Perhatian! Taktik Baru Pencuri & Perompak



Kes ini telah disahkan oleh kakitangan Shell di TTDI, yang berlaku di simpang seksyen 17, Petaling Jaya!

Baru sahaja menerima laporan kes ini daripada pasukan polis tempatan di Bangsar.

Ada taktik baru yang digunakan oleh para pencuri dan perompak & merebak ke PJ dan KL kawasan-kawasan lain.

Berhati-hatilah apabila ada penunggang motosikal menghampiri anda semasa anda sedang memandu bersendirian di dalam kereta.

Berkemungkinan, pencuri akan menyembur sejenis cecair pada tayar kenderaan anda dan seterusnya tayar anda akan mengeluarkan asap.

Apabila anda mengalami keadaan sedemikian, JANGAN PANIK! Cuba bertenang & JANGAN SESEKALI cuba berhenti dan meletak kereta anda untuk memeriksa apa yang sedang berlaku kerana ini adalah satu perangkap.

Sebaik sahaja anda keluar dari kereta anda, mereka mungkin akan merampas harta benda anda atau kereta anda atau mungkin menyerang anda.

Jadi, jika anda mengalami kejadian seperti ini, segeralah memandu ke tempat yang selamat di mana terdapat orang ramai, atau ke stesen minyak atau balai polis.

Jika terdapat kotoran pada kereta, gunakan air untuk membersihkan, itu sahaja.

Jagalah keselamatan anda sendiri, terutamanya kepada wanita di luar sana. Apa pun yang berlaku, JANGAN hanya berjalan keluar dari kereta anda! Ini merupakan kes benar yang telah berlaku baru-baru ini.

Kongsilah artikel ini kepada semua rakan-rakan anda & keluarga sebelum sesuatu terjadi kepada mereka.

*Gambar tiada kaitan dengan kes


Comments

P O P U L A R

For Sale 🔥 Hot Unit Level 22 & Fully Furnished One Foresta Condominium Bayan Lepas Penang

KENANGAN MANIS SERTAI PERARAKAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE-48 TAHUN 2005 PUTRAJAYA MALAYSIA

Sayang... Nanti Cari Lelaki Lain 😌

For Sale Well Maintained Near Sea View 🌊🏝️ Double Storey Terrace Taman Batu Bukit Teluk Kumbar Penang

Land For Sale Geran Individu Sesuai Dirikan Rumah Balik Pulau Penang 🔥👏🏻🤩

Suami Faham Agama

Kelebihan Dan Kekurangan Tinggal Di Kondominium 🏙️

12 Barisan Manusia Menuju Ke Akhirat

Lagu Nasyid Menenangkan Hati 🎧

NASI GORENG CILIPADI MENGIMBAU ZAMAN SEKOLAH TEKNIK