Memori Ulam Pegaga

Semalam ada urusan di Selangor. Singgah kebun Abah di Shah Alam sementara tunggu urusan di petang hari. Abah pun lama sangat tak pergi kebun legend nya hehe. Sampai sampai seronok tengok berlambak mekar pegaga. Kita dah la peminat ulam pegaga. Apa lagi... Kutippp

Tengah aku kutip. Mula dah, hafiz ni dari Penang sampai Batu Pahat, dari Batu Pahat dalam perjalanan singgah rnr, semuaaaaa ada kenangan dengan dia. Penangan buat lalamove sama-sama hahaha. Sampai aku pergi kebun Abah ni, tengok pegaga ni pun berkait dengan arwah.

Ada kenangan januari 2022 dulu. Kami sekeluarga lepak kebun Abah. Yang aku ni saja bergurau bagi la 'bunga' pegaga kt hafiz. Balut dengan daun pisang. Kreatif la konon. Hahaha bini kau mmg romantik. Yang arwah pun layankan ja bini nye 🤣🍀💐

🤭

Rindunya kat abang...

🍀

Kekuatan yang ada pada diri ketika ini tak pernah aku terfikir aku mampu lakukan
Dulu berulang kali aku katakan, aku pasti akan gila tanpa kau di sisi
Tetapi akhirnya, kerana terlalu cinta dan sayang ku pilih untuk terima dan kuat berdiri
Kerana aku dah berjanji sejak awal pertemuan, akan aku lakukan yang terbaik untukmu wahai kekasih yang amat aku cintai...

Pedih.. Tetapi, demi Allah bauan akhir hidupnya sangat harum, aku menjadi saksi. Akhirnya aku tersenyum dalam tanggisan. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah...

انا لله وانا اليه راجعون

اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه

  🤲🏻 آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ 

Jumaat
13 Ramadan 1446H

وحيده مد عيسى


Join us
t.me/wahidahbmecom (Link Blog) 
t.me/AhzaHartanah (Property Listing) 
t.me/KhiyarMall (Shopee Best)


Comments

P O P U L A R

For Sale 🔥 Hot Unit Level 22 & Fully Furnished One Foresta Condominium Bayan Lepas Penang

KENANGAN MANIS SERTAI PERARAKAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE-48 TAHUN 2005 PUTRAJAYA MALAYSIA

Sayang... Nanti Cari Lelaki Lain 😌

For Sale Well Maintained Near Sea View 🌊🏝️ Double Storey Terrace Taman Batu Bukit Teluk Kumbar Penang

Land For Sale Geran Individu Sesuai Dirikan Rumah Balik Pulau Penang 🔥👏🏻🤩

Suami Faham Agama

NASI GORENG CILIPADI MENGIMBAU ZAMAN SEKOLAH TEKNIK

MENGUATKAN AKAR RAMBUT

NASI CAMPUR MURAH & SEDAP DI FOOD COURT TESCO EXTRA SUNGAI DUA GELUGOR PULAU PINANG

PELIHARA KELUARGAMU