Posts

Showing posts from August, 2011

DI AKHIR RAMADHAN

Image
Salam Akhir Ramadhan Aku tengok kat Facebook ramai dah dok bagi ucapan even belum lagi 1 Syawal. Sekejap masa berlalu, aku banyak berpuasa kat hostel je. Almaklum lah pelajar, hanya Tuhan yang tahu segala apa yang terjadi di bulan Ramadhan tahun ni dalam kehidupan aku. Apa-apa pun sebagai manusia dan hamba-Nya aku betul-betul berharap dipertemukan Ramadhan tahun depan. Agar aku boleh wat lebih baik, insyaAllah mudah-mudahan. Amin. Alhamdulillah perjalanan aku dan kawan2 dari asrama ke rumah semua selamat atas izin-Nya. Diharapkan juga pergi semuala sana nanti selamat juga sampai ke tempat kami menuntut ilmu. Masih banyak lagi yang perlu kami pelajari, moga Allah permudahkan jalan urusan hidup kita semua. Amin. Ha, esok aku dengan keluarga aku balik kampung Batu Pahat kampung abah aku. Memang wajib every year, doakan kepulangan kami selamat juga mereka yang dalam perjalanan pulang ke kampung masing-masing. Amin. Aku harap semuanya baik-baik je raya ni. Amin. Beraya tujuan untuk kit...

Perlindungan Dari Fitnah Dajjal

Image
Nabi-nabi sekaliannya telah memperingatkan umatnya akan fitnah-fitnah dajjal. Telah disampaikan kepada kita bagaimana ciri-ciri dajjal dan fitnah-fintah yang dibawanya adalah untuk umat Nabi Muhammad s.a.w. ini sentiasa waspada terhadap dajjal kerana munculnya dajjal ini adalah pada zaman umat Nabi Muhammad s.a.w. kerana nabi Muhammad adalah penutup para Nabi. Hendaklah kita memohon perlindungan daripada Allah dari fitnah dajjal ini. Cara-cara memohon perlindungan adalah: 1. Berpegang teguh dengan agama Islam dan bersenjatakan iman dan mengenal nama-nama dan sifat-sifat Allah yang tidak bersekutu padanya dengan seorangpun sehinggalah ia mengetahui bahawa Dajjal adalah makhluk biasa yang makan dan minum sedangkan Allah maha suci dari semua itu. 2. Memohon perlindungan ketika tahiyyat terakhir sebelum salam dengan membaca doa berikut: اللَّهُمَّ اِنِّيْ اَعُوْذُبِكَ مِنْ عَذَاْبِ جَهَنَّمْ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاْتِ ومِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَس...

KEM UKUR KEJURUTERAAN KUALA LINGGI MELAKA PART I 🎂

Image
Ni semua koleksi gambar² yang aku snap masa kem ukur Part I. Untuk dijadikan kenangan. Serius pemandangan kat Kuala Linggi ni tenang sekali. Ni first time, untuk subjek Ukur Kejuruteraan I semester 2 aku. Salah satu hari sepanjang 5 hari kem ni jatuh pada tarikh ulangtahun kelahiran aku. Dorg buat kejutan, sangat tak sangka. Thanks to all my friends, aku sangat hargai. Moga Allah membalas dengan kebaikan. Aamiin Ya Rabbal'alamin... Sangat best kem ukur ni. Aku cte k bawah picture² ni. Baca²... Shhhh. Wahidah nak bercerita.  Ni alat ukur namanya Staf (betul ke idak ejanya) Ni bukan di Kuala Linggi eh, ni kat Taman Gelora depan kolej  Benda ni Alat Ukur Aras, ni pun sama kat Taman Bergelora kami ngh praktikal before g Kem Ukur Ngah bosan2 snap la pic bunga ni Cantiknya... 1st time jumpa Bunga no 2, aku ni amik civil or amik photography ni? Hahaha  Ok ni aku snap gambar sambil tunggu kawan² wanita ku pulang dari mengukur. Chalet ktorg betul² depa...

Maruah Diri Anugerah Tidak Ternilai

Sumber : Majalah Anis Islam mengharamkan umatnya mendedahkan keaiban orang lain apatah lagi mendedahkan keaiban diri sendiri. Masyarakat Islam yang hakiki ialah sebuah masyarakat yang menjaga maruah individu, menyembunyikan keaiban manusia dan menghormati hak serta keistimewaan insaniah sebagai makhluk yang paling mulia ciptaan Allah SWT. Maruah oeribadi diri sendiri dan individu lain merupakan suatu hak anugerah Allah kepada setiap manusia yang tidak boleh sekali-kali diaibkan, dicerobohi dan didedahkan kepada umum. Hanya manusia yang buruk akhlak keji perilaku serta bejat pemikiran sahaja yang sanggup mendedahkan keaiban diri individu lain. Oleh sebab itulah Islam mengharamkan mengumpat, mengeji, mencaci, mencela, dan merendah-rendahkan martabat orang lain. Firman Allah SWT : "Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji." (Al-Humazah:1) Mendedahkan atau mengaibkan maruah diri sendiri.             Kisah Nabi...

