Assalamu'alaikum Selamat malam semua. Post ni sesuai untuk para wanita di luar sana baca, tapi anda semua diharap jangan tak cukup nafas atau terkejut yang amat sangat lepas baca artikel ni. Kita ambil pengajaran dan seterusnya bertindak demi menyelamatkan kaum Adam di luar sana. Jangan biarkan diri kita jadi bahan bekalan dosa mereka iaitu kaum Adam. Tak lupa juga saham dosa bapa, suami, abang, dan anak lelaki kita di akhirat kelak. Seperti dalam post ini sila klik di sini 4 Lelaki Yang Akan Ditarik Wanita Ke Neraka . Usaha jangan jadikan diri kita bahan fitnah di akhir zaman ini. Artikel ni dari Ustaz Zaharuddin Abd Rahman (www.zaharuddin.net) . Ustaz bagi share artikel ni untuk kebaikan bersama, InsyaAllah. Syukran Ustaz. Moga Allah swt sentiasa datangkan kita dengan hidayah-Nya. Aamiin Ya Rabbal'alamin... ____________________________________________ Bahaya Nafsu lelaki ( Kandungan ini akan memaparkan satu petikan artikel yang dihantar melalui email kepada saya ole...
Siapalah yang taknak stay kat perumahan jenis mewah macam kondominium betul tak? Aku percaya tentu ramai kat luar sana teringin nak tinggal kat kondo. Macam² kemudahan tersedia. Swimming pool, ada gym, ada playground, ada tempat bersukan khas. Korang mesti tertanya² macam mana environment bila tinggal kat kondo ni. Best ke tak? Apa kurang lebihnya. Sebelum tu kalau korang jenis suka tengok video boleh layan video kami ya. Aku buat versi video dulu sebenarnya untuk tajuk ni. Ni aku kongsikan kat blog khas buat korg yang lebih suka membaca dari tengok video. Bukan apa video pon kemain panjang 22 minit hahaha! KELEBIHAN TINGGAL DI KONDOMINIUM SISTEM KAWALAN DAN KESELAMATAN YANG BAGUS Setiap kondominium memang akan ada pondok pengawal, guard house omputih habaq. Segala kereta atau individu yang masuk semua kena main scan², setiap penghuni umah akan ada kad akses. Kad akses ada dua jenis, satu khas untuk kenderaaan, satu kad akses untuk individu. Kad akses kenderaan scan bila ma...
Taman Bandaraya Pulau Pinang atau dikenali juga sebagai Taman Belia antara lokasi paling popular bagi masyarakat negeri Pulau Pinang. Masuk percuma, parking yang disediakan pun sangat banyak. Taman ni sangat luas dan dijaga dengan rapi oleh pihak yang dipertanggungjawab menjaganya. Pelbagai kemudahan yang kerajaan Pulau Pinang sediakan. Antaranya padang bola, track joging, taman permainan, alat senam, kolam mandi, dan banyak lagi. Disebabkan itu juga la ramai penduduk Penang serbu lokasi ni tiap kali cuti. Senang cerita memang automatik penuh dengan manusia. Mana taknya masuk free, kemudahan pun banyak yang menarik. Ibu bapa yang mempunyai anak-anak memang takkan lepaskan peluang bawa anak-anak ke sini. Kita juga dapat hirup udara yang segar dan nyaman. Selain tu juga ada track jungle tracking, ala-ala hiking gitu. Bila dah sampai puncak boleh tengok pemandangan alam yang sangat indah. Pencinta alam yang jenis suka teroka pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan binatang boleh la buat aktivi...
