MACAM MANA NAK BUAT DENGAN DUIT KOYAK / ROSAK

Mesti korang pernah dapat duit koyak dari mana-mana kedai atau dari sesiapa pun tanpa korang sedar.

Bila dapat tu comfirm ada satu perasaan macam segan nak guna, takut kena reject terutama kalau kat pasaraya besar.

Lepastu korang simpan berkepam la duit koyak tu tak pakai sampai bila pun. Malu punya pasal, sanggup simpan dari guna.

Ada juga di kalangan kita ni yang dah tahu pihak Bank Negara boleh uruskan bab duit koyak atau rosak. Menonong pergi Bank Negara jauh nun...

Korang boleh walk in ke cawangan Bank Negara yang berdekatan, check google. Habaq kat kaunter pertanyaan korang nak tukar duit koyak.

Nanti korang berurusan dengan staf Bank Negara melalui kaunter tertutup hat ada lubang untuk bercakap tu. Then nanti korang akan diberi borang.

Isi maklumat dalam borang tu, yang mana dorang arahkan dan pastikan korang dah tau jumlah duit yang nak ditukar tu.

Dah siap isi borang boleh bagi kat pegawai bank tu. Then depa akan proceed, sekejap saja urusan. Nanti dorang akan panggil korang bila dah settle. 

Dan dorang akan bagi duit cash direct. Memang takda masuk dalam akaun ke apa. Tapi dinasihatkan kalau korang bawa duit jumlah yang banyak.

Adalah lebih baik korang pergi ke bank² yang korang ada akaunnya. Ini adalah kerana pihak Bank Negara agak berat nak keluarkan duit yang banyak secara tunai.

So secara logik adalah lebih baik korang pergi ja bank masing-masing. So lepas tu bank akan masukkan semua duit tu ke dalam akaun korang.

Hat situasi ni sesuai untuk peniaga kedai minum macam kami, atau peniaga yang banyak pegang duit yang jumlah kecil². Berisiko koyak dan rosak. 


Kedai minum memang selalu dapat duit kecil macam ni. Kebanyakan harga minuman RM1 dan ke atas. Bab ni bagus dah bagi duit kecil. Hat tak bagusnya masa kita sibuk dikerumun orang nak bayar ni ada juga yang selit duit koyak wakakaka


Ni semua duit koyak dan rosak selepas disusun dengan penuh kesabaran. Bank selalunya akan minta korang kira siap² RM100 setiap ikatan. Menyenangkan depa nak kira pakai mesin nanti. Bank kejar masa. Kita mudahkan kerja mereka so that mood depa happy. InsyaAllah... 


Duit kertas lama kebanyakannya dah rosak. Maklumlah berpuluh tahun bertukar ganti tangan kan. 


Untuk pengetahuan semua rakyat Malaysia bank biasa pun memang terima duit koyak dan rosak, asalkan cukup syarat sifat duit tu. Kalau pegawai or staf bank tak mahu terima boleh buat laporan.

Rakyat malaysia ni payah tau, duit koyak ja nak lepas tangan. Cubalah jadi rajin sikit. Nasib baik otak depa kalau koyak takleh lepas kat orang lain tettt 😂

Sebabnya malas nak kumpul duit tu banyak-banyak dan pergi ke bank untuk ditukar, mesti semua nak pakai duit dalam keadaan segera. Hat tu yang jadi tabiat LEPAS TANGAN.

Kan bagus kalau kita mudahkan urusan orang lain. InsyaAllah next time orang lain pula mudahkan urusan kita dalam pelbagai situasi. Janji Allah swt sentiasa benar dan pasti. Yakinlah...

وحيده

Follow us on Pasemboqtempe Channel
https://www.youtube.com/user/satu0111

Comments

  1. This page truly has all the info I needed about this subject and didn't know
    who to ask.

    ReplyDelete

Post a Comment

Hablumminallah Wa Hablumminnas 🌹

P O P U L A R

KELEBIHAN KALIMAH LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TINGGAL DI KONDOMINIUM

JAJAN KANAK² ZAMAN 90-AN CORN STIK BBQ PALING SEDAP 🌽

LAGU NASYID MENENANGKAN HATI

PELIHARALAH DIRIMU WAHAI WANITA DARI MATA LIAR LELAKI

Petikan Skrip Dari Filem Bohsia 2

PENGALAMAN SERAM SEPANJANG DUDUK DI ASRAMA

UNIKOP DALAM KENANGAN

19 Perpustakaan Tercantik Di Dunia (Photo by Will Pryce)

TITIAN KEJAYAAN LAGU MOTIVASI ZAMAN SMTKS