BERCERAI JANGAN SAMPAI MUDARATKAN ANAK-ANAK

Tengah scroll news feed Facebook muncul satu gambar ni


Kredit • Parentips


Nak sampaikan berita perpisahan kat anak-anak pun kena ada caranya. Bagus betul siapa yang create perkongsian macam ni. Ya tak semua orang alert bab situasi macam ni.


Dalam hidup ni memang kita kena banyakkan struggle. Jangan ambil mudah bila keputusan tu berkait dengan manusia sekeliling kita, terutamanya anak-anak.


Setiap perkataan yang keluar dari mulut kita adalah tanggungjawab kita sampai bila-bila. Apa pun ayat yang keluar dari mulut kita sama ada yang baik atau buruk akan diingati oleh manusia sekeliling kita.


Bila nampak ja post tadi tu, aku jadi teringat kisah yang diceritakan oleh pelanggan aku minggu lepas. Nama bukan sebenar aku buh Kak Ju la ye. Senang aku nak bercerita. 


Ini bukan kali pertama aku urut Kak Ju, pertama kali urut, Kak Ju kerap terlelap, dia terlalu letih kerja 12 jam sampai tertidur. Jadi tak banyak pun bercerita. Masa tu sesi urut di rumah sewanya. Kali ni dia datang rumah aku. 


Kak Ju statusnya janda anak 5, umur muda lagi 41 tahun. Aku tak pernah tanya sebab apa dia bercerai. Ni aku tahu masa urut sesi pertama dulu. Minggu lepas kami bercerita panjang, kongsi pendapat, kongsi kisah kehidupan. 


Sampailah Kak Ju cerita kisah ibu bapa dia bercerai masa umur dia 15 tahun. Kak Ju kata masa tu dia terlalu sedih, sampaikan dia tak boleh fokus peperiksaan besar, PMR. Tak silap aku PMR kot masa umur sebaya Kak Ju. 


Bukan setakat tak boleh fokus, dia punya tahap sedih sampai dia tak mahu sambung pelajaran tingkatan 4. Masuk bilik kaunseling, cikgu tanya kenapa. Puas cikgu pujuk. Tapi Kak Ju tetap tekad.


Cikgu kaunseling tahu Kak Ju bukan jenis pelajar yang tak pandai. Pelajaran semua bagus, jenis Kak Ju pun bukan jenis pelajar bermasalah. Dalam kelas senyap, tak ganggu siapa pun. Tapi hanya sebab ibu bapa bercerai, Kak Ju jadi tak semangat. 


Memang ada jenis orang macam ni. Aku akui aku pun kalau ada masalah dalam hidup aku tak boleh fokus pada pelajaran, kelemahan masa zaman remaja dulu. Kesannya pelajaran merosot disebabkan manusia semata-mata. 


Sebab tu dalam hidup ni, janganlah pentingkan diri. Sekalipun kita ada masalah, usaha sebaiknya jangan bawa orang terdekat dengan kita terpalit sama dengan masalah tu.


Sebolehnya jaga semampunya, jaga pertuturan dan tindakan kita. Kena bijak dalam mengurus kehidupan, sebab kita bukan duduk seorang diri dalam dunia ni. Nak nak bila masalah kita tu membabitkan manusia lain. 


Walaupun masalah Kak Ju ni tak la sama dengan masalah zaman aku remaja dulu, tapi aku faham. Kita semua pernah ada masalah hidup masa zaman remaja kan? 


Ada antara kita diuji dengan masalah keluarga, ada juga masalah dengan orang luar. Jadi aku nak simpulkan kat sini, kita jadi manusia janganlah hanya mementingkan diri sendiri sahaja. 


Jangan tinggalkan atau biarkan manusia sekeliling kita dalam keadaan disakiti, ubatilah rasa sakit tu dengan kata-kata atau perlakuan yang baik. Sekurang-kurangnya dia dalam keadaan tidaklah terlalu sedih.


Bahaya bila sedih, boleh jadi manusia tu akan memberontak. Sebab tu ramai di kalangan kanak-kanak mahupun remaja yang berperangai nakal mesti ada background kehidupan yang tak manis. 


Dan aku percaya, segala tingkah laku, perangai baik atau buruk seseorang bermulanya dari rumah. Ya! Ibu bapa lah yang mencorakkan anak-anak masing-masing. Bukan orang luar. 