Ramadhan semakin ingin mengundurkan dirinya, tak lama lagi giliran Syawal pula mengambil alih posisi bulan mulia ini. Sempena Syawal yang bakal tiba, aku nak kongsi ucapan raya yang korang boleh hantar kat sms, wall Facebook, Twitter atau lain-lain pada kenalan-kenalan korang. Apa-apa pun sila hormat bulan Ramadhan yang masih kita nikmati sekarang. Kalau boleh hantar ucapan raya atau maaf semua tu biarlah masa dah betul-betul masuk bulan Syawal. Maksud aku malam raya nanti. Tak salah dan memang tugas kita sebagai umat Islam hormat bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan, rahmat dan macam-macam kebaikan. Renungkan dengan sebaiknya adakah diri kita layak untuk meraikan kemenangan di malam Syawal kelak apabila setelah sebulan berpuasa. Adakah cukup dan ikhlas ibadah kita di bulan mulia ini. Tanya pada diri anda :) Semoga semakin hari kita semakin matang dalam setiap perkara dan berubah ke arah kebaikan sikit demi sedikit. InsyaAllah aaminnn. Ok habis dah membebel ...
Sekali sekala suami bawa ke sini kalau malam jumaat, jumaat hari cuti kami. Dah habis siap kemas gerai di Kopitiam Pak Non termasuklah habis menyembang dan urus diri masing ² jam dah pukul 11 malam. Semua gerai makan banyak tutup waktu ni, kalau ada yang buka laki aku cerewet tak mahu g gerai gelap pastu ramai budak lelaki lepak ke apa. Dia punya cerewet kalah ceq ni hahaha, layankan aja. Tup tup p la tempat biasa ni Restoran D'Rayyan Seafood. Layan sekali sekala minuman sihat carrot susu. Menu kami pilih kalau nak cepat nasi putih, daging masak pedas, tomyam ayam, kailan ikan masin. Kalau masing ² teringin nak makan ikan siakap, kami order siakap stim sebab lebih sihat dan comfirm bebas minyak. Aku yang gemuk ni pun tak lah bertambah gemuk. Makanan di restoran ni boleh tahan sedap. Ikan siakap tak rugi cuba. Tukang masak depa ramai tau. Jangan risau makanan mesti sampai cepat. Restoran ni betul ² depan dengan Terminal Bas Sg Nibong, boleh park kereta kat tepi...
Kebiasaannya sukan tarik tali memang sinonim dengan individu yang berbadan besar. Sukan ini biasanya kita nampak berlangsung ketika upacara sukan tahunan di sekolah. Sama ada di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Ia melibatkan dua kumpulan yang mempunyai beberapa ahli bagi setiap kumpulan. Mengimbau pengalaman sebagai salah seorang pelajar yang aktif dalam sukan seperti tarik tali ni, dah semestinya membuat diri seorang wahidah tersenyum. Mula masuk sukan tarik tali ni bila cikgu nampak badan ni jenis sado, bambam gitu dari zaman sekolah rendah. Macam mana nak elak? Nampak sangat masa zaman aku sekolah dulu tak ramai budak comel-comel wakaka. Ikutkan aku bukanlah terlalu bambam. Tapi mungkin saiz badan macam aku dah cukup kriteria untuk masuk sukan tarik tali yang mencabar ni. Bila dah masuk sertai sukan ni rasa satu macam keseronokan. Feeling macam ahli sukan yang berjaya mengharumkan nama negara heee Maka setiap tahun aku akan offer diri aku sendiri. Dengan ...
Pada sesiapa yang mencari lokasi makanan yang sedap dan banyak pilihan menu salah satunya adalah Joe Cafe yang bertempat di Relau, Pulau Pinang. Kami kerap juga makan atau tapau untuk makan malam kami. Antara menu favourite kami adalah Nasi Pecel Ayam, Nasi Pecel Lele (Keli), Nasi Ayam Penyet, Nasi Lele Penyet, Sate Padang, Chicken Chop, dan Bakso. Ayam goreng untuk menu nasi nasi yang depa jual memang sedap, pekena dengan sup perghh terangkat, hanya sedap dimakan bila panas-panas. Kami galakkan anda makan di gerai depa, nikmatnya lebih sikit hehehe almaklum panas-panas, fresh gitu. Sama juga dengan menu Bakso depa. Kemain pedas terangkat kalau buh sambal khas depa. Macam kami biasa akan mix kan sambal dengan kicap manis yang depa sediakan. Selain tu, paling popular kat situ keenakan Sate Padang depa. Kuah Sate Padang ni lebih kurang macam rasa masak lemak, tapi version pekat dan pedas sangat. Makan panas-panas memang terangkat sangat. Tak pernah menghampakan. Chicken Chop ...
