Rahsia Air Kelapa
Air kelapa bukan saja enak diminum tetapi juga banyak khasiatnya untuk
kecantikan mahupun kesihatan. Berikut antara khasiat air kelapa yang
boleh anda cuba.
MENGHILANGKAN JERAWAT
Sediakan satu gelas air kelapa, masukkan sedikit kunyit hidup yang telah diparut dan biarkan semalaman. Setelah itu, tambahkan sedikit serbuk kayu cendana dan simpan selama tiga hari. Kemudian, barulah boleh dipakai dengan cara menyapukan sedikit ramuan tadi pada bahagian yang berjerawat dua kali sehari.
CEGAH UBAN
Campurkan sebiji air kelapa dengan satu sudu garam. Cuci rambut dahulu, kemudian sapukan air kelapa tersebut pada rambut sambil menggosok perlahan selama beberapa minit sebelum dibilas bersih.
WAJAH BERSERI
Simpan secawan air kelapa selama satu malam. Kemudian, sapukan air kelapa tersebut pada wajah dan biarkan selama sejam sebelum dibilas bersih.
ELAK KEDUT
Amalkan membasuh wajah dengan air kelapa setiap hari bagi mengelakkan kedutan atau melambatkan proses penuaan.
CANTIKKAN TAPAK KAKI
Rendam segenggam beras dalam air kelapa selama 7 jam. Setelah itu, tapis beras tersebut dan tumbuk hingga halus. Sapukan ia pada tapak kaki terutama pada kulit kasar dan mengelupas.

وحيده
MAHU JUAL / BELI HARTANAH?
Wahidahbmeproperty.com
Mari Beli Hartanah
YOUTUBE CHANNEL
Pasemboqtempe Channel
Mari Beli Hartanah
YOUTUBE CHANNEL
Pasemboqtempe Channel
Comments
Post a Comment
Hablumminallah Wa Hablumminnas 🌹