DI AKHIR RAMADHAN

Salam Akhir Ramadhan

Aku tengok kat Facebook ramai dah dok bagi ucapan even belum lagi 1 Syawal. Sekejap masa berlalu, aku banyak berpuasa kat hostel je. Almaklum lah pelajar, hanya Tuhan yang tahu segala apa yang terjadi di bulan Ramadhan tahun ni dalam kehidupan aku. Apa-apa pun sebagai manusia dan hamba-Nya aku betul-betul berharap dipertemukan Ramadhan tahun depan.

Agar aku boleh wat lebih baik, insyaAllah mudah-mudahan. Amin. Alhamdulillah perjalanan aku dan kawan2 dari asrama ke rumah semua selamat atas izin-Nya. Diharapkan juga pergi semuala sana nanti selamat juga sampai ke tempat kami menuntut ilmu. Masih banyak lagi yang perlu kami pelajari, moga Allah permudahkan jalan urusan hidup kita semua. Amin.

Ha, esok aku dengan keluarga aku balik kampung Batu Pahat kampung abah aku. Memang wajib every year, doakan kepulangan kami selamat juga mereka yang dalam perjalanan pulang ke kampung masing-masing. Amin. Aku harap semuanya baik-baik je raya ni. Amin. Beraya tujuan untuk kita raikan kemenangan selama sebulan kita berpuasa melawan hawa nafsu.

Yang pasti orang yang beriman hatinya amat sedih, pilu dan sebak untuk meninggalkan Ramadhan yang penuh barakah. Bulan pesta ibadah (bukan pesta makanan), bagi mereka di bulan ini lah bulan ketenangan. Ketenangannya hanya Dia yang tahu. Aku harap sangat di Malaysia ni iaitu rakyat Malaysia sedarlah bahawa bulan puasa bukanlah bulan untuk kita membazir.

Fikirlah, bulan Ramadhan kita diajak tidak membazir tapi terbalik pula aku tengok. Bazar bersepah, makanan tak habis buang. Aish, Ramadhan ni bulan banyakkan ibadah bukan bulan banyakkan juadah. One thing, kalau persiapan raya tu janganlah berlebih-lebihan takkan lah nak ikut perangai syaitan kot duk bazir2. Bersederhana sudahlah, dunia ni sementara ja. Jimat2 ye. Beli yang perlu je.



Ni pendapat aku, aku tak tahulah pendapat hangpa semua. Aku kurang sikit orang duk bagi ucapan selagi belum 1 Syawal (malam raya). Ikutlah korang nak komen apa, yang pasti aku tetap tak suka. Ok, selamat beribadah di akhir2 Ramadhan ye semua. Mudah2han dipertemukan Ramadhan tahun depan. 

ﺁﻣِﻴْﻦُ ﻳَﺎ ﺭَﺏَّ ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﻴْﻦ 

وحيده

Follow us on Pasemboqtempe Channel
https://www.youtube.com/user/satu0111

Comments

P O P U L A R

BAHAYA NAFSU LELAKI 🔥

KELEBIHAN KALIMAH LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TINGGAL DI KONDOMINIUM

KOLEKSI AYAT-AYAT UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI

PELIHARALAH DIRIMU WAHAI WANITA DARI MATA LIAR LELAKI

SUKAN TARIK TALI YANG MENYERONOKKAN

PENGALAMAN SERAM SEPANJANG DUDUK DI ASRAMA

PINJAMAN PENDIDIKAN MARA PTPTN YAYASAN NEGERI DAN LAIN²

TAMAN BANDARAYA PULAU PINANG LOKASI RIADAH PALING CANTIK, BERSIH, SELESA DAN BANYAK KEMUDAHAN

Apakah Titian Sirat ?