Kata orang jauh berjalan, luas pemandangan. Memang luas, luas pengalaman ngahaha. Sabtu ritu kami decide jejalan amik angin ke negeri Perak. Mulanya MH ajak ke Zoo Taiping tapi aku plak tak setuju pasal weekend comfirm ramai manusia. Nak nak plak dah pernah pergi, so cancel. Aku teringin nak g mandi sungai, suami aku takmau plak. Tak sama jela kami ni bab jejalan ni. Katanya takut musim cobid ni. Padahal sama ja. Wahahaha. So aku kata xpa aku fikirkan.... So kami ke Klinik Socka kat seberang jap. Amik ubat ekzema dulu. Stok dah habis. Masa tu aku sibuk ngan bisnes online. Asyik² online ja. Tak fikir lagi nak g mana, tapi kepala otak aku rindu nak g Sitiawan Perak. Mengingatkan aku zaman skola teknik dulu masa cuti skola akhir tahun form 4 g kem ibadah kat satu tempat ni. Tak tau la kat mana lokasinya huhu. Tapi betol teringin sangat nak pergi. Kesiannya hahaha. Aku kata kat suami aku gerak ke Lumut ja. Tak tahu nak ke mana. Ikutkan hati nak balik Shah Alam. Tapi wangnya krik krik....
Sumber - http://kacapermata.blogspot.com/2009/06/rentetan-peristiwa-memali satu-bukti.html Peristiwa memali mengingatkan kita pada Ustaz Ibrahim Libya atau Ustaz Ibrahim Mahmood dan kisahnya sangat menarik untuk diketahui oleh generasi masa kini terutama pemuda dan pemudi atau muslim dan muslimah sebagai pengajaran kepada kita tentang kerakusan manusia yang sentiasa mengejar dunia sehingga membelakangkan agama dan bangsa. Semoga kita memperoleh manfaat dan pengajaran yang baik dalam mengibau peristiwa berdarah ini Ustaz Ibrahim dikatakan mengajar ilmu sesat ini adalah tuduhan biasa kepada sesiapa yg tinggi ilmu agama yang tidak sehaluan dengan kerajaan dan dikatakan juga Ustaz Ibrahim mengajar yang bukan-bukan. Sedangkan jika di ikutkan, sebaik sahaja beliau menamatkan pengajian di Libya dalam kelulusan Degree beliau bekerja dengan kerajaan. Akan tetapi, beliau berkhidmat tidak lama di tempat itu kerana kesukaran beliau ingin menegakkan HAQ kerana yang BATIL teramat banyak. Dikata...
﷽ APAKAH kehebatan bangun solat di malam hari terutama di sepertiga malam yang akhir? Sehinggakan Rasulullah sanggup melakukannya sehingga kedua-dua tapak kakinya pecah-pecah, sehinggakan juga Sallehuddin Al-Ayyubi memilih mereka yang bangun malam sebagai barisan mujahidin yang paling hadapan untuk menggempur musuh. Sehinggakan juga Umar Abd Aziz berkata: "Bagaimana mata ini dapat tertutup rapat dan tenteram sedangkan ia tak tahu di mana kelak ia akan kembali di antara dua tempat" berulang-ulang. Saranan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam: Dari Abu Hurairah r.a "....Kekasihku Rasulullah telah berwasiat kepadaku agar aku tidak tidur sebelum solat witir." (HR Bukhari) Dari Abdullah bin 'Amr bin Al-'Ash radhiallahu 'anhuma katanya; Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Hai Abdullah, janganlah engkau menjadi seperti si Fulan itu, dulu ia suka sekali bangun bersolat di waktu malam, tetapi kini meninggalkan...
Comments
Post a Comment
Hablumminallah Wa Hablumminnas 🌹