WAHAI JIWA YANG MEMBERONTAK

Sampai bila kita mahu biarkan diri dalam keadaan memberontak?

Hidup dalam kemarahan

Hidup selalu menyoal takdir Allah SWT

Hidup dengan sifat lemah

Hidup dalam kesedihan

Mereka yang hasilkan diri kita sampai jadi seteruk ini rileks saja, takda penyakit, bebas dengan penuh yakin

Biarkan mereka

Barangkali itu adalah istidraj

Atau mungkin mereka telah mendapat balasan

Andai bernasib baik Allah SWT nampakkan

Jika tidak biarkan

Yakinlah setiap perbuatan baik atau buruk pasti ada balasan yang Allah SWT sediakan

Sudahlah, bangkitlah

Usah biar bisikan syaitan meraja minda kita

Kembalilah pada Dia, Pencipta kamu

Yakinlah, setiap yang terjadi adalah terbaik buatmu

Luahkan segalanya pada Dia

Manusia tak akan pernah sempurna. Hanya Allah SWT Maha Sempurna, maafkan mereka, redholah akan segalanya

Kau akan temui ketenangan

Akan peroleh kebaikan

Barangkali rezeki yang selama ini sempit akan terbuka luas

Sakit dalaman akan kembali pulih

Tidurmu akan nyenyak

Semoga pengakhiran kita di dunia dalam keadaan baik. Berjaya peroleh syurga yang indah, abadi selamanya di akhirat kelak. Aamiin Ya Rabbal'alamin. 





Jiwa yang pernah memberontak,
وحيده

Follow us on Pasemboqtempe Channel
https://www.youtube.com/user/satu0111

Comments

P O P U L A R

For Sale Hot Location End Lot Double Storey Royale Nova Simpang Ampat Pulau Pinang

Kelebihan Dan Kekurangan Tinggal Di Kondominium 🏙️

For Sale Beautiful Garden Home Concept Eco Horizon Camdon Batu Kawan Penang 🌳🌿🌲

Only RM250k 🔥 Rumah SelangorKu 3-Storey TownHouse Sungai Buloh Selangor 😉

SUKAN TARIK TALI YANG MENYERONOKKAN

For Sale Big House 7 Bedroom 1 Store 4 Bathroom Bandar IM 2 Kuantan Pahang 😃

Lambat-Laun Saya Tetap Akan Bertudung - Emma Maembong

PENGALAMAN SERAM SEPANJANG DUDUK DI ASRAMA

Kerja Oh Kerja

TANGGISAN MARHAENIS