Peristiwa Memali Antara Bukti Kerajaan Malaysia Kejam! (SIRI II)


Sumber - http://memalibaling.blogspot.com/2009/07/kisah-sebenar-peristiwa- memalisiri-1.html



Pak Teh Mat Piah telah meninggal dunia pada tahun 2001


Kisah Sebenar Peristiwa Memali.


Kisah benar ini dipetik dari penceritaan Pakteh salah seorang mangsa Memali yang masih hidup sehinggalah buku ini ditulis(1997). Walaupun sekarang Pakteh telah meninggal, kisah benar yang telah diceritakan oleh beliau boleh dijadikan panduan dan pengajaran kepada generasi akan datang.


Pakteh atau nama sebenarnya Mad Piah Yunus merupakan antara orang yang menjadi orang tengah antara pihak polis dengan penduduk kampung pada hari peristiwa berdarah itu berlaku.


November 1985, Kampung Memali yang terletak dalam daerah baling Kedah telah diserang dengan 2 buah kereta kebal, di ikuti dengan fru dan polis hutan yang lengkap bersenjata m16. Dalam operasi yang di namakan operasi hapus itu berlaku atas arahan Dr.Mahadhir Mohamad selaku Perdana Menteri pada masa itu.


Walaupun sudah lebih 12 tahun peristiwa hitam itu berlaku namun perasaan untuk menceritakan kisah sebenar ini sangat kuat memandangkan masih ramai yang belum tahu kisah sebenar peristiwa ini. Bukan seperti laporan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan pada masa itu yang banyak mengandungi unsur-unsur fitnah terhadap penduduk memali yang terlibat pada masa itu terutama kepada Asyahid Ustaz Ibrahim Libya dan murid-muridnya yang turut terkorban dalam tragedi berdarah tersebut.


Asyahid difitnah sebagai penyebar ajaran sesat kepada penduduk kampung sedangkan apa yang sebenarnya ialah konspirasi jahat politik kotor Dr.Mahadhir untuk menjatuhkan PAS. 1984, Dr.Mahadhir demi mempertahankan kuasanya telah mengarahkan polis untuk menangkap beberapa pemimpin PAS dan penceramah-penceramah yang popular pada masa itu. Antara penceramah PAS yang telah ditangkap dibawah akta ISA pada masa itu ialah, Ustaz Bunyamin Yaakub (Arwah), Ustaz Latif Muhammad, Ustaz Abu Bakar Chik, Hj.Mohammad Sabu(Abang Mat), Hj.Mahfuz Omar dan Haji Ghazali Hasbullah.


Waran tangkap juga di keluarkan kepada Ustaz Ibrahim Libya tetapi beliau enggan menyerah diri seperti mana kawan-kawan beliau yang lain kerana demi mempertahankan prinsip kebenaran Ustaz Ibrahim enggan menyerah. Beliau kemudian di sembunyikan murid-muridnya selama lebih kurang 40 hari sebelum dibawa pulang. Setelah pulang, beliau meneruskan aktiviti dakwahnya namun secara sembunyi di rumahnya. Walaupun sebelum ini beliau sentiasa mengajar di masjid di kampung beliau.


Tindakan ini telah diambil kesempatan oleh pihak UMNO dengan menuduh Ustaz Ibrahim mengajar ajaran sesat. Yang akhirnya membawa kepada peristiwa berdarah tersebut.


BIODATA PAKTEH


Serba sedikit biodata diri PakTeh, pencerita yang menceritakan kisah sebenar tragedi memali. Nama sebenar Pakteh ialah Mat Piah Yunus. Pakteh mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Keb. Weng, Baling Kedah. Disitulah Pakteh mula berkawan dengan Ustaz Ibrahim Libya. Walaupun Pakteh lebih muda dari Ustaz Ibrahim beberapa tahun namun sikap Ustaz Ibrahim yang suka berkawan merapatkan lagi hubungan mereka.


PERSEKOLAHAN


Pakteh menceritakan, sewaktu zaman persekolahannya Ustaz Ibrahim seorang yang periang dan amat suka bersukan. Antara sukan yang menjadi minatnya ialah sepak takraw dan bola sepak sehingga Asyahid Ustaz Ibrahim pernah beberapa kali mewakili sekolahnya dalam pertandingan sukan. Selepas tamat Sekolah Rendah Pakteh melanjutkan pelajarannya ke Madrasah Khairiah, Kg. Pisang Baling Kedah. Namun begitu Pakteh hanya sempat belajar sehingga tingkatan 3 sahaja kerana masalah keewangan.


Ustaz Ibrahim pula menyambung pelajaran di Sekolah Agama Inttifaqiah, Kg. Charok Putih ,Weng Kedah. Kemudian Ustaz Ibrahim melanjutkan pelajaran ke beberapa tempat pula antaranya Pondok Al-Khairiah Pokok Sena, Seberang Prai, Asyahid juga pernah menuntut di Nilam Puri Kelantan sebelum ke Deoban India, Universiti Al-Azhar kemudian ke Libya.
Pakteh pula, walaupun tidak sempat menghabiskan sekolah menengah minat Pakteh untuk belajar masih tinggi. Untuk itu dia mengikuti kuliah-kuliah pengajian di masjid-masjid dan pondok2 pengajian. Antara guru-guru Pakteh ialah Allahyarham Tuan Guru Hj.Omar Zuhdi, pengasas pondok Lanai. Tuan Guru Hj yahya Kupang (meninggal) dan Lebai Yaakub, Pengasas sekolah Agama Carok Putih, Weng.


KERJAYA


Setelah tamat tingkatan tiga Pakteh mula membuat kerja-kerja kampung sehinggalah beliau berkahwin pada usia 18 tahun. Pakteh pernah menjadi pemandu van, menghantar barang-barang runcit ke kedai-kedai runcit.

Comments

P O P U L A R

KELEBIHAN KALIMAH LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH

BAHAYA NAFSU LELAKI 🔥

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TINGGAL DI KONDOMINIUM

PENGALAMAN SERAM SEPANJANG DUDUK DI ASRAMA

KOLEKSI AYAT-AYAT UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI

PINJAMAN PENDIDIKAN MARA PTPTN YAYASAN NEGERI DAN LAIN²

CARA BELI KERETA TANPA PENJAMIN UNTUK INDIVIDU YANG BEKERJA SENDIRI 💡

PELIHARALAH DIRIMU WAHAI WANITA DARI MATA LIAR LELAKI

SUKAN TARIK TALI YANG MENYERONOKKAN

HIGHWAY PALING SUNYI DAN GELAP