Ahli Keluarga Mangsa Semua Ghaib
Shah Alam: Kehilangan ahli keluarga seorang lelaki warga tempatan berusia 27 tahun yang ditemui mati dipercayai dibunuh di rumahnya di Pangsapuri Sri Angkasa Seksyen 28, di sini, semalam menimbulkan persoalan.
Mayat mangsa ditemui jam 1 tengah hari selepas pemilik rumah gagal menghubunginya sejak tiga hari lalu untuk meminta sewa.
Berikutan itu, pemilik rumah terbabit pergi ke rumah itu untuk bertemu mangsa, namun sebaik tiba dia terhidu bau busuk lalu memaklumkan kepada pengurusan pangsapuri.
Pemilik rumah dan pihak pengurusan pangsapuri cuba memasuki rumah sebelum menemui kesan darah kering di ruang tamu sebelum menghubungi polis untuk meminta bantuan.
Difahamkan, mangsa yang menyewa sejak setahun lalu tinggal bersama ibu, kakak dan isterinya namun mereka didapati hilang sejak seminggu lalu.
Pemilik rumah berkenaan Sarjit Kaur, 40, berkata, mangsa sebelum ini tidak mempunyai masalah pembayaran sewa, tetapi bulan ini, dia tidak menerima sebarang bayaran.
“Sebaik tiba di depan rumah, saya terhidu bau busuk dan pada mulanya saya menyangka ia bau tangki najis melimpah akibat saluran paip bocor, tetapi sebaik pihak pengurusan menolak pintu rumah tidak berkunci, kami terperanjat melihat kesan darah kering.
“Pada 14 November lalu, mangsa ada menghantar SMS memaklumkan jika ada apa-apa perkara dia meminta saya menghubungi ke satu nombor telefon yang lain, tetapi saya langsung tidak menyangka akan menemui dia dalam keadaan begitu,” katanya. Sumber polis berkata, berdasarkan fizikal mayat, mangsa dipercayai meninggal dunia lebih tiga hari lalu dan setakat ini, polis percaya mangsa dibunuh dan kes dipercayai bermotifkan samun.
“Ia berdasarkan keadaan rumah berselerak, tetapi polis tidak menjumpai sebarang kesan pencerobohan dan sedang menyiasat sama ada terdapat barangan berharga yang hilang.
“Kami menemui kesan cedera di belakang kepala mangsa dipercayai akibat hentakan senjata tumpul dan satu topi keledar diambil untuk dianalisis,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Zahedi Ayob ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Rahimah Klang (HTAR) untuk dibedah siasat dan polis akan mengesan ahli keluarga mangsa untuk membantu siasatan.
SUMBER

ANGGOTA polis mengangkat mayat lelaki yang dipercayai dibunuh
di Pangsapuri Sri Angkasa, Shah Alam, semalam.

kejam sungguh pembunuh tu hati dh hitam ...
ReplyDeleteYe una. Mcm2 cte dlm tahun ni. Tahun ni la byk sejarah hitam jadi dalam Malaysia. Pasal kes bunuh mmg version kejam2 belaka. Maybe teguran dr Allah :'(
ReplyDelete