JANGAN PERNAH NAFIKAN SIFAT ALLAH SWT YANG MAHA ADIL

Jangan pernah nafikan bahawa ALLAH SWT Maha Adil lagi Maha Bijaksana.

Kenapa perlu cemburu?
Kenapa perlu dengki? 
Kenapa perlu persoalkan? 
Kenapa perlu bezakan? 





Dalam soal miskin mahupun kaya

Orang miskin tak perlu pening² fikir macam mana nak jaga pelihara harta benda, atau risau penyangak curi rompak harta kau.

Malah keselamatan pun kadang bahaya. Orang kaya pula tak perlu tahan perut berlapar, selesa tidur, bebas bersedekah untuk peroleh pahala, beribadah di tempat yang selesa. 

Dalam soal belajar tak tinggi atau tinggi

Zaman sekarang yang belajar sampai spm tak payah pening² terikat dengan hutang belajar. Tinggal usaha kerja lebih masa je kalau nak topup income.

Boleh dah kumpul harta tanpa hutang belajar. Yang belajar tinggi kau boleh mula bekerja dengan gaji yang tinggi.

Dengan gaji tu la boleh bayar loan blja. Kerja kau tugas memang pecah kepala tapi berbaloi dengan gaji. In shaa Allah. 

Dalam soal lambat dapat jodoh atau cepat dapat jodoh

Yang lambat boleh bermanja² dengan ibu bapa lama sikit, jaga mereka puas² bagi wanita, kelak dah ada anak tak dapat 24 jam tatap wajah mereka.

Dapat jaga ibu bapa sendiri. Yang cepat dapat jodoh ada teman hidup depan mata yang ada susah senang bersama.

Kumpul harta bersama, travel bersama, dan paling penting kita ada seseorang yang teman kita untuk hidup berdikari tanpa ibu bapa di sisi. 

Dalam soal dapat anak lambat atau cepat dapat anak

Ni dalam situasi aku, anak lambat dapat tapi Allah permudahkan urusan rezeki untuk kumpul harta.

Bebas nak ke mana² contoh honeymoon, beriadah, ke shopping mall, hiking, joging, mana² korg suka.

DAN paling best kau dapat bantu orang yang susah di sekeliling kau terutama family sendiri.

Pada yang cepat dapat anak, walaupun ada kekangan sikit contoh takda me time, penat jaga anak

TAPI kena ingat ada anak di usia yang muda tu lebih baik. Nanti dapat rehat awal. Kot² umo 40 lebih dah beso² anak senang kannn. 

Jadi banyakkan BERSYUKUR. Kita ikut apa Nabi Muhammad SAW ajar, lihat orang yang lebih susah dari kita. Dari situ automatik kau akan bersyukur dengan apa yang kau ada.

Ingat sentiasa ALLAH SWT MAHA ADIL. DIA tahu apa yang terbaik untuk hamba² DIA. Dunia pun sementara ja.

Kalau kita asyik persoalkan tu ni sampai bila tak selesai. Hiduplah dengan penuh kebahagiaan yang ALLAH SWT kurniakan.

InsyaAllah hati pun tenang, takda resah gelisah, bahagia ja hidup. Moga dipermudah urusan kita semuanya. Aamiin Ya Rabbal'alamin ❤

Yang Berusaha Berpesan, 
وحيده

Follow us on Pasemboqtempe Channel
https://www.youtube.com/user/satu0111

Comments

P O P U L A R

KELEBIHAN KALIMAH LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH

KOLEKSI AYAT-AYAT UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TINGGAL DI KONDOMINIUM

BAHAYA NAFSU LELAKI 🔥

CARA BELI KERETA TANPA PENJAMIN UNTUK INDIVIDU YANG BEKERJA SENDIRI 💡

PINJAMAN PENDIDIKAN MARA PTPTN YAYASAN NEGERI DAN LAIN²

Peristiwa Memali Antara Bukti Kerajaan Malaysia Kejam! (SIRI I)

WAHAI WANITA DIRIMU BUKAN UNTUK TONTONAN

Nyahkan Jerawat Dengan Topeng Oat