CARA BELI KERETA TANPA PENJAMIN UNTUK INDIVIDU YANG BEKERJA SENDIRI 💡

"Bukan senang nak senang.."

Betul sangat tu. Hihihi. Ringkaskan kisah pasal kereta ni, setelah macam² ujian bab kereta ni akhirnya dapat beli Myvi yang comel pada tahun 2018 yang lalu.

Dulu awal² kahwin, tahun 2015 sempat pakai Honda Accord CA5 tak sampai setahun rosak.

Dalam bulan Oktober 2015 suami beli pula Ford Laser, sempat pakai lebih setahun. Kalau nak cerita pasal kereta second hand third hand ni memang panjang jadinya nanti.

Belum lagi kisah cemas hampir kehilangan duit 1k adehhh mujur dapat balik. 

So kita teruslah kongsi cara macam mana kita yang bekerja sendiri ni nak beli kereta original tanpa penjamin.

Tujuan tak mahu ada penjamin sebab taknak susahkan sesiapa. Selagi kita boleh usaha, usaha semampu boleh. 

Tapi kita semua kena tahu, kalau nak beli kereta original tanpa penjamin memang tak akan dapat 0 down payment macam ramai orang dapat buat tu.

Hat 0 down payment ni bayarannya biasa 9 tahun tempoh. Sesuai untuk sesiapa yang ada slip gaji, ada standby kenalan yang boleh jadi penjamin. 

CANTIKKAN AKAUN SIMPANAN/SEMASA

Cadangan kami adalah kalau bekerja sendiri/meniaga buka SSM dan buka akaun bank untuk company (semasa). Then korang kena masukkan duit setiap hari.

Lagi kerap masukkan duit lagi bagus. Masuk ja banyak², lepastu nak keluarkan balik pun takdak masalah.

Sebelum kami beli Myvi ni, tahun 2017 kami ada berkenan nak beli Iriz, bila jumpa agen Proton tu dia explain at least keluar masuk (debit + credit) akaun korang kena lebih dari 10k.

Lebih banyak lebih bagus, lebih yakin bank nak bagi loan. Tempoh cantikkan akaun tu korang usaha buat lebih dari 6 bulan.

Gigih kami lepas balik meniaga mesti masukkan duit gaji kami dalam akaun semata-mata nak beli kereta untuk mudahkan urusan nak ke mana². Tak larat masuk bengkel rawat kereta² second hand nuu. Hee

SEDIAKAN 'DOWN PAYMENT' RM10,000 <</>>

Hat yang ni memang syarat utama kalau kita nak beli kereta ori tanpa penjamin. Rasanya ramai yang tau pasal hal ni.

Tapi korang jangan cepat putus asa bila kami habaq camni. Di sebalik kesusahan kan ada kesenangan. 

Cara pembelian kereta macam ni dapat kurangkan tempoh bayaran kereta korang. Kalau kebiasaannya adalah 9 tahun, dengan cara ni bayaran jadi singkat kepada 7 tahun.

Umur macam kami ni agak lewat juga bab beli kereta ni, rezeki masing². Kesimpulannya, lagi besar down payment lagi singkat bayaran bulanan.

Kami faham agak rumit, tapi tak mustahil kalau kita usaha dari segala segi. Bab rezeki ni kita cuma tinggal jaga hubungan dengan ALLAH SWT ja sebenarnya.

Selebihnya memang kena pulun, kuat, usaha, jangan putus asa, berdisiplin, abaikan perkara yang tak penting, semangat mesti kena kuat.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Tak ada yang mustahil InsyaAllah 😊

Bayaran down payment kami untuk sebiji kereta myvi ni 8k++ . Jumlah tersebut adalah simpanan tahunan kami laki bini.

Kami kahwin 2015, belum ada rezeki anak lagi sebab tu senang nak kumpul duit. Kita manfaatkan peluang yang ada.

Jenis kami pula masing² ada kelebihan senang nak simpan duit, suami tak merokok, bukan kaki lepak.

Isteri pula jenis tak reti pakai skincare mahal, makeup ke apa, beli pakaian pun kami ni kat Longwan cukup dah. Ada juga pergi Mall, 

Kalau ada termembazir pun bab makanlah, jenis kami bab makan kadang tersasar juga tapi idaklah sampai pekena Kenny Rogers, Secret Recipe, Nandos, Starbuck ke apa yang mahal seangkatan dengannya ngahahahha

DOKUMEN YANG BANK PERLUKAN

Pertama sekali masa kami nak beli myvi ni, salesman akan minta IC DEPAN BELAKANG, LESEN KERETA, SSM, STATEMENT BANK COMPANY 6 BULAN, GAMBAR PREMIS PERNIAGAAN. Salesman akan bagi pihak bank tengok.

Bila pihak bank kata lepas, then baru salesman akan terangkan next step. Tapi memang agak lama juga nak tahu lepas loan ke tak. Ngehehe.

Berdebor² juga sebenarnya. Syukur alhamdulillah lepas. Paling best kita berurusan dengan salesman hanya dalam talian saja. 

Betul² faham yang masa kami terhad. Kami hanya cuti hari Jumaat, kalau nak buat urusan tu memang waktu singkat sangat.

Korang kalau ada area Penang nak beli kereta PERODUA boleh la aku kenalkan salesman tu. Baik oiii. Heee sampai sekarang kalau kereta ada hal nak dibuat dia mesti tolong. 




Korang kalau ada soalan boleh tinggalkan kat ruang komen, atau korang kalau urgent WhatsApp ja aku.

Niat aku nak tolong orang kat luar sana, walaupun nak dekat dua tahun dah beli baby shark ni. Ngahahaha

Selama ni sibuk meniaga, ni sejak pkp sampai sekarang Stay at Home ajaaa so kita update la apa yang patut. Dah lama nak share, alhamdulillah hari ini ALLAH SWT izinkan. 

Semoga perkongsian ni membantu sedikit urusan pembelian kereta buat peniaga² atau sesiapa yang bekerja sendiri.

Pesanan kami, jika korang jenis kejar masa (masa terhad), banyak berurusan kerja pakai tenaga kaki, belilah kereta original dan auto. 

Itu aja nak dikongsi pengalaman hidup. Selebihnya nanti kami share di post yang seterusnya INSYAALLAH semoga ALLAH SWT izinkan dan permudahkan. Aamiin Ya Rabbal'alamin 😊


Kenangan masa ambil kereta
Ter'snap' pejam mata heee

#Myvi2018
#TipsBeliKereta
#BeliKeretaTanpaPenjamin

وحيده

Follow us on Pasemboqtempe Channel
https://www.youtube.com/user/satu0111

Comments

P O P U L A R

KELEBIHAN KALIMAH LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH

BAHAYA NAFSU LELAKI 🔥

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TINGGAL DI KONDOMINIUM

PELIHARALAH DIRIMU WAHAI WANITA DARI MATA LIAR LELAKI

KOLEKSI AYAT-AYAT UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI

PENGALAMAN SERAM SEPANJANG DUDUK DI ASRAMA

SUKAN TARIK TALI YANG MENYERONOKKAN

BANYAK BERCAKAP BANYAK KELEMAHAN

PINJAMAN PENDIDIKAN MARA PTPTN YAYASAN NEGERI DAN LAIN²

LIRIK DAMBA KASIH