WARNA WARNI PESTA SUNGAI NIBONG PULAU PINANG 2017

Pesta Sungai Nibong Penang dah sinonim di kalangan rakyat Malaysia. Setiap tahun mesti akan berlangsung selama sebulan. Biasanya dari bulan November sehinggalah Disember.

Best memang best pasal hiasan lampu depa semua cantik sangat. Permainan game pun meriah, tapi mana yang berani tu seronoklah main. Aku bukan salah sorang yang suka mainan funfair.

Apa yang best kat sini game funfair bukan ada untuk orang dewasa ja, tapi untuk kanak-kanak pun disediakan. Meriah la kiranya, tapi duit nak dikeluar pun boleh tahan meriah.

MH kata dulu tak la semahal sekarang. Semakin lama semakin mahal, tu yang pengunjung pun tak ramai. Tapi kalau nak dekat habis pesta memang meriah.




Video di YouTube Pasemboqtempe Channel


Sangat meriah dengan diskaun sana sini. Harga runtuh roboh bagai karpet ke, beg ke, apa pon la. Berebut la korang serbu huhu jangan gaduh sudah.

Paling best adalah kedai baju bundle, pakaian macam-macam ado. Kasut pon ado. Bundle depa murah luar biasa tau. Baju 3 helai RM5 uiii.

Banyak lagi yang menarik. Kalau bab parking minta tolong jangan jadi pemalas. Kalau korang malas mereputlah dalam kereta tunggu sampai ada parking free.

Parking disediakan di belakang pesta. Boleh lalu tepi Terminal Bas Sungai Nibong, terus dan ada simpang ke kanan yang kedua. Korang boleh masuk situ, parking kenderaan korang.

Ok korang nak cerita banyak pon panjang. Nilah antara picture Pesta Penang 2017 yang sempat aku snap. Datang bersama MH aka suamiku sayang. Ngahahahaha






















وحيده

Follow us on Pasemboqtempe Channel
https://www.youtube.com/user/satu0111

Comments

P O P U L A R

BAHAYA NAFSU LELAKI 🔥

KELEBIHAN KALIMAH LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TINGGAL DI KONDOMINIUM

KOLEKSI AYAT-AYAT UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI

PELIHARALAH DIRIMU WAHAI WANITA DARI MATA LIAR LELAKI

SUKAN TARIK TALI YANG MENYERONOKKAN

PENGALAMAN SERAM SEPANJANG DUDUK DI ASRAMA

PINJAMAN PENDIDIKAN MARA PTPTN YAYASAN NEGERI DAN LAIN²

TAMAN BANDARAYA PULAU PINANG LOKASI RIADAH PALING CANTIK, BERSIH, SELESA DAN BANYAK KEMUDAHAN

Apakah Titian Sirat ?