Baik didikan ibu bapanya, baiklah juga anak-anaknya. Menjadi ibu bapa bukanlah sesuatu perkara yang mudah, semua kena berusaha keras mendidik sejak dari kecil.


Betapa pentingnya didikan seorang ibu mahupun ayah, kerana dari situlah akan terhasilnya seorang manusia yang berguna, memberi manfaat, dan menyebarkan kebaikan pada masyarakat. 


Dalam Al Quran pun Allah SWT ada ingatkan tentang keluarga 


Kredit • Tenggarong Seberang Mengaji

Semoga kita semua mampu mendidik, memelihara ahli keluarga masing-masing. Andai pernah terjadi yang tidak indah dalam kehidupan keluarga kita, teruskan melangkah. 


Pandang hadapan, berusaha bersama menjadi hamba Allah SWT yang taat beriman dan bertaqwa. Jangan diharap ujian tidak menyinggah dalam kehidupan kita, kerana itu sangat mustahil. 


Berdoalah sentiasa, semoga apa pun yang terjadi kita diberi kekuatan iman dan taqwa untuk tabah, ikhlas, redho dengan apa yang terjadi. Fokus pada jalan penyelesaian masalah, bukan fokus pada masalah yang ada. 


Dekatkan diri dan jaga hubungan dengan Pencipta kita. Perbanyakkan istighfar, kita seharusnya sedar kita manusia yang tidak sempurna sentiasa berbuat dosa dalam tidak sedar. 


Boleh jadi dosa yang terlalu banyak membuatkan do'a kita tidak dimakbul, boleh jadi juga kurangnya istighfar dan buruknya ibadah kita menjadi punca masalah yang kita hadap tu kita rasakan ia terlalu membebankan diri kita.


Jadi berusahalah pelihara diri dan keluarga anda semua. Impian kita semua adalah untuk berkumpul bersama di syurga Allah SWT. Maka kita semua perlu fokus dan kuatkan usaha. Semoga destinasi terakhir kita semua adalah syurga Allah SWT. Aamiin! 


Berbalik pada kisah Kak Ju. Walaupun Kak Ju menuntut ilmu sehingga tingkatan 3 sahaja. Tapi tu tak menghalang seseorang dari berjaya dalam kehidupan. Insya-Allah kita akan berjaya bila kita rajin, dan kita tahu tujuan hidup. 


Alhamdulillah Kak Ju berjaya melangkah seorang diri mencari rezeki bekerja sebagai Quality Control di sebuah kilang.  Kak Ju ada juga kongsi kisah punca penceraian dia dengan bekas suami.


Andai Allah SWT izinkan aku akan menulis kisah Kak Ju di entry yang lain. Tujuan perkongsian ini dan lain-lainnya adalah untuk memberi pengajaran dan rujukan buat kita semua.


Aku doakan Kak Ju temui jodoh yang baik seperti dirinya. Andai bukan di dunia, pasti di syurga nanti. Andai tidak berkahwin, jangan pernah rasa diri keseorangan, Allah SWT sentiasa bersama kita hamba-Nya yang beriman dan bertaqwa.


Jadi buat ibu bapa yang dah buat keputusan muktamad nak berpisah untuk kebaikan bersama, ingat Bercerai Jangan Sampai Memudaratkan Anak-Anak

Berpisahlah dengan cara yang baik, jangan putuskan silaturahim sesama kita. Jaga hubungan baik sesama manusia, tak kisahlah apa pun kisah silam yang pernah kita semua lalui. Kerana, kita semua dambakan Syurga Allah SWT. 






Comments

P O P U L A R

KELEBIHAN KALIMAH LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TINGGAL DI KONDOMINIUM

KOLEKSI AYAT-AYAT UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI

BAHAYA NAFSU LELAKI 🔥

CARA BELI KERETA TANPA PENJAMIN UNTUK INDIVIDU YANG BEKERJA SENDIRI 💡

PELIHARALAH DIRIMU WAHAI WANITA DARI MATA LIAR LELAKI

PENGALAMAN MASUK ALAM PEKERJAAN SELEPAS SPM KENANGAN BEKERJA DI KEDAI PAKAIAN OPTIMO PLAZA ALAM SENTRAL SHAH ALAM

Peristiwa Memali Antara Bukti Kerajaan Malaysia Kejam! (SIRI I)

JAJAN KANAK² ZAMAN 90-AN CORN STIK BBQ PALING SEDAP 🌽

BENCI DOSA BUKAN PENDOSA