KESUNYIAN KOLEJ DI PENGHUJUNG RAMADHAN

Image
Hari ni kelas sampai kul 11.50 pagi je. Petang kelas Programming cancel, hee. Of course kami suka. Tadi habis kelas Hidraul, turunlah tangga mak oi sunyinya kolej aku ni. Comform sebab budak² semua dah cabut balik kampung a.k.a rumah masing2, untunglah. Budak yang kos under IKIP, we call budak IKIP untunglah balik awal 20 haribulan dah cuti. Tapi aku rasa sebelum tu dah cabut dah dorg. Kami budak UTM biasa balik lambat dan pulang awal kembali ke kolej, apa boleh wat. UTM dah ketat, mampat, sendat lagi sempit ngan hal cuti2 ni. Sampai kami ni pun tak sempat nak kutip duit untuk bayar duit yuran pendaftaran disebabkan cuti yang pendek means cuti semester. Cuaca hari pulak aku perasan tak sejuk dan tak panas sangat (wallahu'alam apa maksudnya). Dari pagi lagi, tapi tak tahu lah sekarang dah tongah hari. Seronok hari jumaat kelas Hidraul Mr James bagi ganti after Raya Aidilfitri. Kami semua lega, pujuk punya pujuk akhirnya, terima kasih pada sesiapa yang memujuk Mr James. Bukanny...

Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab

Sumber : Facebook (Ridhuan As-Siddiq) Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita. Keluhan remaja perempuan A: “Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.” Keluhan isteri A: “Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.” Keluhan remaja perempuan B: “Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!” Keluhan isteri B: “Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa bua...

MALAM PERTAMA DIALOG SUAMI ISTERI 💏

Di malam yang hening , merupakan malam pertama bagi sepasang suami isteri ini, malam penentuan pertarungan hak dan batil...malam yang dinanti2kan oleh sepasang mempelai yang baru hangat diraikan dalam majlis kenduri tengahari tadi. Alam bagaikan mengerti , hujan rintik-rintik dan sejuk yang nyaman di perkampungan seperti ingin membasahkan kehangatan suami isteri malam ini. Satu yang mengesankan ialah inilah kali pertama mereka bersua muka , menatap wajah pasangan dengan lebih dekat, menyentuh kulit mulus isteri yang dicintai dan inilah debaran malam pertama bagi mereka. Sebelum ini , mereka tidak pernah sedekat ini , jika adapun bertemu di hadapan keluarga masing-masing , jika ada pun bertemu bersama kawan-kawan...tidak pernah mereka berjalan beriringan...tidak pernah mereka menjangka bahawa satu perkenalan , satu masa yang singkat terus membawa kepada jinjang pelamin...Alam pernikahan yang begitu asing bagi mereka. Malam semakin larut....Si suami membasahkan tubuhn...

ALANGKAH INDAHNYA DAPAT SOLAT DI AWAL WAKTU

Image
Pagi tadi ada satu kelas ja, alhamdulillah. Haa rasa lega sikit bila hujung minggu ni. Kalau tak hidup asyik sarat ngan belajar ilmu fadhu kifayah je. Sebagai seorang pelajar engineering, aku salah seorang pelajar yang tak lari dari kesibukan menuntut ilmu. Kalau bulan puasa ni kira ok lagi, n lagi ok sebab subjek programing aku tak mula lagi belajar disebabkan lecturer subjek ni still dalam pantang. 'Sekarang kau bolehlah rileks-rileks wahidah, akan datang lepas raya habislah kau' , ni kata hati aku (kiki) . Sebenarnya post kali ni aku nak kongsi pendapat atau apa yang ada dalam fikiran aku dari aku mula masuk sekolah teknik dulu lagi. Its about solat :) . Seperti yang kita sedia tahu sebagai umat Islam solat di awal waktu adalah diwajibkan. Tapi sekarang keadaan jadi macam mana ntah. Dulu masa aku sekolah teknik, waktu habis kelas  adalah pukul 2.30 petang macam tu. Means, tengah atau lepas azan Zohor dilaungkan pun pelajar dan guru still ada dalam bangunan sekolah. ...

