PERSAMAAN TAHUN 2010 DAN TAHUN 2020

Lagi berapa hari ja nak masuk tahun baru kiraan kalendar masihi, 2021. Nak katup dah tahun 2020, tahun yang nombornya memang cantik. 

Cantik sampai kita dari zaman hingusan tersemat dalam ingatan yang tahun 2020 ni adalah tahun istimewa.

Kita duk fikir tahun ni teknologi sangat wow, contoh kereta terbang. Elok juga pemikiran Tun M ni pasalnya beliau ada target. Positif you know what I mean heee

Tak mahulah aku perlekeh apa yang Tun M duk katakan wawasan 2020 dari zaman kita kanak-kanak lagi.

Pada aku teknologi yang ada sekarang pun dah cukup mantap, memudahkan dunia manusia. Merosakkan pun banyak juga wakakakka. Sila behave ya orang muda mahupun yang tua. 

Setiap antara kita mesti mahukan yang terbaik dalam hidup kita, nak berjaya, nak bahagia. Aku percaya semua antara kita ada target masing-masing setiap tahun.

Nak nak pula angka 2020 ni cantik, kita semua muka shining² ja masa masuk tahun baru 2020 ni. Sekali cobid mai. Jemmm terus. Allahuakhbar! Astaghfirullah... 

Apa pengalaman korang dalam tahun ni? Aku tahu mesti ada yang tengah happy dan mesti ada yang tengah berduka. 

Macam pengalaman aku, awal tahun 2020 segalanya berjalan lancar. Aku seronok, orang kata tengah gembira nak stabilkan kehidupan. 

Sampai ja berita kena pkp, otak aku terus jemmm. Sepanjang pkp, then pkpb. Lepastu singgah pula pkpp dan kembali pkpb aku lost, sampai kan berat badan aku turun. Wakakaka.

Besar sangat kesan cobid ni pada peniaga. Itu pun syukur alhamdulillah kami suami isteri jenis selit² simpanan. Kalau tak aku rasa kami dah lama tinggalkan Penang 😂 

Aku lost berat badan ada sebabnya, tak dapatlah aku nak kongsi. Apa pun kita ambil la iktibar dan pengajaran dari apa yang dah jadi ni. 

Semoga suami aku diberi kesihatan, kekuatan untuk teruskan hidup. Aamiin... Mohon doa dari korang juga naa. Ini pun antara sebab aku down. Maklumlah sayang laki. 

Teringat pula 10 tahun yang lepas, tahun 2010. Awal-awal tahun tu aku punya diri tak berapa nak happy. Memberontak sampailah aku jumpa suami aku bulan 2

Itu pun ambil masa, hujung bulan 3 baru aku officially stabil. Masa tu kami berkawan, pandai dia buat lawak. Awal kenal kan, semuanya indah.

Tapi bulan 3 ke atas dalam tahun 2010 tu memang aku bahagia, seronok sampai cgpa sem satu aku masa tu dapat pointer dekan. Tudia wakakaka 

Berbeza dengan tahun 2020, bermula dengan ceria walau ada diuji dengan beberapa ujian difitnah, dihina tu takpelah dah biasa. Lali dah, abaikan ja. 

Tapi aku masa awal tahun ritu memang aku happy, seronok sangat. Dok melepet ngan suami aku mestilah happy syurga kan. Jangan muntahhh wakakaka

Sampailah bulan 3 dapat berita kena katup kedai. Wuihhh hahahaha. So persamaan tahun 2010 dan tahun 2020 adalah aku ditimpa kedukaan, kesedihan. Down. 

Bukan 2010 dan tahun 2020 saja. Tapi secara jujurnya 10 tahun ni betul-betul sangat tough. Banyak sangat yang dah jadi sampai aku pun banyak berubah. Lost habis

Sebab tu aku rasa nak create something kat sini sebelum 10 tahun ni berlalu pergi. Tahun 2010 sampai 2020 ni juga tahun terakhir umur aku berangka 20 an 😊

Nak taip luah panjang² 10 tahun pengalaman umur 20 an ni tak berapa helok, jadi kita luah kat Allah swt saja sebaik-baik pendengar dan penenang hati dan jiwa kita yang banyak kali on off mati ni. 

