Boleh direct tanya pihak MARA. By the way, tak silap sy kelulusan kita dapat pinjaman MARA bergantung juga pada pendapatan ibu bapa kita. Gudluck :)

      Delete

Post a Comment

Hablumminallah Wa Hablumminnas 🌹

P O P U L A R

KELEBIHAN KALIMAH LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TINGGAL DI KONDOMINIUM

KOLEKSI AYAT-AYAT UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI

UNIKOP DALAM KENANGAN

Kesedaran Tentang Kanser (Perhatian ! Wanita & Lelaki)

NAME CARD VERSI ZAMAN SEKOLAH 👭

BAHAYA NAFSU LELAKI 🔥

LAGU NASYID MENENANGKAN HATI