WAHIDAH BME GENAP 20 TAHUN 1 BULAN 🌹

Alhamdulillah . Cepat masa berlalu , hari ni genap umur aku 20 tahun 1 bulan . Tak sangka aku dah tinggalkan zaman umur belasan tahun .

Aku harap makin meningkat umur aku , makin kuatlah diri aku hadapi dugaan dari Allah SWT juga makin banyak kebaikan muncul amin .

Memang tak dinafikan makin meningkat umur aku makin mencabar kehidupan seharian aku . Aku tahu dengan sifat Allah yang Maha Adil , semua manusia akan rasa macam ni .

Aku masih berada dalam usia yang digelar remaja . Remaja , remaja adalah golongan yang syaitan sangat suka dekati .

Tujuannya apa , tujuannya mereka nak masa depan kita hancur sama sekali . Kalau remaja yang sebelum ambil SPM tu agak bahaya sikit .

Kalau tak kuat dalam menuntut ilmu tu , susah kecundang silap² tak dapat sambung belajar .

Tapi yang gagal semua subjek jela ye . Hee . Yang lain selamat InsyaAllah sebab adanya IPTS yang baik hati lagi memahami budak² yang kurang dalam pelajaran .

Janganlah kita sia²kan masa muda remaja kita dengan perkara tak berapa nak bagi faedah sangat pada kita .

Nanti nyesal tak sudah . Dalam alam remaja ni otak kita fresh sangat , so guna dan pakailah kelebihan yang Allah SWT  beri pada kita ni dengan sebaiknya .

Terutama dalam beribadah , kalau kita beribadah pada Allah dan dekatkan diri pada Dia masyaAllah ketenangannya memang tak terkata .

Kemanisannya pun sangat tak terkata . Tak caya , ce cuba penuhkan solat 5 waktu (solat di awal waktu , khusyuk , faham dan hayati maksud dalam bacaan solat) , baca Al Quran , berzikir , puasa sunat .

Baca buku agama dan segalanya tentang agama Islam kita , kalau nak berhibur try cari lagu nasyid (download masuk nset n lattop) dan banyak lagi lah . Haa nak promote lagu nasyid best kat sini , klik je sini LAGU NASYID YANG MENENANGKAN

Apa yang penting jangan sombong atau malaskan diri kita untuk membaca sebarang ilmu pengetahuan .

Ilmu pengetahuan ni lah juga penyelamat korang dekat akhirat sana . Bukan setakat ada sahaja , tapi dengan memanfaatkannya iaitu mengamalkannya .

InsyaAllah akan dapat redha dari Allah SWT juga pelindung maruah kita . Haa aku teringat sesuatu , tapi aku lupa siapa yang sampaikan ayat ni .

Makin banyak ilmu yang ditimba oleh seseorang atau yang ada dalam diri seseorang tu , semakin kuranglah percakapannya . Wallahu'alam .

Tak dinafikan memang betul sangat² , tengok orang yang pandai ni kurang bercakapnya . Banyak bercakap boleh buat kita makin banyak kesilapan .

Orang kata apa ' cakap je lebih , kerja tak dak ' . Membaca memang sangat penting , hidayah takkan datang secara tiba² tanpa usaha dari kita sebab tu lah kena dekatkan sendiri diri kita pada ilmu .

Bukan ilmu yang cari kita  , tapi kita yang cari ilmu . Dari ilmu kita dah baca , kita akan berfikir , lepas tu kita akan merenung apa yang disampaikan dan akhirnya terpulang pada diri kita nak bertindak atau tidak . Kita yang ubah diri kita , bukan orang lain .

Pesanan di atas unuk diri ini juga . InsyaAllah . Jom sama² kita ubah diri kita perlahan-lahan .

Moga Allah lapangkan hati kita untuk terus berubah ke arah kebaikan , amin . Yang lepas tetap lepas , manusia dengan kesalahan dan kesilapan sudah sebati .

Moga Allah ampuni dosa kita yang kita yang sengaja mahupun yang tidak kita sengajakan . Aamiin Ya Rabbal'alamin.... 



وحيده

Follow us on Pasemboqtempe Channel
https://www.youtube.com/user/satu0111

Comments

P O P U L A R

BAHAYA NAFSU LELAKI 🔥

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TINGGAL DI KONDOMINIUM

TAMAN BANDARAYA PULAU PINANG LOKASI RIADAH PALING CANTIK, BERSIH, SELESA DAN BANYAK KEMUDAHAN

KOLEKSI AYAT-AYAT UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI

RESTORAN D'RAYYAN SEAFOOD SUNGAI NIBONG PULAU PINANG

SUKAN TARIK TALI YANG MENYERONOKKAN

JOE CAFE RELAU PULAU PINANG

HIGHWAY PALING SUNYI DAN GELAP

Peristiwa Memali Antara Bukti Kerajaan Malaysia Kejam! (SIRI I)

KELEBIHAN BANGUN SOLAT DI MALAM HARI (QIYAMULLAIL)