Memori Pelukan Akhir
Tak perasan arwah pernah post status macam ni. Ke aku yang lupa. Tengah berdebar la tu nak kena lafaz akad nikah. Hehe. Syukur alhamdulillah dengan sekali lafaz ja kami sah jadi suami isteri.
Rasa macam baru ja kenal arwah. Dari seorang sahabat kepada seorang suami. Hampir setiap masa sentiasa bersama. Meniaga sama-sama, lepas tak meniaga pun tak pernah berjauhan. Sambung pula kerja sama-sama.
Cuma pernah separuh hari saja tak bertemu tak tidur sama sebab nak pergi kenduri kahwin kat Shah Alam. Tu pun kalut mengada-ngada whatsapp suami.
Kalau arwah pergi kerja lalamove kereta atau motor buat sorang-sorang kalut la bini dia ni bagi reminder suruh drop live location. Perati ja setiap bape minit kat mana suaminya ada.
Aku memang isteri yang kalut, tak reti biar suami sorang-sorang. Arwah naik lemas haha. Sampailah arwah dah takdak pun, aku taknak laki aku sorang-sorang aku p follow encik yang bawa jasad arwah yang nak kena bawa masuk bilik mayat tu.
Ikutkan hati nak ja masuk bilik mayat tu. Aku yang penakut ni jadi auto tak penakut, sebab sayang punya pasal. Dapat tunggu depan bilik mayat pun jadilah.
Itu yang banyak kali kata kat arwah macam mana ek nak hidup tanpa abang. Kau takda depan mata aku pun aku ni kalut. Yang tau tu tau la haha. Tapi tu la, kerana cinta juga aku taknak suami aku sedih. Kena juga kuat. Arwah meninggal pula bukan main ye, Masya-Allah special.
Pengalaman sepanjang jaga arwah sebelum meninggal dan sebelum arwah pergi sampailah dah pergi pun Masya-Allah tak pernah terfikir begini jalan yang Allah tetapkan untuk arwah dan aku. Nikmat mana lagi yang aku nak dustakan. Jadi tak perlu la bercita-cita nak jadi gila tu.
Bersyukurlah kau dah selalu melepet dengan laki kau 24jam sepanjang berkahwin. Sampai naik lemas laki kau 😆 Kisah pulak aku, janji aku puas hati. Arwah elok pulak kan dua ketui taik lalat tu manisss. Jenis badan pun 24jam wangi. Macam girl2 cara arwah, sangat bersih wangi kemas, sebelum tdoq pun arwah sikat rambut haha.
Arwah datang dalam mimpi semalam di hari Jumaat, seminggu selepas pergi. Tau la meninggal hari Jumaat, Jumaat juga dia nak jumpa bini dia ni. Datang tenangkan bini dia yang mengada-ngada ni. Aku ngadu kat dia orang semua cakap dia dah tak ada. Arwah kata semua tu mimpi ja.
Arwah peluk aku tenangkan aku, macam beberapa hari sebelum arwah pergi aku menangis sebab sedih. Cuba sembunyikan tapi gagal. Arwah nampak aku senyap ja. Arwah tanya kenapa. Aku takleh, aku nangis peluk arwah. Masa tu sedih sangat-sangat. Kami saja tahu sebab apa sedih sangat.
Aku peluk lama-lama, nangis teresak-esak. Lepaskan semuanya, macam selalu aku buat kalau aku sedih. Rupa-rupanya tu pelukan akhir paling erat dan sayu antara kami suami isteri 😭😭😭😭😭😭😭
Dalam mimpi tu arwah cakap lembut sangat-sangat. Sama macam arwah bercakap dengan aku beberapa hari sebelum arwah pergi. Lembut santun sangat 😢
Pastu dalam mimpi tu aku kalut nak rakam pakai fon yang suami aku cakap kami hanya mimpi. Aku kata sayang rakam la. Sebab nak jadikan bukti. Aku keluarkan ja fon, tau tau habis dah scene tu. Scene ke lain pula. Scene abah bawa aku pergi cari makanan.
Sedar dari tidur aku blur, loading. Lepastu baru nangis teresak-esak. Baru sedar yang suami aku takda dah. Nak jadi gila tak boleh, kang kesian kat hafiz. Jadi lepastu aku bangun pergi cuci pakaian sibukkan diri, pergi bersihkan diri. Macam biasa bila sedih sangat kita ngadu kat Allah saja la 😔Nak bagi semangat pulih ni jela cara aku.
Aku memang hanya mimpi ja jumpa arwah. Realitinya hafiz memang dah takde depan mata. Rindu sangat sampai suami pun kena tenangkan datang dalam mimpi. Itu la manja sangat ngan suami 🙄
Syukur alhamdulillah Allah swt masih bagi nikmat ada mak bapak. Sebelum kawen dulu dengan bapak le kita manja manja ahhahahaa yang tau tu tau la 😆
Arwah ni pandai tau. Selalu aku merajuk kalau arwah sebut pasal nak meninggal la, nak ikut abah la. Pasal arwah yakin aku boleh hidup tanpa dia. Hafiz tau aku manja dengan abah 😏
Dia pernah kata sayang ada Abah, ada keluarga. Mesti boleh punya teruskan hidup. Geram sungguh la bila arwah suka merepek. Sampai tak tahu dah nak cakap apa. Sebenarnya arwah tu yang boleh hidup tanpa aku. Siap nanti dalam mimpi cubit-cubit kang...
انا لله وانا اليه راجعون
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه
🤲🏻 آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
Sabtu
14 Ramadan 1446H
وحيده مد عيسى
Semoga arwah Abg ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh.. jumpa Abg dlm mimpi kirim salam tw kak.. ckp adik kirim salam.. heheheh
ReplyDeleteAamiin ya rabbal'alamin. Jazakillah adik. Hehehe geram betui la kan
DeleteBetul asbab org yg kita syg ke bilik mayat yg seram pun kita sanggup terjah….Ke Lubang kubur pun kita terjun x nk ketinggalan memberikan jasa yg terakhir.
ReplyDeletewahidahhhhh semoga Allah bagi hafiz jumpa kau selalu dalam mimpi
ReplyDelete