KEM UKUR KEJURUTERAAN KUALA LINGGI MELAKA PART I 🎂

Ni semua koleksi gambar² yang aku snap masa kem ukur Part I. Untuk dijadikan kenangan. Serius pemandangan kat Kuala Linggi ni tenang sekali. Ni first time, untuk subjek Ukur Kejuruteraan I semester 2 aku. Salah satu hari sepanjang 5 hari kem ni jatuh pada tarikh ulangtahun kelahiran aku.

Dorg buat kejutan, sangat tak sangka. Thanks to all my friends, aku sangat hargai. Moga Allah membalas dengan kebaikan. Aamiin Ya Rabbal'alamin... Sangat best kem ukur ni. Aku cte k bawah picture² ni. Baca²... Shhhh. Wahidah nak bercerita.


 Ni alat ukur namanya Staf (betul ke idak ejanya)
Ni bukan di Kuala Linggi eh, ni kat Taman Gelora depan kolej

 Benda ni Alat Ukur Aras, ni pun sama kat Taman Bergelora kami ngh praktikal before g Kem Ukur



Ngah bosan2 snap la pic bunga ni
Cantiknya... 1st time jumpa

Bunga no 2, aku ni amik civil or amik photography ni? Hahaha

 Ok ni aku snap gambar sambil tunggu kawan² wanita ku pulang dari mengukur. Chalet ktorg betul² depan ngan pantai, uhh tenang...

 Ni kat side lain...
Ngah duk sorang² memang sangat bosan 😅

Waktu ni laut bergelora tp aku still degil nak main air walaupun takut². Suka tengok pasir tu cantik, terima kasih pada Ati kerana menemani diri ini...

 Ha ni lagi satu pic
Nampak tak kesan tapak2 kaki tu?
Ha aku tak tahu tapak kaki sapa 😂

 Korang nampak tak ombak dalam gambar tu?
Sekali menghempas, aiyoo takut aku. Laut sangat bergelora...

Bila tengok laut, aku akan menung jauh dan hati aku akan berkata. Macam ni la diibaratkan hidup kita, kalau tak dilambung ombak
bukan hiduplah namanya gituuu...

 Korang nampak tak apa dalam gambar atas ni?
Kalau tak nampak biar aku gtau apa. Batu nisan lorhh.

Bila ingat balik aku nak tergelak. Aku ni pengecut, dan² kawan aku naik atas ushar stesyen ktorg pastu baru aku perasan depan mata aku ada banyak batu nisan. Kawasan ktorg ukur ni dorg kata bekas tapak perkuburan. Tak tahulah betul ke tak.

Depan stesyen 1 ktorg ada kubur lama, betul² tepi jalan. Sumpah aku tak perasan gak. Bila membe aku dah naik atas nak dirikan alat lain barulah aku perasan. Aigoo, orang mati tetap dah mati 'tumpang tempat ye, nak menuntut ilmu' . Heee main² kau yee wahidah... 


Oh Total Station yang sangat besar, aku tak mampu nak gunakan kau. Ni stesyen kedua ktorg. Sini la depannya ada banyak batu nisan. Tegar mereka mencampak kami di kawasan perkuburan. So sad. Hahahahhaha 😆

 Kalau aku bosan aku suka usha rumah ni, so unik n cantik. Dan di umah ni jugaklah kami berteduh dengan tak malunya masa hujan lebat
satu petang tu. Maaf makcik kami menumpang tanpa keizinan (tuan umah xde masa tu) 🙏

Umah sama pic atas, kalau nak tahu (budak² ni ctelah). Umah ni pernah ke or banyak kali orang wt shooting cte hantu. Haha. Patut aku usha lama² cam pernah lihat je.

Kawasan yang ktorg dapat terkena juga kat area pokok² getah, apa lagi aku snap ler.


Dah la 1st time tgk pokok getah dekat², agak batak jugalah diri ini. One thing, kat situ ada 1 pokok getah yang besar sangat, maybe dah beratus-ratus usia pokok tu. Tapi aku rugi gak sebab tak snap gambar pokok tu. Nampak kesan² torehan lagi kat pokok tu. Nice²... Sambil berkem² ni boleh tambah pengalaman lain kat tempat orang ye... 


 Tersusun je pokok2 kelapa, hebat kejadian Allah SWT ciptakan. Semua yang Dia ciptakan sangat berguna pada kita.

 Kawasan kami dapat berbukit. Kalau nak naik penat, nak turun bahagia sikit.

Semak samun, kalau aku jadi tokey kebun getah ni licin semua semak samun belukar dan sekian² ni (kalau rajinlah).

 Pagi yang tenang, cuaca yang indah. Perghh aku suka 3 pic terakhir aku ni. Indah alam Allah SWT, subhanallah. Dan alhamdulillah aku dapat melihat keindahan yang Dia ciptakan ni. Tenang tenang dan tenang.

 Ni gambar seterusnya, hujung sana ada kapal 😊
Masa ni selepas presentation kot, tak silap aku.
Fuhh lega selesai juga tugasan kat sini.

Cantik sangat...
Terima kasih Ya Allah.


Malam before kami balik, ada makan² BBQ. So sedaplah makanan²nya. Alhamdulillah. Sem 3 sem depan aku datang lagi. Betul cakap senior a.k.a membe sem atas aku si Una, sekali datang rasa nak datang lagi. Ternanti² saat tu, serius.

Malam bufday aku tu, 1 November 2010 aku jadikan kenangan. Alhamdulillah dapat kawan² yang baik² dari kecil sampai sekarang ni. Hidup ni indah dengan aturan Yang Maha Esa. Aku bersyukur hidup di bumi Mu ini Ya Allah.

Peliharalah diri ini, supaya menjadi hamba Mu yang sentiasa bersyukur dengan segala apa yang Kau kurniakan. Aamin Ya Rabbal'alamin. Hargailah setiap saat yang Allah SWT kurniakan pada kita. Wallahu'alam.



1 November 1991 - 1 November 2010
19 Tahun


وحيده

Follow us on Pasemboqtempe Channel
https://www.youtube.com/user/satu0111

Comments

P O P U L A R

BAHAYA NAFSU LELAKI 🔥

KELEBIHAN KALIMAH LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TINGGAL DI KONDOMINIUM

KOLEKSI AYAT-AYAT UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI

PELIHARALAH DIRIMU WAHAI WANITA DARI MATA LIAR LELAKI

SUKAN TARIK TALI YANG MENYERONOKKAN

PENGALAMAN SERAM SEPANJANG DUDUK DI ASRAMA

PINJAMAN PENDIDIKAN MARA PTPTN YAYASAN NEGERI DAN LAIN²

TAMAN BANDARAYA PULAU PINANG LOKASI RIADAH PALING CANTIK, BERSIH, SELESA DAN BANYAK KEMUDAHAN

Apakah Titian Sirat ?