PINJAMAN WANG SEGERA ATAU PERTOLONGAN SEGERA DARI ALLAH SWT 💰

Balik dari eco seberang ritu, dalam kereta sambil keluar dari parking tu lalu deretan kedai.

Style aku memang suka tengok kedai² yang ada, almaklum berangan nak ada kedai sendiri.

Sekali mata terpandang satu kedai ni, aku ni pula style memang suka mulakan percakapan ngan suami. 

Sambil tengok sambil sebut "Pinjaman Wang Segera Berlesen, haih macam² la"

Suami aku pun balas "Pinjaman wang memanglah segera, tapi bayar pun kena segera tauu, kalau takkkk..... "

Kite pun 😂 Adoiii ada ja idea susun ayat perli. Betul juga apa suami aku katakan.


Korang janganlah tersilap langkah p selesaikan masalah segera macam ni.

Baik korang usaha ikhtiar cara lain, mohon pada Allah merayu minta hanya pada Dia.

Dia berkuasa atas segalanya In shaa Allah Dia akan tunjuk jalan.

Berlambak lagi cara lain yang halal untuk peroleh duit.

Takda perkara yang mudah dalam dunia ni, semuanya bermula dengan kesusahan baru kesenangan.

Pada yang pernah tersilap langkah, moga masalah korang dipermudahkan dan selesai dengan sebaiknya. Aamiin.

Terdesak macam mana pun tolonglah jangan pinjam kat depa ni 🙏




Amalkan Surah Al Insyirah dan Surah Ikhlas setiap kali lepas solat 5 waktu.

Kalau boleh ulang 3 kali dengan penuh kesungguhan dan faham makna setiap ayat.

Nak lagi power boleh amalkan Surah Al Waqi'ah. In shaa Allah kalau korang amalkan surah² tersebut korang akan Allah keluarkan dari masalah yang korang sendiri buntu.

Akan datang juga dengan SEGERA rezeki yang korang sendiri tak sangka. Percayalah... 




Syaratnya please maafkan semua org yang pernah  buat hal dalam hidup korg.

Paling penting redho dengan setiap ujian yang pernah menimpa hidup korg, jangan merungut.

Lapangkan dada In shaa Allah rezeki korg akan Allah luaskan. Percayalah 😊 

Sesungguhnya hanya Allah SWT sahaja yang Maha Memahami.

Allah Maha Memakbulkan permintaan hamba Dia yang sedang dalam kesusahan. Dengan Dia sahaja tempat kita bergantung harap.

وحيده

Follow us on Pasemboqtempe Channel
https://www.youtube.com/user/satu0111

Comments

P O P U L A R

KELEBIHAN KALIMAH LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TINGGAL DI KONDOMINIUM

BAHAYA NAFSU LELAKI 🔥

Apakah Titian Sirat ?

SUKAN TARIK TALI YANG MENYERONOKKAN

PINJAMAN PENDIDIKAN MARA PTPTN YAYASAN NEGERI DAN LAIN²

CARA BELI KERETA TANPA PENJAMIN UNTUK INDIVIDU YANG BEKERJA SENDIRI 💡

NAME CARD VERSI ZAMAN SEKOLAH 👭

SOUVENIR FROM SABAH BAH

BANJIR DI PULAU PINANG TAHUN 2017