RAMADHAN KEMBALI πŸ’š



BISMILLAH

Salam Awal Ramadhan pada semua pembaca. Hari ni 1 Ramadhan maksudnya adalah hari pertama semua umat Islam menunaikan ibadah puasa seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT . Macam-macam ragam manusia boleh kita lihat, almaklum lah ada yang dah setahun tak berpuasa dan kalau kanak-kanak pulak macam biasalah ada yang baru mula belajar puasa. Kalau siapa yang rajin puasa sunat tu mesti rileks je, tak rasa sangat keletihan dalam menjalani ibadah puasa. Betul tak?

Tujuan aku tulis post ni sebenarnya nak kongsi sesuatu perkara. Tadi masa aku tengah nak tunggu bas nak pegi kelas SME (Sistem Mekanikal Elektrikal), aku dengarlah dari jauh satu stesen TV ni duk pasang iklan cte ke apa ntahlah. Yang pasti pasal Hari Raya sebab apa sebab aku dengar lagu Raya. Come on lah umat Islam baru 1 Ramadhan janganlah nak sibuk-sibuk ngan Hari Raya ke apa-apa yang berkaitan Hari Raya lah. Baru 1 Ramadhan tolonglah hormat Bulan mulia yang Allah sediakan pada kita ni.

Paling ketara setiap tahun adalah stesen radio yang tak sabar-sabar nak pasang lagu Raya awal Ramadhan itupun atas permintaan pendengar. Aku kadang-kadang terfikir jugalah dorg ni faham ke tak tujuan puasa dan tujuan kita beraya sebenarnya. Sebenarnya Hari Raya bertujuan untuk meraikan kemenangan kita yang telah berpuasa (cukup dan tak ada lubang² kecuali ada sebab² tertentu) dan beribadah di Bulan Ramadhan.

Tapi sayang sekali umat Islam masa kini lain pula pemikirannya. Apa yang penting muhasabah lah diri kita masing-masing dan usaha hayati dan tempuhi Ramadhan yang mulia ni dengan sebaiknya. Sikit ja aku post kali ni, mahu undur diri dulu. Selamat berpuasa.


W A H I D A H
B M E

Comments

P O P U L A R

Shah Alam New Serviced Apartment Near Setia City Mall & KPJ Hospital πŸ₯

KENANGAN MANIS SERTAI PERARAKAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE-48 TAHUN 2005 PUTRAJAYA MALAYSIA

JAJAN KANAK² ZAMAN 90-AN CORN STIK BBQ PALING SEDAP 🌽

Only RM250k πŸ”₯ Rumah SelangorKu 3-Storey TownHouse Sungai Buloh Selangor πŸ˜‰

PENGALAMAN SERAM SEPANJANG DUDUK DI ASRAMA

TURUNKAN PANAS BADAN

SUKAN TARIK TALI YANG MENYERONOKKAN

Sayang... Nanti Cari Lelaki Lain 😌

SINOPSIS NOVEL BUMI CINTA OLEH HABIBURRAHMAN EL SHIRAZY