KENANGAN BERCUTI DI KAMPUNG SARAWAK

Semalam hari yang letih . Balik dari kerja terus kemas beg pakaian sendiri dan tolong abah apa yang patut . Kami sekeluarga terpaksa balik berasingan .

Terbahagi kepada dua kumpulan . Hahaha . Bunyi macam lawak je . Abah , Mak , Wasie (Abang) dan Aku balik hari ini .

Sementara Kakak , Adik Wanema , Witri dan Wafiq balik kemudian iaitu pada tarikh 26 May nanti .

Oleh kerana tarikh 24 May ni bertentangan dengan paper last dorg, terpaksa lah abah beli tiket lain . Huhu . Tiket yang dah di booking dari tahun lepas ni abah beli dengan harga promosi .

Alhamdulillah sekali lagi dapat pulang ke kampung kelahiran Mak dan Aku . Huhu . Tak sabaq tak sabaq . Very excited u know .

Actually bulan Disember masa tu kami sekeluarga pernah balik emergency disebabkan kami dapat berita yang Atuk kesayangan kami sakit tenat .

Aku pun ingat sakit biasa -biasa masa tu . Last minute baru aku dapat tahu Atuk dah lama sakit . Lama sangat kami tak pulang kampung atas sebab-sebab tertentu . 

Tapi apakan daya , penyakit Atuk tak dapat sembuh juga dan Atuk pergi buat selama-lamanya . Sangat sedih sebab dah lah kami lama tak jumpa Atuk .

Nenek tinggal dengan Pak Cik saudara aku sekarang , nasib baik rumah Mak Cik aku dekat dengan rumah nenek boleh lah jenguk nenek .

Nenek pun sentiasa kuat dan bertenaga , aku respect nenek aku . Masih kuat ke kebun sampai lah sekarang . Moga nenek sihat selalu . Aamin :) .

Pukul 9 pagi kami bertolak tinggalkan rumah , masa tu tinggal adik aku Wafiq . Dia sekolah sesi petang , huhu . Kesian dia tinggal sorang-sorang .

Alhamdulillah perjalanan selamat sampai ke Lapangan Terbang LCCT tu (entah betul ke idak) . Sebelum tu Abah ada singgah rumah sahabat baik dia. Then Pak Cik Ishak naik sekali dengan kami .

Dah sampai situ Cik Ishak ambil kereta abah . Simpan sementara kami bercuti . Huhu . Rasa macam lain pula bila 4 orang je balik . Tak seriuh balik ramai-ramai . Huhu (Rindu adik-adik sebenarnya) .

Oleh sebab  kami tersampai awal , maka tunggu lah kami lama-lama sikit kat airport ni . Tapi tak dak masalah pun . Huhu . Takut perut lapar , aku standby beli pau 4 biji .

Semua dapat sorang satu . Alolo tomey je tengok mak dengan baju dia . Huhu , macam anak dara dah mak aku . Aku dengan abang aku berdua (hahaha) merasa sekejap macam mana ada dua beradik je . Best juga cuma rasa sunyi sikit . 

Flight sepatutnya 11.45 pagi tapi jadi delay . Lambat setengah jam . Takpe lah janji dapat bertolak dan sampai dengan selamat wahahaha . Masa naik flight tu langsung takde masalah .

Sedap dah duduk tiba-tiba sorg pramugara ni minta tukar tempat duduk pula dah . Hahaha . Amboiiii . Ikut sahaja lah walau macam em² juga. Oh rupa-rupanya tadi family with baby duduk dekat sebelah pintu kecemasan ni.

Kanak-kanak dan orang tua kan tak dibenarkan duduk dekat dengan pintu kecemasan . Patut le . Ha ... Tak kisah pun asalkan dapat duduk tepi tingkap . Hahaha . Cuma sedih sebab terpisah dengan Mak dan Abah .

Aku duduk sebelah Wasie (Abang) . Oh ! Alamak pau ada kat Mak . Em lapar la aku nanti . Kalau no choice terpaksa lah membeli makanan AirAsia yang mahal tu . Wakaka .

Ha sangat teruja dengan pemandangan yang cantik dari dalam flight . Huhu . Subhanallah banyak kali dalam hati . Tak lama lepas tu aku beli makanan , melantak dengan Abang Wasie kte . Hihi .

Sedap memang sedap , harga pun sedap juga . Sebab lapar aku malas nak fikir harga . Sekejap je penerbangan ke Kuching 1 Jam 45 Minit

Tapi boleh tahan seronok juga sebenarnya . Sampai gegendang telinga nak meletup sebab duduk dekat sangat dengan sayap . Wahahaha .




Sampai ja Airport Kuching dah selesai semua kerja , kami naik kereta Pak Cik kami. Pak Cik Georgy la harapan kami untuk ambil hantar kami ke Airport . Huhu .

Ada singgah dekat Pasar Serian . Mak dan Abah borong beli lauk untuk dimasak dan sayur-sayur . Lepas membeli teruskan perjalanan .  Sampai tadi kat Airport Kuching dalam pukul 2 petang macam tu .

Alhamdulillah kami selamat sampai kampung kami jam 4 petang lebih . Haa . Rasa macam baru je lagi mai kampung ni . Banyak juga perubahannya.

Salam nenek dan angkat barang masuk ke rumah . Uhh sangat letih macam seolah-olah aku yang drive . Huhu . Mak sibuk kemas bilik ,  aku tolong abah memasak kat dapur . Ohh letih³ .

Petang-petang sikit hujan yang di iringi guruh pun mai . Tak lama sikit lepas tu pappp! Lampu terpadam . Blackout 1 kampung maaa . Lama juga , sampai malam .

Aku tertidur sampai lah malam , al maklum lah ABC . Sedap juga tidur kat kampung . Malam-malam kuarkan laptop try online . Huhu tak sangka boleh online . Yeay! 

وحيده

Follow us on Pasemboqtempe Channel
https://www.youtube.com/user/satu0111

Comments

P O P U L A R

BAHAYA NAFSU LELAKI 🔥

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TINGGAL DI KONDOMINIUM

TAMAN BANDARAYA PULAU PINANG LOKASI RIADAH PALING CANTIK, BERSIH, SELESA DAN BANYAK KEMUDAHAN

RESTORAN D'RAYYAN SEAFOOD SUNGAI NIBONG PULAU PINANG

KELEBIHAN KALIMAH LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH

KOLEKSI AYAT-AYAT UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI

CARA JAWAB SALAM YANG DIKIRIM MELALUI ORANG TENGAH

SUKAN TARIK TALI YANG MENYERONOKKAN

JOE CAFE RELAU PULAU PINANG

AYUH KEMBALI KE SEKOLAH