TIKET KE SHAH ALAM

Salam Ramadhan

Dah masuk minggu kedua kita berpuasa, alhamdulillah ibadah berjalan lancar dan hanya Allah swt yang layak menilai ibadah yang telah kita lakukan.

Teruskan kita bersama-sama mencapai kejayaan hakiki di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Kepada insan-insan yang saya sayangi dan umat Islam yang sedang Allah uji dengan sakit seperti demam dan sebagainya.

Semoga Allah kuatkan iman dan bertambah ketaqwaan kita pada-Nya yang menjadikan sakit dan menyembuhkan sakit.

Sesungguhnya setiap apa yang terjadi dalam ada hikmah yang terbaik buat kita hamba-hamba Allah. InsyaAllah.

6 Julai yang lepas, aku ada terpandang kat kaunter tiket bas Plusliner pemberitahuan pasal tiket raya dah mula dijual.

Dalam hati aku berbisik 'Awalnya depa jual' (haha) padahal benda ni normal je.


Gambar Hiasan


Al maklumlah masuk tahun ni baru tahun kedua hidup dengan situasi kena pegi balik asrama naik bas jauh-jauh.

Sampai je aku kat Kuantan aku tak terniat pun n jangan bermimpilah nak beli dulu tiket bas awal-awal.

Banyak sebabnya, pertama tak tahu lagi cuti raya mula bila pelajar UTM Francais dan kedua aku tak ada duit sebab nak kena bayar macam-macam.

Macam biasalah awal sem mesti kena pakai banyak duit, aku rasa aku belajar kat sini bukan penat otak fikir pasal pelajaran tapi fikir pasal duit (haha).

Ni la hakikatnya, dugaan seorang pelajar. Sungguh hidup jauh dari keluarga terseksa, lagi-lagi bulan puasa macam ni.

Semalam mesej dengan abah, abah kata bila aku balik nanti abah nak masak sedap-sedap (hai senangnya dalam hati bila dapat abah n mak macam ni, kiki).

Sekarang, aku tengah risau ada ke tak tiket ke Shah Alam 25 atau 26 Ogos nanti. Aku tak nak balik lambat, tak mahu.

Nak rumah nak rumah. Ada lah mulut orang aku dengar kata tiket khamis, jumaat n sabtu dah abis means 25 until 27 Ogos :(

Janganlah. Masa tahun 2010 aku semester 2, aku pernah minta kawan aku belikan tiket. Aku trauma nak beli tiket awal-awal.

Bila kawan-kawan semua dah balik tengah hari aku tinggal sorang-sorang sampai kul 5.30 petang sangat bosan.

Yang bengangnya dalam tengah hari kul 1 camtu tiba-tiba suara ni muncul 'haaa kl skrg, shah alam klang skrg'.

Ulang-ulang dan suara tu terus berulang. Nak je aku suruh orang tu diam. Masa tu kata tiket habis, tipu-tipu.

Bukan sekali dua aku kena camtu, sebelum tu pun dan selepas tu pun perkara camni berulang.

Disebabkan semua tu, memang best la aku jadi Penunggu Terminal Makmur (haha).

Mudah betul budak-budak yang ada kenderaan, kalau budak macam aku ni susah sikit.

Nak pegi mana-mana pun nak kena prebet prebet (haha) . Prebet lah yang paling sesuai untuk kami sebagai pelajar ni.

Nak harapkan teksi jauh sekali. Aku dan kawan-kawan sanggup naik prebet.

Semalam aku jumpa sinar kebahagiaan, kawan aku boleh tolong aku carikan tiket ke Shah Alam untuk 25 Ogos malam. Alhamdulillah.

Aku harap ada sangat-sangat dan sangat berharap (hihi) . Tak sabar nak jumpa keluarga.

Sikit demi sikit beban terlepas, alhamdulillah. Puasa tahun ni memang penuh dengan dugaan tidak sehebat puasa sebelum ni.

Aku percaya Allah dah sediakan sesuatu yang terbaik untuk sesiapa yang Dia uji.

Semoga kita semua peroleh kemenangan dan keberkatan di dalam bulan Ramadhan yang mulia ni.

Moga dipermudahkan urusan hidup kita semua dalam setiap seharian kita bernafas di bumi Allah ini. Aamiin Ya Rabbal'alamin.

وحيده

Follow us on Pasemboqtempe Channel
https://www.youtube.com/user/satu0111

Comments

  1. jangan risau ade punye.. ni aku nak beli tiket esok .. nak beli x?

    ReplyDelete
  2. Nak2 Una. Thanks sgt2. Kwn terbaik!

    ReplyDelete
  3. nasib yg same tapi lagi pedih daku...balik raya ke 2,membe2 25 semue da balik...tiket sudah abis....

    ReplyDelete
  4. MasyaAllah lg kesian. Byk2 sbr ye. Kamu balik ke mana?

    ReplyDelete

Post a Comment

Hablumminallah Wa Hablumminnas 🌹

P O P U L A R

BAHAYA NAFSU LELAKI 🔥

KELEBIHAN KALIMAH LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TINGGAL DI KONDOMINIUM

KOLEKSI AYAT-AYAT UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI

PELIHARALAH DIRIMU WAHAI WANITA DARI MATA LIAR LELAKI

SUKAN TARIK TALI YANG MENYERONOKKAN

PENGALAMAN SERAM SEPANJANG DUDUK DI ASRAMA

PINJAMAN PENDIDIKAN MARA PTPTN YAYASAN NEGERI DAN LAIN²

TAMAN BANDARAYA PULAU PINANG LOKASI RIADAH PALING CANTIK, BERSIH, SELESA DAN BANYAK KEMUDAHAN

Apakah Titian Sirat ?