SUKAN TARIK TALI YANG MENYERONOKKAN
Kebiasaannya sukan tarik tali memang sinonim dengan individu yang berbadan besar. Sukan ini biasanya kita nampak berlangsung ketika upacara sukan tahunan di sekolah.
Sama ada di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Ia melibatkan dua kumpulan yang mempunyai beberapa ahli bagi setiap kumpulan.
Mengimbau pengalaman sebagai salah seorang pelajar yang aktif dalam sukan seperti tarik tali ni, dah semestinya membuat diri seorang wahidah tersenyum.
Mula masuk sukan tarik tali ni bila cikgu nampak badan ni jenis sado, bambam gitu dari zaman sekolah rendah. Macam mana nak elak?
Nampak sangat masa zaman aku sekolah dulu tak ramai budak comel-comel 😆 Ikutkan aku bukanlah terlalu bambam.
Tapi mungkin saiz badan macam aku dah cukup kriteria untuk masuk sukan tarik tali yang mencabar ni.
Bila dah masuk sertai sukan ni rasa satu macam keseronokan. Feeling macam ahli sukan yang berjaya mengharumkan nama negara heee
Maka setiap tahun aku akan offer diri aku sendiri. Dengan penuh keyakinan aku bagi nama kat cikgu. Mesti cikgu rasa seronok dapat anak murid satu rumah sukan dengan aku. Ceh perasan!
Sampailah aku masuk sekolah menengah form 1 hingga form 3 kat Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19 Shah Alam pun aku masih berminat nak sertai sukan tarik tali ni. Memang suka cabar diri sendiri. Ecehh
Bila masuk form 4, sekolah asrama jadi slow sikit bersukan. Kalau ada bersukan pun memang terpaksa masuk. Masa main futsal minggu orientasi. Kena tahu geng, 2 kali aku berjaya gol (show off jappp) 😏
Seingat aku, masa masuk Sekolah Menengah Teknik Kuala Selangor memang lain dari lain, terkejut juga banyak aktiviti yang selalu buat kat sekolah lama jadi tak ada kat SMTKS.
Contoh macam pertandingan kawad kaki peringkat sekolah, merentas desa, sukan tahunan yang semua pelajar wajib sertai. Serius masa form 4 tak ada pun. Naik form 5 ja tiba-tiba yang tak ada jadi ada semula. Kita pun tak tahu kenapa begitu awak...
Masa form 5 ni aku antara pelajar yang aktif, walaupun terpaksa tanpa rela tapi aku seronok sebab sahabat-sahabat aku suka bagi semangat. Selalu hiburkan hati. Itu jela alasan sebab apa aku masih bertahan jadi pelajar aktif. Teruk betul ek terpaksa 😌
Sebab tu jugalah aku aktifkan diri dalam sukan yang aku suka macam tarik tali, dah alang-alang tahun terakhir berstatus pelajar sekolah jadi aku offer la diri jadi salah seorang wakil rumah sukan aku.
Paling tak boleh dilupakan kenangan form 5 ni, tak pernah pernah jadi orang yang terakhir kena belit tali kat badan tu, for the first time aku terpaksa jadi sebab member yang sepatutnya di posisi tu dah lemah.
Dah la lawan kepada rumah sukan aku kat posisi lilit tali tu orangnya tinggi, besar macam badan orang lelaki. Aku seram 😆 tapi aku usaha jela sehabis daya. Akhirnya tetap kalah! Hahahahaha 😌
Yang aku tahu bila main tarik tali ni, kaum wanita tak boleh ajet cun lemah lembut. Jenis aku ni dari zaman kanak-kanak memang kasar, jenis lasak tapi yang ada hadnya la.
Takat tarik tali aku memang takde hal. Tapi jangan berkait dengan sukan lasak bab tinggi-tinggi, air-air ke... Maaf memang aku lemah bab ni.
Kalau dah namanya tarik tali memang kena keluarkan habis-habisan tenaga yang ada. Kerjasama pun penting sangat. Kena ada sorang wakil yang bagi arahan.
Seingat aku masa peristiwa jadi tukang lilit tu aku jenis segan bagi arahan, rasanya orang lain yang bagi arahan. Ke memang takde. Lupa dah berbelas tahun yang lalu 🤔
Aku dah usaha sehabis tenaga, tetap kalah sebab lawan pasukan kami tak dinafikan memang hebat 💪🏻 Maka dapatlah nombor dua. Pun jadilah kan dari tak ada langsung.
Apa-apa pun pengalaman ni yang paling rare dan paling akhir aku dapat rasa. Bila dah keluar sekolah mana ada dah pertandingan sukan tarik tali. Rindu betol.
Aku tak minat berlari, samalah juga dengan lompat tinggi. Serius memang paling benci. Faham-faham jela badan berat nak lari memang pancit 😏
Masuk sekolah teknik paling best sebab boleh cheat dari lompat tinggi. Bahagia betul hidup! Form 4 pulak tak ada merentas desa. Feel free sangat!
Seingat aku masa form 5 ja ada merentas desa. Itupun lepas semua dah settle, balik je asrama ramai cari aku untuk minta diurut 😂 ramai kaki jadi jem, jadi sakit terutama yang jenis bukan budak sukan.
Rindukan zaman sekolah?
Walaupun masa tu macam entah apa-apa la kena paksa berlari, lompat tinggi, merentas desa, jogathon ke apa bagai, tapi semua tu tetap kita semua rindui sebab itulah kenangan kita dengan cikgu-cikgu dan kawan-kawan. Paling banyak gelak tawa...
وحيده مد عيسى
t.me/wahidahbmecom (Link Blog)
t.me/AhzaHartanah (Property For Sale)
t.me/KhiyarMall (Shopee Best)
Best zaman sekolah 😀
ReplyDeleteBetul tu 😊
Delete