ATUK... SELAMAT TINGGAL :(

Saat ini, aku sedang sedih. Atuk kandung ku pergi meninggalkan dunia yang fana ini. Atuk nampak semakin sihat semalam dan sebelum ini berbanding pertemuan pertama kami yang lepas.

Tapi, kuasa Allah tiada siapa yang dapat halang walaupun sedetik. Aku redha ya Allah, dan aku serahkan segala-galanya pada Engkau Ya Rabbi. 

Engkau lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-Mu. Ya Allah, di hari jumaat yang mulia ini telah Kau janjikan kurangnya azab kubur bagi hamba-Mu yang pergi mengadap-Mu.

Maka Ya Allah, aku mohon pada-Mu berikanlah pada atuk ku keampunan, rahmat dan kebahagiaan di sana daripada Mu Ya Allah.

Hujan yang tidak henti seolah-olah menghormati kepergian atuk, seolah-olah turut menangis dan sedih dengan kepergiannya. Wahai nenek, mak dan adik beradik ibu ku tabahlah kalian dalam menghadapi ujian daripada Tuhan.

Aku mohon hidayah dari ILAHI datang menjengah ke hati kalian. Untuk kita bersatu di dunia dan di akhirat kelak. Terngiang-ngiang suara atuk ku, aku termenung dan terus mengimbau kenangan lalu. 

وحيده

Follow us on Pasemboqtempe Channel
https://www.youtube.com/user/satu0111

Comments

P O P U L A R

KELEBIHAN KALIMAH LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH

BAHAYA NAFSU LELAKI 🔥

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TINGGAL DI KONDOMINIUM

PELIHARALAH DIRIMU WAHAI WANITA DARI MATA LIAR LELAKI

PENGALAMAN SERAM SEPANJANG DUDUK DI ASRAMA

KOLEKSI AYAT-AYAT UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI

CARA BELI KERETA TANPA PENJAMIN UNTUK INDIVIDU YANG BEKERJA SENDIRI 💡

SUKAN TARIK TALI YANG MENYERONOKKAN

BANYAK BERCAKAP BANYAK KELEMAHAN

PINJAMAN PENDIDIKAN MARA PTPTN YAYASAN NEGERI DAN LAIN²