ALLAH SWT MELAKNAT KAUM LUTH YANG MELAKUKAN HOMOSEKS DAN LESBIAN SEHINGGA MENYIKSA MEREKA 👐

BISMILLAH

Ramai dari kita lupa bahawa laut mati ada kisah yang harus menjadi tauladan pada kita, kisah dimana kaum lelaki suka pada lelaki. Kisah nabi Lut dan kaumnya ada dalam quran. Lihat surah Hud ayat 80, Nabi Lut berkata: “Kalaulah aku ada kekuatan untuk menentang kamu, atau aku dapat bertumpu ke sesuatu tempat bertahan yang kuat (dari penyokong-penyokong, tentulah aku akan membinasakan kamu)”.

 Kemudian Allah Utus Jibril untuk tengelamkan kota mereka, kesannya ada sampai hari ini, dan ini lah di namakan Laut Mati. Dalam surah Hud ayat 81, Allah utus Malaikat, maksudnya, “Mendengarkan yang demikian tetamunya berkata: “Wahai Lut! Sesungguhnya kami (adalah malaikat) utusan Tuhanmu. Kaum engkau yang jahat itu tidak sekali-kali akan dapat melakukan kepadamu (sebarang bencana). Oleh itu, pergilah berundur dari sini bersama-sama dengan keluargamu pada tengah malam, dan janganlah seorangpun di antara kamu menoleh ke belakang. Kecuali isterimu, sesungguhnya ia akan ditimpa azab yang akan menimpa mereka (kerana ia memihak kepada mereka). Sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk menimpakan azab kepada mereka ialah waktu subuh; bukankah waktu subuh itu sudah dekat?”

 Pelaksanaan Hukuman pada kaum Lut yang mungkar dan jahat, lihat surah Hus ayat 82, maksudnya, “Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu.

 Akibatnya Kota itu di tengelam 418m dari aras laut, Lokasi Laut mati ialah antara Jordan dan Tebing Barat. Kita kena sedar dan ambil iktibar dari kisah ini, jangan kita lalai kerana Allah maha kuasa. Jangan jadi macam kaum Lut yang homoseksual. Akhirnya mereka di tengelam begitu dasyat sekali.

 Laut Mati (Ibrani: ים המלח; Arab: البحر الميت) merupakan tasik air masin yang terletak di sempadan Jordan dan Tebing Barat. Pantainya berada di kedudukan serendah 418 m di bawah aras laut yang merupakan kedudukan terendah di atas daratan dunia dan juga tasik masin yang terdalam dengan kedalaman 330 m. Airnya mempunyai kemasinan kedua tertinggi di dunia selepas Laut Asal di Djibouti dengan kemasinan sebanyak 33.7 %. Ini lebih kurang 8.6 kali lebih masin dari laut biasa. Oleh sebab itu tiada satu pun hidupan yang boleh hidup di dalamnya dan kapal tidak boleh berlayar di atas permukaannya. Tasik ini berukuran 67 km panjang dan 18 km lebar. Cabang sungai utamanya ialah Sungai Jordan, kaum lut di tengelam di laut mati~~~

Laut Mati (Sumber • tanwir.my)

Dalam Islam, Homoseks (hubungan seks antara LELAKI dengan sesama LELAKI) merupakan satu dosa yang besar. Lebih besar ketimbang zina antara lelaki dengan perempuan. Begitu pula dengan lesbian (zina antara wanita dengan sesama wanita).

 Dalam Al Qur’an Allah melaknat kaum Luth yang melakukan homoseks dan lesbian sehingga menyiksa mereka.

 “Ketika Luth berkata kepada kaumnya: “Sesungguhnya kamu benar-benar mengerjakan perbuatan yang amat keji yang belum pernah dikerjakan oleh seorangpun dari umat-umat sebelum kamu
 Apakah sesungguhnya kamu patut mendatangi laki-laki (homosex), menyamun dan mengerjakan kemungkaran di tempat-tempat pertemuanmu? Maka jawaban kaumnya tidak lain hanya mengatakan: “Datangkanlah kepada kami azab Allah, jika kamu termasuk orang-orang yang benar.” [Al 'Ankabuut 28-29]

KREDIT • Penulis

Comments

P O P U L A R

KELEBIHAN KALIMAH LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH

BAHAYA NAFSU LELAKI 🔥

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TINGGAL DI KONDOMINIUM

KOLEKSI AYAT-AYAT UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI

PINJAMAN PENDIDIKAN MARA PTPTN YAYASAN NEGERI DAN LAIN²

PELIHARALAH DIRIMU WAHAI WANITA DARI MATA LIAR LELAKI

Apakah Titian Sirat ?

CARA BELI KERETA TANPA PENJAMIN UNTUK INDIVIDU YANG BEKERJA SENDIRI 💡

CARA JAWAB SALAM YANG DIKIRIM MELALUI ORANG TENGAH

TAMAN BANDARAYA PULAU PINANG LOKASI RIADAH PALING CANTIK, BERSIH, SELESA DAN BANYAK KEMUDAHAN