PENGALAMAN MASUK ALAM PEKERJAAN SELEPAS SPM KENANGAN BEKERJA DI KEDAI PAKAIAN OPTIMO PLAZA ALAM SENTRAL SHAH ALAM

2009

Lepas cuba larikan diri dari masuk Giat Mara dalam bidang jahitan, aku decide untuk ikut kawan aku cari kerja dekat Plaza Alam Central Shah Alam.

Ingat lagi keluar cari kerja dengan si kembar, Haziqah kawan form 1 aku. Terpisah kejap kami masa form 4 dan form 5 sebab masing² masuk Sekolah Teknik. Syukur Allah sambungkan ukhwah.

Cari punya cari, tanya punya tanya. Sekali satu kedai ni memang perlukan ramai pekerja tambahan, Kedai Pakaian OPTIMO.

Ingat lagi sorang kawan aku Norzie pernah kerja sini masa lepas PMR. Nampak menarik kedai ni. Semua pakaian wanita ja yang dijual. Besar kedainya ada dua lot.

Alhamdulillah rezeki aku ngan Eqa dapat mula kerja esoknya. Mula la memikir esok nak pergi macam mana.

Last² decide bawa moto, parking kat rumah Eqa then jalan kaki ke Bus Stop seberang jalan besar sana. Naik bas mini cute. Tambang 0.80 sen tak silap masa tu.



Macam ni la bas mini berangin ja naik


Masuk kerja mesti kena briefing dulu, kena repeat setiap tugas yang kita dapat haritu. Aku dapat jaga kat bahagian pakaian wanita bersaiz besar ngan pakaian ibu mengandung.

Seronok juga cuma penat kena berdiri dari pagi 10.30 pagi sampai malam. Rehat sejam gitu. Pagi² pergi kerja mesti beli kuih muih 2 3 biji.

Buat alas perut. Ingat lagi makan waktu rehat pekena Nasi Goreng Kampung, Nasi Ayam atau Tomyam. Masa tu Food Court elok lagi.

Kadang tak makan pun, just beli roti kat Kedai Kek a US u The Store. Masa tu kenal Kak Zana, Kak Amoi, Kak Ita, baik² semuanya.

Tak lama lepas tu kena transfer masuk pula kat bahagian pakaian wanita yang lebih trendy, fashion meletop sikit.

Dengar cte drama tv pun dapat tajaan dari Kedai Pakaian OPTIMO ni. Pernah juga nampak artis masuk kedai ni usha pakaian, Akma AF. Tapi paling kerap jumpa nyah hahahaha.

Sejak ditukar kat sebelah tu lagi bertambah kawan², Afifah budak sekolah aku yang lama Seksyen 19, kawan² baru yang lain, Echa, Chepa, Nana, Kak Azie, Kak Maria.

Ya Allah rindunya. Kak Azie ngan Kak Maria memang lost contact sungguh. Sedihnya hati. Allah sahaja tahu. Seronok sangat dapat kenal ngan Echa, Chepa ngan Nana.

Dorg ni macam aku ngan Eqa la kenal dari sekolah. Kira depa bestfriend sebab mak bapak masing² pun kenal. Echa ngan cara dia, Chepa ngan Nana pun ada watak masing².

Unik membe baru aku. Chepa kelakar, kalau dia gelak satu Mall tu boleh dgr. Hahaha. Kalau Echa pendengar yang setia, ceria, suka buat lawak, macam² aku luahkan kat Echa.

Kira jadi kawan baik la senang cte. Nana lembut ja orangnya hehehehe. Bulan 1 semua kekal kerja, pastu tak lama pastu sorang demi sorang berhenti. Chepa paling lama. Setia.

Aku pun ada berhenti pastu kerja semula bulan 5 tak silap. Masa ni Eqa ajak Ima cari kerja semula. Sorg dapat kerja kat PKNS, sorg lagi kat Kedai Pakaian Canggih tak jauh dari tempat aku.

Cuma suasana masa tu agak suram, sebab Echa dah tak kerja, Nana pun sama. Tinggal aku ngan Chepa.

Aku fikir nak cari duit poket ja tu aku decide kerja semula walau sebenarnya tak berapa selesa ngan hakak² yang pangkat tinggiiii tu.

Aku kuat pun sebab ada Chepa, ada Kak Zana, ada Nurul. Teman gelak² aku. Pergi kerja beranikan diri sebulan lebih bawa moto. Hehehe.

