AKHIRNYA BERTEMU DUNIA HARTANAH

Alhamdulillah baru-baru ni buat keputusan masuk dalam bidang hartanah. Teringat tahun 2013 dulu pernah temuduga, dapat kerja tapi tak teruskan hanya sebab takut memandu kereta waja bapaku. Mana taknya dua kali gesel dengan kereta orang masa kat kuaters wakakaka. 

Sepanjang tempoh dah berkahwin ni tak terfikir pun nak join hartanah sebab sibuk tolong Muhamad Hafiz di kedai. Fokus majukan kehidupan suami tercinta, alhamdulillah apa yang diimpikan dah tercapai. Sampailah jadi covid ni serta merta aku berhenti tolong suami.

Terus berbisnes online, mencari dan mencari bisnes apa yang membantu. Sesekali perhati juga sahabat-sahabat yang masuk dalam bidang hartanah ni. Ada yang dah bertahun, ada yang baru ja join. Memang ada keinginan.

Sampai satu tahap rasa macam tertampar, sebab sales meniaga online ni memanjang takde perubahan. Plus aku fikir macam mana caranya aku nak kerap jumpa Mak Abah bila depa dah berpindah kat Batu Pahat nanti. How? Dari sini la aku tekad join hartanah ekekeke



Syukur perlahan-lahan ikut step. Alhamdulillah sekarang kerja di bawah Nilai Harta Consultant Sdn Bhd dan anak syarikat depa Saudagar Hartanah. Aku dengan bidang jualan ni memang betul-betul minat. Aku sangat berharap dipermudahkan urusan memahami selok belok dunia hartanah ni.

Terima kasih Nilai Harta Consultant Sdn Bhd beri peluang pada rakyat Malaysia yang berminat dengan dunia hartanah ni walau kami takdak sijil berkait pun. Semoga dapat memberi manfaat pada mereka di luar sana. Aamiin Ya Mujib. Aku sangat memerlukan sokongan dari korang semua.






Kalau korang atau ada kenalan korang yang nak jual hartanah atau nak beli rumah atau apa pun hartanah kat dalam Malaysia ni roger aku tau. Aku akan uruskan segalanya sampai selesai. InsyaAllah. Aku diajar dan dipantau oleh leader aku yang berpengalaman lama dalam bidang hartanah.

Doakan aku. Terima kasih korang yang sentiasa doakan yang baik-baik. Jom korang singgah page Facebook aku khas untuk JUAL BELI SEWA HARTANAH Wahidahbmeproperty.com klik link 👉 www.facebook.com/wahidahbmeproperty/




Comments

Post a Comment

Hablumminallah Wa Hablumminnas 🌹

P O P U L A R

KELEBIHAN KALIMAH LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TINGGAL DI KONDOMINIUM

Bidor Perak New Single Storey House Affordable Book Only RM100 📢

For Sale Baru & Cantik Rumah Banglo Setingkat Sungai Layar Sungai Petani Kedah

SUKAN TARIK TALI YANG MENYERONOKKAN

BAHAYA NAFSU LELAKI 🔥

For Sale Hot Location End Lot Double Storey Royale Nova Simpang Ampat Pulau Pinang

PELIHARALAH DIRIMU WAHAI WANITA DARI MATA LIAR LELAKI

TITIAN KEJAYAAN LAGU MOTIVASI ZAMAN SMTKS

Yang Tertutup Itu Indah