Doakan aku kembali balik dekat ngan jalan yang Allah swt redho. Jalan yang pernah aku jumpa dan ikut dulu. Rindu, hanya Allah swt saja yang tahu. Semoga Allah swt terima hamba hina ni semula.

Aku tak tahu sama ada manusia² yang berkait dalam cerita hidup aku selama 10 tahun ni baca ke tak apa aku taip ni. Sebab aku perati semua buat hal masing-masing.

Kalau korang singgah stalk aku lagi bagus. Ada yang aku nak sampaikan. Sejak korang muncul dalam hidup aku serius banyak ajar aku jadi manusia yang lebih berani, kuat, dan bersedia.

Tapi apa yang sangat sedih aku punya jiwa jadi keras. Sebab sakitnya tu tak pernah aku terfikir aku akan hadap. 

Apa pun yang lepas biarlah berlalu. Macam orang lain kata, boleh maafkan, tapi melupakan tu bukan kuasa kita nak hapus² macam tu ja.

Kita ni insan, lemah itu kekurangan kita. Kenangan manis atau pahit akan singgah lalu bila-bila masa dalam fikiran kita.

Sebab tu aku selalu ingatkan, kalau boleh jangan tinggalkan kesan hitam dalam hidup orang lain. Yang hadap sakit tu nak tanggung bukan diri engkau, tapi orang tu.

Traumanya, takutnya, downnya bila teringat hanya Allah swt saja yang mampu bantu manusia lemah yang korang buat sesuka hati ni.

Aku harap korang tak ulang silap korang. Ok andainya Allah swt takdirkan korang baca entry aku ni. Dengan rendah hati, sepenuh hati

AKU WAHIDAH BINTI MD ESA NAK MINTA MAAF BANYAK-BANYAK KALAU ADA TERKUTUK, TERSEBUT NAMA KORANG BILA AKU TERINGAT BENDE² PAHIT YANG KORANG BUAT KAT AKU.

SELALUNYA SEMUA NI AKAN GANGGU EMOSI AKU BILA ADA YANG CARI PASAL DENGAN AKU, SAKITKAN HATI AKU. TAKAT SIKIT AKU OK, TAPI SEBABKAN MELAMPAU AKU JADI JEM. 

AKU DAH MAAFKAN SEGALA SALAH SILAP KORANG PADA AKU, DAN SEMOGA KITA SEMUA TAK ULANG KESILAPAN KITA PADA MANUSIA LAIN.

DAN SEMOGA KETURUNAN KITA SEMUA TAK IKUT SEGALA YANG TAK ELOK DARI KITA, SEGALA KESILAPAN YANG PERNAH KITA BUAT.

Semoga hari-hari yang mendatang hidup kita dilimpahi nikmat iman dan taqwa, nikmat beribadah, nikmat yang diredhoi dari Allah swt

Semoga dipermurahkan rezeki kita semua untuk manfaat dunia akhirat kita, dikuatkan iman dan taqwa, pergi mengadap Allah swt dalam keadaan yang baik 

Dan semoga tempat akhir kita adalah syurga Allah swt yang abadi nan indah. Disatukan kita semua, dihimpun bersama. 

ﺁﻣِﻴْﻦُ ﻳَﺎ ﺭَﺏَّ ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﻴْﻦ

Cehhh gambar makan aiskrim tu tahun 2009 sebenarnya wakakaka. Tahun 2010 gambar gone sebab laptop sudah gone. Selamat Tinggal 10 Tahun Penuh Suka Duka 2010-2020 Dalam Kenangan.

Comments

P O P U L A R

KELEBIHAN KALIMAH LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TINGGAL DI KONDOMINIUM

JAJAN KANAK² ZAMAN 90-AN CORN STIK BBQ PALING SEDAP 🌽

LAGU NASYID MENENANGKAN HATI

PELIHARALAH DIRIMU WAHAI WANITA DARI MATA LIAR LELAKI

Petikan Skrip Dari Filem Bohsia 2

PENGALAMAN SERAM SEPANJANG DUDUK DI ASRAMA

UNIKOP DALAM KENANGAN

19 Perpustakaan Tercantik Di Dunia (Photo by Will Pryce)

TITIAN KEJAYAAN LAGU MOTIVASI ZAMAN SMTKS