MACAM MANA BOLEH JADI RABUN JAUH?

Antara punca macam mana mata aku jadi rabun jauh

• Suka tengok tv dekat-dekat masa zaman kanak-kanak (satu kepuasan terutama masa tengok cerita kartun favourite dan maybe sebab tv dolu-dolu jenis kecik so dekat lebih puas) Abah banyak kali marah, tapi wahidah seorang yang degil emmm

• Suka baca buku pandang buku tu dekat-dekat hahaha. Ni aku syak je antara puncanya. Paling suka baca buku cerita dan buku agama. Abah letak buku agama banyak-banyak dalam almari, menarik hati sangat. Nampak wahidah macam ala-ala ustazah tu hasil dari terjebak baca buku agama sejak sekolah rendah ngeee



Aku rabun ni pun dapat detect masa tingkatan 4. Jadi semakin teruk sebab liat taknak pakai spek. Konon nanti tudung tak cantik. Poyo betul!

Siap dah buat spek pertama dah. Buat masa hantar kakak aku balik UTP. Ada satu kedai buat spek murah sangat kat Tronoh sana.


Form 5 standby duduk meja paling depan, taknak pakai spek punya pasal. Buruk beno perangai!


Kakak aku pun rabun juga, so dalam adik beradik kami berdua la manusia rabun wakaka. Tapi tu la aku tetap tak mahu pakai walau Abah dah belikan spek.

Dari tahun 2007 sampailah tahun 2015, bayangkan aku pakai spek hanya waktu penting sahaja. Dalam kelas waktu sekolah dan kelas masa zaman kolej.


Zaman study diploma pun masih tak insaf. Ke mana-mana tak pakai spek. Hanya dalam kelas sahaja. 


Bayangkan majlis konvo yang semua orang rasa penting tu pun aku taknak pakai spek. Lawak betol aku yang dolu!


Habis belajar tetap liat juga, pakai bila duduk jauh dari tv, waktu kelas memandu dan bila tengok wayang. Astaghfirullah teruknya wahidah ni.

Aku ingat lagi masa nak dekat nikah, aku terpaksa beli contact lens. Pertama kali beli kat SACC MALL. Mahal gilooo wakakaka.

Esoknya aku try pakai hahaha supaya tak kelam kabut waktu nikah nanti. Fuhhh menggelabah jugalah. Syukur sepanjang majlis nikah berjalan lancar.

Lepastu terus aku terjebak pakai contact lens, feeling cantik la konon. Mood honeymoon mesti nak cantik. Walau wahidah ni nampak kasar tapi totap terbabas nak jadi ayu.  


Sangat bahagia for the first time aku nampak jelas segala moment yang indah. Alhamdulillah!


Huhaiii seronok beno pengantin baru ni. Bukan selalu wahidah jadi cantik bahahaha 


Pada aku contact lens ni membantu aku sangat. Sangat tak merosakkan tudung aku wakaka. Masa ni memang aku masih terus tak layan dengan spek, tersimpan rapi dalam bekas. 

Sampailah satu masa ni, beberapa bulan lepas kahwin, aku datang kedai arwah pak mertua aku. Urgent suami aku perlukan pertolongan.

Lama-lama melekat ja kat situ. Disebabkan satu kejadian ni, asap kedai makan terlalu kerap lalu depan kedai sampai pedih mata aku.

Aku takde choice memang kena tinggalkan contact lens. Terpaksa sangat pakai spek sebab nak ambil hantar order untuk ganti tempat pekerja suami aku kat Kopitiam Pak Non.

Nak tengok customer sampai kat meja. Then kena serve laju², nak make sure semua customer dapat aiq. Lebih kurang ala-ala menara kawalan. Mula dari sinilah terbiasa pakai spek.

Kerja kat bawah pokok ni memang kena laju. Terutama waktu lunch Isnin sampai Khamis. Sini dah macam kerja kat kedai mamak. Servis kena laju. Kalau tak itu bukan bawah pokok lol

Bayangkan beratus orang silih ganti waktu lunch tu. Aku kadang rasa macam tak percaya beberapa tahun aku setia jaga order sorang diri kat luar berlari amik hantar order. Allahuakhbar! 

Pengalaman yang sangat rare dan berharga. Memang tak mungkin aku boleh buat tanpa pakai spek mata. Sangat mustahil.

Syukur alhamdulillah segalanya berjalan lancar tak pernah customer tak dapat aiq. Tapi tu la kadang tak dinafikan orang rabun ni seorang yang pekak hahahaha

Minta maaf la kalau repeat comfirm bagai. Kadang suami aku cakap pun aku tak berapa dengaq. Laju ngat cakap oghang utagha ni. Kami jenis lem sikit heee


Kenangan tahun 2017. Ni jela picture pakai spek paling senonoh. Yang lain kelaut...


Sampai spek dah comot pun aku masih setia pakai. Tak ada dah istilah malu ke apa. Janji mata aku nampak clear!


Kesimpulannya nak nampak elok pakailah selendang kalau kau pakai spek. Sekian.


Sejak hidup dah terbiasa dengan spek mata ni, aku bangun tidur je mesti cari spek. Bila tak pakai aku rasa aku manusia yang buta, pekak, lost.

Sampai rasa nak nangis kalau tak jumpa spek, baru kau tau betapa pentingnya spek dalam hidup kau. Dulu kau elak kan... 


Setia dengan spek sehingga kini tahun 2021, pada umur bakal 30 tahun. Oh no!


Nikmat yang satu ni dah ditarik sikit demi sikit. Semoga mata ini terus dapat melihat pada perkara yang baik dan bermanfa'at. Dapat melihat keindahan yang Allah swt ciptakan.

اللَّهُمَّ أَمِيْنِ يَارَبَّ الْعَالَمِيْنِ

Comments

P O P U L A R

KELEBIHAN KALIMAH LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH

BAHAYA NAFSU LELAKI 🔥

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TINGGAL DI KONDOMINIUM

KOLEKSI AYAT-AYAT UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI

PINJAMAN PENDIDIKAN MARA PTPTN YAYASAN NEGERI DAN LAIN²

CARA BELI KERETA TANPA PENJAMIN UNTUK INDIVIDU YANG BEKERJA SENDIRI 💡

PELIHARALAH DIRIMU WAHAI WANITA DARI MATA LIAR LELAKI

PENGALAMAN SERAM SEPANJANG DUDUK DI ASRAMA

HIGHWAY PALING SUNYI DAN GELAP

Peristiwa Memali Antara Bukti Kerajaan Malaysia Kejam! (SIRI I)