PERJALANAN MENUNTUT ILMU

Semester 5 . Tak sangka dah sampai ke angka 5 ni . Sekejap masa berlalu .

Tanpa sedar dah 2 tahun belajar dan menuntut ilmu di bandar Kuantan Pahang ini .

Kuantan terkenal dengan keindahan alam semulajadi . Tempat belajar yang berhampiran dengan laut .

Kadang jika ada kelapangan menjengah sebentar untuk merasai angin laut yang menenangkan .


Teluk Chempedak Kuantan Pahang


Jika terlampau sibuk dengan hal duniawi hampir terlupa kecantikan alam yang dicipta oleh-Nya ada di depan mata iaitu laut yang membiru  dan menenangkan .

Tamat kelas , ohh terasa lega tapi belum lepas lagi beban . Menunggu sehingga berjam-jam bas.

Untuk sampai ke destinasi yang sangat disukai pelajar seperti kami iaitu asrama . 

Ya Tuhan . Benarlah kami ini lemah sebagai hamba-Mu yang berdarah muda ini .

Asyik dengan kemalasan , asyik dengan kelekaan , asyik dengan rungutan . Ya Tuhan , terkadang terfikir begitu banyak dosa yang tertanggung .

Sedarkanlah , dan sedarlah wahai insan . Sungguh , ingin juga menjadi seorang yang bersyukur . Moga tercapai suatu hari nanti .

Kejuruteraan Awam . Ini yang telah dipelajari sejak 5 tahun yang lalu , moga ia tersemat di dalam diri untuk dimanfaatkan di suatu hari nanti .

Benar , bukan mudah untuk menuntut sesuatu ilmu apatah lagi mengusainya .

Sangat perlukan kekuatan dan keyakinan diri yang tinggi . Sangat berharap moga peroleh kejayaan untuk bekalan di masa depan .




Pensyarah yang tak putus² keringat mengajar dan berkongsi ilmu untuk dan demi pelajar² yang di sayangi .

Wahai pendidik , sungguh tabah hati kalian melayan kerenah kami .

Moga Allah memberi kekuatan pada kalian dan moga kalian peroleh barakah dari-Nya . Aamiin Ya Rabb .

Andai ada kesilapan sepanjang menuntut ilmu maafkan dan ampunkan kami .

Andai tidak dapat memberi yang terbaik maafkan kesilapan dan kelalaian ini . Halalkan ilmu yang telah diberi .

Mak dan Abah sentiasa mengiringi perjuangan ini juga adik beradikku yang sangat aku kasihi .

Memberi semangat yang takkan berhenti . Doa untuk kalian tak pernah dilupai , walau jauh di pandangan tapi kalian tetap ku kenang dan ingati .

Tak lupa juga kekasih yang ku cintai . Kisah hidupmu telah mengajar aku erti syukur . Kekasih ku yang dicintai , jangan kau bersedih hati .

Akan ku kumpul bekalan ilmu semampu boleh untuk asuhan zuriat kita nanti , moga mereka menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat nanti . Semoga Allah izinkan...

Hidup zaman muda ini sangat berat dugaan . Ya Allah , hanya Engkau tempat mengadu segalanya .

Sungguh aku rindu kehidupan yang lama . Kuatkan aku sehingga habis perjuangan menuntut ilmu di sini . Aamiin Ya Rabbal'amin .


Perjalanan yang masih jauh lagi... 

ΩˆΨ­ΩŠΨ―Ω‡

Follow us on Pasemboqtempe Channel
https://www.youtube.com/user/satu0111

Comments

P O P U L A R

Shah Alam New Serviced Apartment Near Setia City Mall & KPJ Hospital πŸ₯

KENANGAN MANIS SERTAI PERARAKAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE-48 TAHUN 2005 PUTRAJAYA MALAYSIA

JAJAN KANAK² ZAMAN 90-AN CORN STIK BBQ PALING SEDAP 🌽

Only RM250k πŸ”₯ Rumah SelangorKu 3-Storey TownHouse Sungai Buloh Selangor πŸ˜‰

PENGALAMAN SERAM SEPANJANG DUDUK DI ASRAMA

TURUNKAN PANAS BADAN

SUKAN TARIK TALI YANG MENYERONOKKAN

Sayang... Nanti Cari Lelaki Lain 😌

SINOPSIS NOVEL BUMI CINTA OLEH HABIBURRAHMAN EL SHIRAZY