Pernah sekali tu malas isi minyak, amik kau nasib dah sampai lepas palang masuk moto, minyak habis, moto stop enjin hahaha.

Adoiii bengong betul. Kena pakai kaki daaaa. Malam tu kebetulan aku ngan Kak Zana boleh balik awal, aku minta Kak Zana punya family tolong bawa kan minyak sikit.

Ya Allah lega betul. Ingat lagi balik dari tu terus tukar baju g cc. Nak usha MySpace hahaha. Masa tu dok seronok sangat sms dengan sorg tu.

Zaman tu kalau cuti kerja memang singgah cc ja. Dok upgrade MySpace tak abih². Update UPU, bila tau tak dapat UPU apply Kolej Swasta. Taknak kalah, pasang juga impian nak masuk UITM one day nanti.

Kawan² kerja aku teruskan berhubung. Masa tu sms sahaja pengubat rindu. Masing² dengan pilihan tempat belajar masing².

Kenangan yang kita semua cipta masa kerja kat OPTIMO tak akan lupa sampai bila². Masa tu kita comot, kita diperlekehkan oleh orang yang sombong.



Tempat kenangan zaman muda mudi


Tapi masa tu juga sangat berharga pengalamannya, kita mula belajar faham macam mana bapa kita susah payah cari duit kerja siang ke malam.

Kita sedar sangat, bukan mudah nak dapatkan duit. Bila dapat gaji basic RM650 punyalah seronok. Siap beli nset kesukaan walau second hand pun.

Dapat lagi komisen ot segala belanja family pula. Allah. Rindunya masa lalu. Terima kasih atas pengalaman.

Syukur kau kenalkan aku dengan sahabatku Echa, Chepa, Kak Zana dan lain². Semoga mereka sentiasa di bawah perlindungan Kau Ya Allah.

Walau jauh kenangan tu semua tinggalkan kita, tapi tetap segar dalam ingatan gelak tawa kita semua.

UPDATE 2020

Raya haji Ogos haritu lepas spent time dengan keluarga, aku decide ajak suami aku ke Plaza Alam Sentral. Teringin nak makan Nasi Ayam Penyet kat Dapur Penyet.

Last pergi tahun 2017 dulu. Aku nak pergi lagi sekali. Hati aku rindu kenangan lama. Kenangan zaman muda remaja.

Rindu sahabat-sahabat semua. Tak dapat jumpa, dapat pergi tempat kenangan pun jadilah. Besar rahmat suami boleh bawakan, layankan. Alhamdulillah.

Tapi tu la terlalu banyak dah yang berubah....




Terhapus kenangan huhu. Optimo in memory, banyak lagi kedai dah takda. Pape pun semoga semua yang pernah menapak bisnes kat Plaza Alam Sentral ni baik-baik saja.

Semoga semakin maju bisnes korang walau di mana pun korang berada. Aku rindu Kak Azie, sampai sekarang lost contact. Lost contact terus Kak Azie tukiar no phone.

Kak Azie kalau Kak Azie baca entry saya ni minta akk contact saya ya. Semoga Allah SWT izinkan aku jumpa Kak Azie sekali lagi. Aamiin...

Syukur sahabat lain aku masih berhubung di Facebook. Alhamdulillah. Dari kawan kerja terus jadi kawan baik. Hehehehe.

Aku doakan semuanya happy, berjaya dunia dan akhirat. Aamiin Ya Rabbal'alamin. Terima kasih Allah atas pertemuan :)

وحيده

Follow us on Pasemboqtempe Channel
https://www.youtube.com/user/satu0111

Comments

P O P U L A R

KELEBIHAN KALIMAH LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TINGGAL DI KONDOMINIUM

JAJAN KANAK² ZAMAN 90-AN CORN STIK BBQ PALING SEDAP 🌽

PENGALAMAN SERAM SEPANJANG DUDUK DI ASRAMA

TITIAN KEJAYAAN LAGU MOTIVASI ZAMAN SMTKS

PINJAMAN PENDIDIKAN MARA PTPTN YAYASAN NEGERI DAN LAIN²

LAGU NASYID MENENANGKAN HATI

PELIHARALAH DIRIMU WAHAI WANITA DARI MATA LIAR LELAKI

Petikan Skrip Dari Filem Bohsia 2

UNIKOP DALAM KENANGAN