BISMILLAH Assalamu'alaikum Selamat malam semua. Post ni sesuai untuk para wanita di luar sana baca, tapi anda semua diharap jangan tak cukup nafas atau terkejut yang amat sangat lepas baca artikel ni. Kita ambil pengajaran dan seterusnya bertindak demi menyelamatkan kaum Adam di luar sana. Jangan biarkan diri kita jadi bahan bekalan dosa mereka iaitu kaum Adam. Tak lupa juga saham dosa bapa, suami, abang, dan anak lelaki kita di akhirat kelak. Seperti dalam post ini sila klik di sini 4 Lelaki Yang Akan Ditarik Wanita Ke Neraka . Usaha jangan jadikan diri kita bahan fitnah di akhir zaman ini. Artikel ni dari Ustaz Zaharuddin Abd Rahman (www.zaharuddin.net) . Ustaz bagi share artikel ni untuk kebaikan bersama, InsyaAllah. Syukran Ustaz. Moga Allah swt sentiasa datangkan kita dengan hidayah-Nya. Aamiin Ya Rabbal'alamin... ____________________________________________ Bahaya Nafsu lelaki ( Kandungan ini akan memaparkan satu petikan artikel yang dihantar melalui email kepad
﷽ "Dari Ubadah Bin ash Shaamiti Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud... Barangsiapa bersaksi mengatakan Lailahaillah Muhammadarrasulullah..Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan ALLAH.. dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh ALLAH, maka ALLAH akan mengharamkan neraka baginya.." "Rasulullah pernah bersabda...Pernah pada suatu hari, sedang Nabi duduk dalam keadaan susah, maka datang Jibrail kepadanya lalu berkata..Wahai Muhammad, apa erti kesusahan, sedangkan ALLAH swt telah memberikan kepada ummat mu lima perkara dan ia belum pernah memberikan kepada seorang sebelum engkau iaitu.... 1. Allah berfirman yang bermaksud " Aku disisi hambaKU ialah aku mengikut sangkaannya terhadapKU..dan ALLAH tidak menyalahi sangkaan hamba terhadapnya.. 2. Barangsiapa yang menutup keaiban orang lain di dunia. Maka ALLAH akan menutup keaibannya di akhirat kelak.. 3. Tidak ditutup pintu taubat ke atas umat engkau..selagi mana nyawanya belum sampai ke g
Siapalah yang taknak stay kat perumahan jenis mewah macam kondominium betul tak? Aku percaya tentu ramai kat luar sana teringin nak tinggal kat kondo. Macam² kemudahan tersedia. Swimming pool, ada gym, ada playground, ada tempat bersukan khas. Korang mesti tertanya² macam mana environment bila tinggal kat kondo ni. Best ke tak? Apa kurang lebihnya. Sebelum tu kalau korang jenis suka tengok video boleh layan video kami ya. Aku buat versi video dulu sebenarnya untuk tajuk ni. Ni aku kongsikan kat blog khas buat korg yang lebih suka membaca dari tengok video. Bukan apa video pon kemain panjang 22 minit hahaha! KELEBIHAN TINGGAL DI KONDOMINIUM SISTEM KAWALAN DAN KESELAMATAN YANG BAGUS Setiap kondominium memang akan ada pondok pengawal, guard house omputih habaq. Segala kereta atau individu yang masuk semua kena main scan², setiap penghuni umah akan ada kad akses. Kad akses ada dua jenis, satu khas untuk kenderaaan, satu kad akses untuk individu. Kad akses kenderaan scan bila masuk dan k
﷽ Malam pasangannya siang, Jaga pasangannya tidur, Rajin pasangannya malas, Dan lelaki pasangannya perempuan. Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki. Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan. Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya. Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa, semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan. Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara per
Ramadhan semakin ingin mengundurkan dirinya, tak lama lagi giliran Syawal pula mengambil alih posisi bulan mulia ini. Sempena Syawal yang bakal tiba, aku nak kongsi ucapan raya yang korang boleh hantar kat sms, wall Facebook, Twitter atau lain-lain pada kenalan-kenalan korang. Apa-apa pun sila hormat bulan Ramadhan yang masih kita nikmati sekarang. Kalau boleh hantar ucapan raya atau maaf semua tu biarlah masa dah betul-betul masuk bulan Syawal. Maksud aku malam raya nanti. Tak salah dan memang tugas kita sebagai umat Islam hormat bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan, rahmat dan macam-macam kebaikan. Renungkan dengan sebaiknya adakah diri kita layak untuk meraikan kemenangan di malam Syawal kelak apabila setelah sebulan berpuasa. Adakah cukup dan ikhlas ibadah kita di bulan mulia ini. Tanya pada diri anda :) Semoga semakin hari kita semakin matang dalam setiap perkara dan berubah ke arah kebaikan sikit demi sedikit. InsyaAllah aaminnn. Ok habis dah membebel . Sila f
