MAJALAH iSIHAT JULAI 2018 LEPASKAN RASA NEGATIF ITU 💆





Kadang baca artikel dalam majalah depan mata lebih puas berbanding dalam handphone. Teringat pula zaman remaja dulu suka benor beli komik atau majalah sanggup simpan duit belanja untuk beli komik aku minat macam G3

Kalau majalah favourite aku pula ha majalah KLIK sebab boleh dapatkan lirik lagu paling latest. Paling minat majalah LIBUR tapi jarang dapat beli. Aku minat sangat² tengok pulau pasir kemain putih suci.

Berangan selalu sangat nak pergi bercuti, huhu. Masa tu sedor diri la tak akan dapat pergi tempat² indah macam tu. Tapi rezeki siapa yang tahu kan, ALLAH SWT izinkan aku pergi tengok antara keindahan pulau ciptaan DIA.

Tahun lepas dapat pergi Pulau Redang kat Kuala Terengganu. Masya ALLAH seronoknya rasa hati masa tu. Pergi dengan suami tercinta pula. Suami jenis kepala macam kita kuat berjalan. Tak pernah bayangkan dapat suami sekamcing MH.

Aku kalau menaip memang suka lari tajuk. Jauh menyimpang uii. So aku nak share antara tajuk² menarik dalam majalah isihat julai 2018 yang boleh kita ambil sebagai ilmu pengetahuan tentang kesihatan dalam kehidupan seharian

• 6 SEBAB ANDA SENTIASA DAHAGA
• BOLEHKAH MAKAN MAKANAN LUPUT TARIKH YANG MASIH ELOK?
• BEBAN KERJA PUNCA SAKIT MENTAL
• 75% SUMBER GARAM DARI MAKANAN TERPROSES!
• JANGKITAN KUMAN MUSUH PESAKIT DIABETES
• TAK SUKA BERLARI? JOM NAIK TANGGA!

Wahh nampak menarik kan? Apa lagi dapatkan segera majalah iSIHAT keluaran julai 2018 di kedai² yang berdekatan. Hanya RM6.00 sahaja berbaloi² :)

وحيده

Follow us on Pasemboqtempe Channel
https://www.youtube.com/user/satu0111

Comments

P O P U L A R

For Sale New Mont Kiara KL Luxury & Amazing Serviced Apartment 🤩🌆🏊

Kelebihan Dan Kekurangan Tinggal Di Kondominium 🏙️

Free Booking 👏🏻 New House Seksyen 30 Shah Alam Selangor 🏡

Lagu Nasyid Menenangkan Hati 🎧

Mak... Ada Orang Cium Saya 🫨

For Sale Big House 7 Bedroom 1 Store 4 Bathroom Bandar IM 2 Kuantan Pahang 😃

Only RM250k 🔥 Rumah SelangorKu 3-Storey TownHouse Sungai Buloh Selangor 😉

PENGALAMAN SERAM SEPANJANG DUDUK DI ASRAMA

25 Perkara Yang Perlu Ditinggalkan Dan Jangan Lakukan

Miow Yang Rajin Menziarahi Rumah Jiran