KESIBUKAN MELANDA DIRI

Image
Di saat ini aku tengah sedaya upaya mencari bahan, maklumat, isi dan gambar yang boleh aku masukkan dalam slide show presentation Binaan Bangunan aku. Uwaaa susah, tolong. Bukan apa esok ada dua test berat Kalkulus II n Sistem Mekanikal & Elektrikal.   Aku harap aku boleh bahagi-bahagikan masa. Ada bisikan berkata 'Dah wahidah tak payah nak berFB ngan Cik Una sangatlah, pegi wt keja cepat'. Ok² aku pergi ni. Nanti aku edit n berpost tajuk baru len k. Sebab tadi baru teringat nak kongsi sesuatu pasal 'berangan' hee.. Berangan yang baik² eh, bukan jahat²  Kepada Cik Una, harap maaf aku tak dapat join buka puasa dengan awak harini kat padang. Weekend nanti k. Aku tahu kau rindu aku walaupun bilik kita jarak 2 bilik je wahaha. Ok daaa. Selamat Beribadah Semua. وحيده Follow us on Pasemboqtempe Channel https://www.youtube.com/user/satu0111

TIKET KE SHAH ALAM

Image
Salam Ramadhan Dah masuk minggu kedua kita berpuasa, alhamdulillah ibadah berjalan lancar dan hanya Allah swt yang layak menilai ibadah yang telah kita lakukan. Teruskan kita bersama-sama mencapai kejayaan hakiki di bulan Ramadhan yang mulia ini. Kepada insan-insan yang saya sayangi dan umat Islam yang sedang Allah uji dengan sakit seperti demam dan sebagainya. Semoga Allah kuatkan iman dan bertambah ketaqwaan kita pada-Nya yang menjadikan sakit dan menyembuhkan sakit. Sesungguhnya setiap apa yang terjadi dalam ada hikmah yang terbaik buat kita hamba-hamba Allah. InsyaAllah. 6 Julai yang lepas, aku ada terpandang kat kaunter tiket bas Plusliner pemberitahuan pasal tiket raya dah mula dijual. Dalam hati aku berbisik 'Awalnya depa jual' (haha) padahal benda ni normal je. Gambar Hiasan Al maklumlah masuk tahun ni baru tahun kedua hidup dengan situasi kena pegi balik asrama naik bas jauh-jauh. Sampai je aku kat Kuantan aku tak terniat pun n jangan bermimpilah nak beli dulu tiket ba...

Drama Sinentron Zionist Laknatulah

Image
Bismillahirahmannirahim...(copy+urgent+important) Isu Berkenaan Vote Yang Dikatakan Dianjurkan Oleh GOOGLE Untuk Memilih Sama Ada Mengembalikan Nama Palestin Ke Peta Di Dalam GOOGLE MAPS... Aku Juga Telah Terlibat Dalam Menyebarkan Drama Sinentron Zionist Laknatulah Ini Dimana Aku Anggap Ini Adalah Salah Satu Antara Fitnah2 Dajjal... ^__^ Jadi Aku Meminta Maaf Kepada Mereka2 Yang Dah Terbaca Link Yang Aku Post...Dan Juga Meminta Maaf Kepada Mereka2 Yang Telah VOTE... Copy Paste Daripada Seorang Hamba Allah Yang Memperingatkan Aku.. Telah dicopy: --- Pesanan ikhlas daripada saya. Berhenti sebarkan mesej "Google sedang menjalankan vote sama ada ingin menamakan Israel ataupun Palestin dalam peta Google Earth. Israel kini mendahului......" Ia adalah mesej berantai. Undi anda walaupun sebanyak mana disana tak akan membantu sedikit pun rakyat Palestine dalam kesengsaraan malah menambahkan beban bagi mereka. Untuk pengetahuan anda, setiap page view laman web ters...

PETUA KECANTIKAN 🌹

Image
BISMILLAH 1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, Uberdzikir, dan berdo’a. 2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a. 3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ). 4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur. 5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jik...

RAMADHAN KEMBALI 💚

Image
BISMILLAH Salam Awal Ramadhan pada semua pembaca. Hari ni 1 Ramadhan maksudnya adalah hari pertama semua umat Islam menunaikan ibadah puasa seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT . Macam-macam ragam manusia boleh kita lihat, almaklum lah ada yang dah setahun tak berpuasa dan kalau kanak-kanak pulak macam biasalah ada yang baru mula belajar puasa. Kalau siapa yang rajin puasa sunat tu mesti rileks je, tak rasa sangat keletihan dalam menjalani ibadah puasa. Betul tak? Tujuan aku tulis post ni sebenarnya nak kongsi sesuatu perkara. Tadi masa aku tengah nak tunggu bas nak pegi kelas SME (Sistem Mekanikal Elektrikal), aku dengarlah dari jauh satu stesen TV ni duk pasang iklan cte ke apa ntahlah. Yang pasti pasal Hari Raya sebab apa sebab aku dengar lagu Raya. Come on lah umat Islam baru 1 Ramadhan janganlah nak sibuk-sibuk ngan Hari Raya ke apa-apa yang berkaitan Hari Raya lah. Baru 1 Ramadhan tolonglah hormat Bulan mulia yang Allah sediakan pada kita ni. Paling ketara setiap tahun a...