Kerana Mulut Semua Akan Binasa

Sama-samalah kita semua ingatkan diri, jangan suka hati meluahkan kata-kata tanpa berfikir sedalam-dalamnya. Boleh jadi seseorang tu dari dia elok-elok sayangkan seseorang ni, bila dah selalu sangat disembur / dihambur (lagi ape eh) dengan kata-kata yang menyakitkan lama kelamaan hati dia dah terkikis / hilang sikit demi sedikit perasaan kasih sayang tu. Maka berhati-hatilah.

Kalau rasa nak hidup tak serabut / tak banyak musibah / taknak sakit janganlah sesekali anggap hati perasaan manusia sekeliling ni biasa-biasa ja. Allah bagi akal untuk kita berfikir. Semua dah besar, matangkanlah diri. Umur kita pun semakin meningkat. Panjang lagi perjalanan nak tempuh. Jangan disebabkan mulut yang binasa tu, habis kehidupan korang kucar-kacir sebab sakitkan hati manusia lain.

Jom kita renungkan sebahagian dari hadis Nabi Muhammad SAW. Jadikan Baginda SAW sebagai contoh sepanjang umur kalian. InsyaAllah hidup ni tenang walau diri dilambung ujian dari Allah SWT. Memang manusia tak sempurna  tapi kita semua mampu berusaha untuk jadi yang baik dan lebih baik dari sebelum ni. Sekian.

Renungan

Sabda Rasulullah s.a.w. kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :

· Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.
· Bacalah Al-Quran
· Tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.
· Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.
· Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.
· Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.
· Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.
· Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.
· Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.
· Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.




SUMBER

Comments

Post a Comment

Hablumminallah Wa Hablumminnas 🌹

P O P U L A R

25 Perkara Yang Perlu Ditinggalkan Dan Jangan Lakukan

Terbagi Pahala Free Tanpa Sedar

AYUH KEMBALI KE SEKOLAH

19 Perpustakaan Tercantik Di Dunia (Photo by Will Pryce)

Kisah Benar Saudari Alemy Najwa : Pemergian Suami Tercinta Di Saat Diri Sarat Mengandung

E-DAY SAHABATKU AINA RAIHANA

BAHAYA NAFSU LELAKI 🔥

BOB Seekor Kucing Jalanan Yang Telah Mengubah Hidup Seseorang

Luahan Hati Dari Rakan Jep & Mamat

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TINGGAL DI KONDOMINIUM