Setiap antara kita mesti pernah ada pengalaman tinggal di asrama. Tak kisahlah zaman sekolah ataupun zaman IPT. Aku percaya setiap antara korang pernah merasa hadap situasi seram, cemas, kena ganggu bagai. Ngehehehehe Asrama Sekolah Menengah Teknik Kuala Selangor (2007 - 2008) Form 4 (2007) Cerita pasal kena ganggu ni la paling aku tak suka. Sebelum masuk SMTKS dulu aku memang taknak masuk hostel sebab abang aku pernah cerita dia kena kacau dengan hantu amoi hahaha. Usik dia masa dia tdoqq. Tu aku macam fikir panjang jugalah masa dapat tawaran. Sekali bapak aku marah bila aku kata taknak masuk teknik sebab takut hantu, Abah kata 'Kau tak pernah jumpa jangan nak takut², kalau pernah jumpa lainlah'. Adehhh takleh kata apa la. Abah memang suka anak dia masuk hostel, lebih berdisiplin. Nak nak bab ibadah, InsyaAllah terjaga. Hehehe aku terpaksa la masuk. Bantai ajee. Hari pertama nak tdo berpeluh² oi. Senior² bawa kuar cerita hantu plak, toyol la, hantu bungkus la, hantu locker la
Korang mesti suka ber'selfie' tapi bila hasilnya gambar berkeadaan cermin buat gambar korang tak sempurna. Betul tak? Mesti ramai kat luar sana baru tahu kita sebenarnya boleh ubah setting supaya tak jadi gambar berbentuk cermin dah. So kali ni kita nak share kat awak² macam mana langkahnya. Langkah 1 Korang klik macam biasa kat kamera phone korang. Langkah 2 Klik mode selfie pada fungsi kamera phone korang Langkah 3 Klik pada settings mode selfie. Phone ni jenama Oppo so kalau sama senang nak setting just cari ikon bulat ni ja. Langkah 4 Lepas tu korang cari ikon bentuk macam dua cermin. Daripad ' Normal Save ' korang ubah pilih ' Flip Save '. Ok siap! Ok korang boleh try ber'selfie' sekeping tengok perbezaan antara 'normal save' dengan 'flip save. Masa tengah selfie dalam keadaan 'flip save' memang kita akan nampak gambar kita dalam keadaan cermin. Tapi bila korang buka balik
"Bukan senang nak senang.." Betul sangat tu. Hihihi. Ringkaskan kisah pasal kereta ni, setelah macam² ujian bab kereta ni akhirnya dapat beli Myvi yang comel pada tahun 2018 yang lalu. Dulu awal² kahwin, tahun 2015 sempat pakai Honda Accord CA5 tak sampai setahun rosak. Dalam bulan Oktober 2015 suami beli pula Ford Laser, sempat pakai lebih setahun. Kalau nak cerita pasal kereta second hand third hand ni memang panjang jadinya nanti. Belum lagi kisah cemas hampir kehilangan duit 1k adehhh mujur dapat balik. So kita teruslah kongsi cara macam mana kita yang bekerja sendiri ni nak beli kereta original tanpa penjamin. Tujuan tak mahu ada penjamin sebab taknak susahkan sesiapa. Selagi kita boleh usaha, usaha semampu boleh. Tapi kita semua kena tahu, kalau nak beli kereta original tanpa penjamin memang tak akan dapat 0 down payment macam ramai orang dapat buat tu. Hat 0 down payment ni bayarannya biasa 9 tahun tempoh. Sesuai untuk sesiapa yang ada slip gaji, ada
Kebiasaannya sukan tarik tali memang sinonim dengan individu yang berbadan besar. Sukan ini biasanya kita nampak berlangsung ketika upacara sukan tahunan di sekolah. Sama ada di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Ia melibatkan dua kumpulan yang mempunyai beberapa ahli bagi setiap kumpulan. Mengimbau pengalaman sebagai salah seorang pelajar yang aktif dalam sukan seperti tarik tali ni, dah semestinya membuat diri seorang wahidah tersenyum. Mula masuk sukan tarik tali ni bila cikgu nampak badan ni jenis sado, bambam gitu dari zaman sekolah rendah. Macam mana nak elak? Nampak sangat masa zaman aku sekolah dulu tak ramai budak comel-comel wakaka. Ikutkan aku bukanlah terlalu bambam. Tapi mungkin saiz badan macam aku dah cukup kriteria untuk masuk sukan tarik tali yang mencabar ni. Bila dah masuk sertai sukan ni rasa satu macam keseronokan. Feeling macam ahli sukan yang berjaya mengharumkan nama negara heee Maka setiap tahun aku akan offer diri aku sendiri. Dengan penuh keyakina
﷽ Jaga lidah daripada menuturkan kata-kata tidak berfaedah, cakap kosong, mengumpat keji dan mengadu-domba. Bukanlah kita dibenarkan bercakap, tetapi jika terlalu banyak bercakap, tentulah banyak juga kesalahan yang bakal terkeluar daripada percakapan itu, dan natijahnya, banyaklah juga dosa. Pesan Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa yang banyak bercakap banyaklah kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya banyaklah dosanya dan siapa yang banyak dosanya, api nerakalah paling layak untuk dirinya.” (Riwayat Baihaqi) Jika sudah banyak dosa, maka tentulah neraka yang paling layak untuk si mulut murai ini seperti sabda Rasulullah, “Tidaklah dihumbankan muka manusia dalam neraka itu sebagai hasil tuaian (jelik) lidahnya.” (Riwayat at-Tarmizi) Imam Nawawi juga ada berpesan, kita wajar menjaga lidah daripada sebarang cakap sia-sia, kecuali jika cakap itu mendatangkan kebaikan. Apabila bercakap dan berdiam diri adalah sama saja hasilnya, maka lebih ba
yeah, like this post... semua sayang Allah...
ReplyDeleteyeah, like this post... semua sayang Allah...
ReplyDelete